Friday, September 7, 2007

Cendawan dan sos tiram


Bahan-bahan:

udang sederhana besar
cendawan tiram
bawang putih - 4 ulas
sos tiram 5 sudu
garam
minyak
air
tepung jagung- 1 sudu

Cara-cara:

Bersihkan udang, buang kepala
tumbuk bawang putih
tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan udang, kacau sebentar
Masukkan sos tiram dan secawan air
Masukkan cendawan dan kacau rata.
Bancuh tepung jagung dgn sedikit air dan tuang ke dlm masakan.
Bubuh sedikit garam.
Biar kuah agak likat dan sedia dihidang.

Lempeng


Bahan-bahan:

Tepung 2 cawan
air 4 cawan
garam
minyak

Cara-cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk
Tuang air sedikit demi sedikit, kacau.
Kepekatan tu agak-agakle..biar cair sedikit.
Masukkan garam secukup rasa.
Oles sedikit minyak atas kuali leper
senduk adunan dan letak atas kuali, ratakan atas kuali biar agak nipis.
Terbalikan..dan siap utk dimakan.

*sedap di cicah dgn sambal sardin




Thursday, September 6, 2007

Daging kerbau salai masak lemak terung


Bahan-bahan:
daging kerbau 1/2 kilo
terung panjang - 2 btg
cili api - 6 biji
bawang merah - 3 ulas
bawang putih- 2 ulas
halia - 2 inci
serai - 2 batang
santan pekat 1 mangkuk
garam
minyak
Cara-cara:
Rebus daging kerbau (sebab daging ni liat) then bakar dlm microwave
kemudian hiris nipis (lepas hiris, bakar lagik sekejap supaya kepingan daging garing sket).
Bakar terung dlm microwave.
Buang kulit terung , belah dan potong memanjang.
Tumbuk bawang merah, bwng putih, halia,dan cili api.
ketuk serai.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan santan dan daging.
Masukkan serai . Biar mendidih.
Masukkan terung, cili api yg dihiris dan biar sekejap.
Tambah garam. siap!

Gulai tempoyak ikan patin catz style


Bahan-bahan:
ikan patin - 1 ekor sederhana besar
tempoyak -4 sudu
3 tangkai cili kering
2 ulas bwng merah
1 inci halia
3 batang serai-ketuk
air
garam
serbuk kunyit- 1/2 sudu
asam keping

cara-cara:
blend cili, bwg dan halia
tumis bhn blend tadi sebentar hingga garing.
Masukkan serbuk kunyit
Masukkan tempoyak yg sudah dibancuh dgn air dan kacau
Masukan serai dan asam keping..
masukkan ikan
Biar medidih...bubuh garam..tunggu kuah pekat sket..siap

Ketam goreng






Bahan-bahan:

ketam - 4 ekor
serbuk kunyit
rempah kari
garam
Minyak utk menggoreng
Cara-cara:
Bersihkan ketam.
Gaulkan ketam dgn kunyit, rempah kari dan garam.
Biarkan 15 minit.
Panaskan minyak.
Goreng dlm inyak banyak (deep fry)

Sup cendawan (cendawan masak air)


Bahan-bahan:

cendawan tiram
air - 2 mangkuk
pati ayam (kiub knorr)
daun sup
garam


cara-cara:

Panaskan air dlm periuk
Masukkan kiub ayam knorr . Biar mendidih.masukkan cendawan, kacau 5 minit.
Masukkan daun sup dan garam.siap.

Sup sayur


Bahan-bahan:
cendawan tiram
cendawan kering (hitam)
suhun
tahu kering
kincam
bawang putih
bawang merah
ikan bilis
garam
air
minyak
Cara-cara:
Rendam suhun, tahu kering dan cendawan kering
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Hiris semua bahan sayur.
Tumis bahan tumbuk dgn sedikit minyak hingga naik bau.
Masukkan 2 mangkuk air dan biar mendidih
Masukkan semua bahan dan bubuh garam, biar minit. siap!

Asparagus bersos tiram


Bahan-bahan:

Asparagus
Sos tiram-4 sudu
bawang putih - 4 ulas (ditumbuk)
minyak
garam
air


Cara-cara:

Didihkan air , bubuh garam.
Matikan api, masukkan sedikit minyak.
Masukkan asparagus, celur dlm 1 minit, toskan.
Panaskan kuali, masukkan minyak sedikit dan tumis bawang putih hingga naik bau.
masukan sos tiram, kacau dan masukan asparagus tadi.
kacau 2 minit. siap.

Tuesday, September 4, 2007

Mee Jawa

bahan-bahan:

Bahan kuah:

bawang merah - 6 biji
bawang putih 3 ulas
cili kering -7 tangkai
halia- 2 inci
udang kering - 2 genggam(Blend semua bahan di atas jadi satu.)
Ubi keledek (2 biji)- rebus then blend
garam
gula
udang sederhana
daging (rebus then hiris nipis)
bahan hias:mee kuning 500gram
tahu - 4 keping (goreng dan hiris nipis)
tauge-celur
telur 3 biji- rebus
daun bawang
bawang goreng

Cara-cara:
Tumis bahan kuah yg di blend..hingga garing
Masukkan air rebusan daging.
Masukkan daging yg dihiris nipis tadi
Kacau dan biar mendidih 15 minit...then masukkan udang
Masukkan keledek yg diblend tadi..
Kacau2..agak2 kepekatan kuah.
Masukan gula dan garam,sesuaikan rasa
Masukkan bawang goreng dan daun bawang supaya bau wangi dan rasa seimbang.

*Cara hidang/makanmasukan mee dlm mangkuk, bubuh tahu, tauge, telu rebus,
daun bawang dan bawang goreng.tuang kuah ke dalam mangkuk..siap.

Udang masak halia


Bahan-bahan:
Udang saiz sederhana
bawang putih - 4 ulas
halia -2 inci
sos tiram - 4 sudu
cili kering - 1 sudu
sos cili - 1 sudu
petai -segenggam (jika suka)
minyak utk menumis
garam
gula
Cara-cara:
Bershkan udang dan buang kulit
tumbuk bawang putih dan satu inci halia
hiris halus halia yg baki satu inci tadi
Tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau
masukkan cili kering tumis hingga garing
masukkan sos tiram dan sos cili, kacau.
Masukkan udang dan biar seketika hingga masak.
Masukkan petai (jika suka)
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Tunggu kuah pekat dan hidang.

Monday, September 3, 2007

Buah-buahan

Buah-buahan ..
Malaysia i kaya dengan buah-buahan..
Buah apa aku suka makan?
Buah durian (aku hantu durian), mata kucing atau longan, laici dan mangga. Yang lain-lain ni aku ska juga..lately aku suka dragon fruit warna merah..yummy..



















Sambal sotong kering




Bahan-bahan:

Sotong kering bersaiz besar-rendam semalaman
cili kering - 7 tangkai
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 3 ulas
bawang besar - hiris kasar
air asam jawa -2 sudu
sos cili thai - 2 sudu
belacan - 1 inci
gula
garam
minyak utk menumis
air- 2 mangkuk


Cara-cara:

Hiris kasar sotong kering
kisar cili kering, bawnag merah dan bawang putih.
Panaskan minyak.Goreng belacan dan masukkan bahan kisar.
Tumis bahan kisar hingga garing
Masukkan sotong dan air, biar mendidih
Masukkan sos cili thai dan air asam jawa, kacau sebati
Masukkan gula dan garam secukup rasa
Biar hingga agak kering. Siap.

Simple dish

2/9/07

Today i made a very simple breakfast..just bake bean, fried egg and kiwi fruit..simple and yummy..nyumm

and for lunch ..simple dish:

1.ikan terubuk bakar
2.cicah kicap
3.sawi putih tumis air
4.sambal sotong kering.




Hari ni duduk rumah je..baca surat khabar and edit my paper work...

Saturday, September 1, 2007

Sehari selepas sambutan merdeka

1 sept 2007

Hari ni terlambat bangun.. i suppose to edit my paper work before go to UM..meet my lecturer..

hoh...lambat bangunn!!

Ayark...and pukul 11.20 i was already on the road heading to KL... hoh...kenot drive faster..banyak sgt kereta..and bila lalu mana2 still ada lagi semangat menyambut merdeka.. I turned on my radio to KL.fm... they have traffic reports and latest news..lucky..ke KL tak jam..not the time yet i think.petang sure jam..ada konsert...! konsert sempena sambutan kemerdekaan.. i wonder sapalah yg begitu rajin pi tgk konsert...with traffic jam..lautan manusia..huh..this is Malaysia..konsert ni org suka tgk..tgk artis while i prefer stay at home..watching it on TV..(but actually i dun like watching nyanyi2 program on TV..)..maybe i can continue my writing..hahahha..skema nya aku neh sejak bergelar student balik..


On the way aku ada nampak kete depan aku ..wow..anyak nya bendera, i think 6 or 7 flags (gambar)..bendera Malaysia and selangor..and kereta aku..sehelai bendera pun takde..hehhe..


Perjalanan lancar...nasib baik dah breakfast 'nasi goreng express'..versi campak-campak belen nasi semalam..huhuhu..sampai tol Sg Besi..aaaa..kereta banyak..so kena beratur..sambil tu aku snap2 gambo..bosan ..
Sampai UM lebh kurang pukul 1 tengahari..wah..meriahnya UM, banyak betul bendera. Berapa lah derang spend utk bendera ni..?Jumpa lecturer sampai pukul 2.30ptg. Banyaknya correction nak buat.

Then drive balik..waa..banyak kereta ke selatan..balik kampung kot or org pi bercuti...aku lapar..so singgah beli burger etc kat McD tepi highway sg Besi tu..nyum..sambil drive sambil makan kentang goreng... Aku seronok tgk org pasang bendera kat bangunan, tepi2 jalan..cantik..



Nilai 1 ke KFC ke LCCT


Malam 31 ogos 2007

We went to Nilai..nak beli baju siap and kain..bertolak 6.45 and we performed sembahyang maghrib di Masjid area Nilai.Then lepas maghrib..around 7.50mlm, 4 of us dah ada kat kedai kain..Nilai 1..hahhaa..kain lagi..ni kira 3 minggu berturut2 aku menziarahi kedai kain..meriah..meriah..tapi org tak ramai..maybe derang bz dgn sambutan merdeka as i heard kat Stadium Merdeka KL ada lagi perhimpunan raksasa..yg ada makcik-makcik rombongan dari mana tah..aku tgk plat no bus , start with M..melaka le kot kan...and they borong-borong kain..aku dah takde hati nak beli just ronda2 while waiting the others yg nak beli baju..aku just tgk-tgk kain langsir, tapi takde rasa nak beli pon..dah muak tgk kain kot..even they offer me very cheap price..

salesgurl: dik..beli kain..murah-murah..
aku: murah?..berapa ni? (aku tunjuk kain mcm kain sari..lawa. Kat tag price tulis rm58.00)

salesgurl: RM30.00 lah dik saya bagi..ambik la

aku: (if free aku dah ambik ..kuikuikui).. RM30.00?..mahal...harituh beli Rm25 je.

salesgurl: Oklah..RM28.00..amik la..
Then kami kuar kedai..bengkek je salesgurl tu..sebenarnya boring so.jln2 kuar masuk kedai..tapi serious...mmg tak ramai org..jadi bila masuk kedai..semua tokey2 dlm kedai tuh pandang kita beriya2..banyak juga kedai yg jual baju siap...

Then we call others yg tgh pilih baju..

we: dah dapat??

others: takde lah..takde yg dicarik..

we: Grrrrr...

oklah..jom pi mkn KFC..erk..makan again...
Then lepas antar the others balik, we went to LCCT, saja jalan-jalan..ramainya org kat sana..
Then balik..sampai rumah pukul 11.30 mlm..
Sampai rumah aku goreng cempedak dan mee siput dan buat teh O.. then tgk TV sambil buat
paper work aku dan akhirnya aku tidur pukul
4.15 pagi...waaaa....

















Sambal tumbuk..

31 ogos 2007

Hah..hari ni actually aku dah plan nak siapkan paper work utk conference coz sabtu aku nak pi UM to meet my lecturer and edit paper tu..tapiiii..bangun lambat (ceh..mcm le aku pi nyambut merdeka kat dataran...i tot nak tgk perararakan merdeka kat TV..tapi...dah abih dahh..hahahaa.. I made a simple breakfast..sup mee siput (lupa snap gambar)..caranya?..rendam mee siput dlm air..tumis bawang and ikan bilis..bubuh air dan
masukkan mee siput..biar mendidih sampai
mee lembut..then..ngapp!
Then aku ters masak lunch..simple menu:
1.ikan tongkol goreng
2.sayur sawi masak air
3.sambal tumbuk
4.kentang dan ikan bilis berkicap..
Sambal tumbuk t resepinya dpt dari kawan forum kat internet. Bahan-bahannya lada hijau, ikan bilis, bawang besar, bawang putih, belacan. Goreng semua bahan secara berasingan dan tumbuk...fuh,,sedap...aku leka tumbuk benda2
tuh sambil merasa-rasa and dapurku berasapp!!..
Laa..aku lupa..yg aku panaskan minyak utk
goreng ikan..opss...hahhaa..sib baik tak jadi apa.
..then lepas dah ok baru aku goreng ikan...nyum..
Lepas siap masak ak kemas rumah.....vakum bilik, living area, dapur dan mop segala lantai...
then lepas tu mandi and kul 2 lebih makan.3 kali tambah nasik dek penangan sambal tumbuk..and lepas tu ZZZZzzzzzzzzzz...




Merdeka..Malaysiaku gemilang!

Malam 30 Ogos 2007

Merdeka!Merdeka!Merdeka! Everywhere dengar org sebut ni.. dan sana sini org kibar bendera.This year sambutan dikatakan amat meriah disebabkan sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke -50..lagipun tahun ni Visit Malaysia Year..of course lebih meriah....Pegi stesen minyak, supermarkat, dapat bendera free..macam2 rupa dan lambang yang bersangkut paut dgn tema Malaysia ku Gemilang 50 years. Aku 'sambut merdeka' (ni terminologi yg selalu org guna) kat mana?..hahhahha...Kwn2 aku ada yg dah plan nak bawak anak pi tgk bunga api kat putrajaya and buat count down sekali kat sana..ada yg nak pi dataran merdeka..and mana2 tempat lah yg ada crowd utk buat countdown merdeka pukul 12 tgh malam tu... aku?..pegi makan and shopping.. We went to TESCO (tesco lagi..)..We arrived there about 10pm..wow.!!.dari jauh nampak crowded dah depan tesco..eh..ada pentas depan tesco..dkt lobi..laaa...ada band rupanya..so acara nyanyi-nyanyi la tu..masa aku nak masuk entrance, juruacara tgh interview sorang makcik..

Juruacara: ni dtg sini nak sambut merdeka ke nak shopping?

Makcik: dua-dua (dgn malu2..maklumle pakaian pun macam ala2 org bangun tidur nak pi joging)

Then we get our troly and start shopping..beli lauk etc..mak aih..ramainya manusia dlm tesco..opss..patutle..musim menuai (time gaji)..patut le..and we did our quick shopping and beratur bayar..hehe..dapat bendera free lagi..yg hari tuh dpt aku bagi kat kawan aku yg ada anak kecik..derang suka lah main2 kibar bendera..(eh, aku ni tak patriotik ke..ngeheee)
Keluar dr tesco org makin ramai..siap duduk depan2 pentas dan band boy tgh menyanyi lagu 'SUZANA"..."suzana..marilah sayang adik...suzana..bla.bla.." Aku jadik malu le pulak tgk orang2 beriya duduk depan pentas and nyanyi-nyanyi..erk..Is this suppose how we celebrate merdeka day?..why not buat sumthing like pertunjukkan kebudayaan ke...tarian zapin etc..ni band boy ala-ala 60-an yg dijemputnya...
Aku teringat dulu aku pernah gi tgk pertunjukan
kebudayaan pd malam merdeka dgn mak dan adik2.
Then we decided to have dinner...
We went to restoran tomyam...ordered nasi putih, sup ekor, daging masak merah, puyuh goreng sambal, kerabu mangga, kailan ikan masin, sambal belacan. Ehm..sedapnya..mmg sedap pun kedai ni..sambil-sambil tunggu aku duk sekodeng camana diarang buat kearbu mangga (dlm gambar) coz dia buat dkt stall kecik dkt dgn our table..kedai ni kerabu manga dia amatlah sedap.. i still wonder how they do it..yang bestnya banyak sgt kerabu tu, and habis jugak aku makan...and puyuh goreng sambal tu sedap yang amat, besar kot coz drum sticknya besar..selalu kalau nak cari mana satu drumstick nya mcm ala2 kena pakai kanta..yang ni besar dan dagingnya lembut..huh...2 ekor pun bleh habis...sup ekor boleh tahan..
Sambil-sambil makan tgk kenderaan lalu lalang dgn bendera..mat motor ala2 mat rempit pun ada..bawak bendera besar-besar..kibar-kibar dgn laju and jerit MERDEKA!!!!...erk...tu kira merempit ke apa tu??
Then lepas mkn..on teh way balik, terserempak dgn satu
group budak belasan tahun, bawak bendera macam berarak gitu..hem..nak gi mana tu ek.. we giggle..coz pelik..tiba2 ada satu group bawak bendera berarak malam..masa tuh dah pukul 11.30 lebih kurang. Oh maybe they wanted to go to Tesco and join the crowd kat sana..tapi malam-malam mcm ni..budak-budak plak tu..mak ayah depa tak marah ke keluar macam tu? Aku teringat kat home town aku, budak-budak mlm merdeka mcm ni naik basikal ramai-ramai bawak bendera..and buat aksi2..hisk..we always think..'anak sapalah ni erk..'

Then sampai rumah..aku susun-susun barang soping and rebus bijik cempedak..(mkn lagi..ek..)..then buat air oren dan tgk sambutan ambang merdeka kat TV sambil mkn bji cempedak...hhehehheee...wah bersemangatnya Pak Lah jerit merdeka sampai terbatuk dan serak suara..KJ plak semangat nyanyi lagu 'Negara Ku 'sambil naikkan bendera....wah..merelipnya baju Datin Rosmah..wah..bestnya Datin Seri Jeanne..duduk while other people berdiri bersemangat dgn ucapan Pak Lah..and aku boleh tgk rancangan ni sampai abih..and tgk wow...penuh giler dataran merdeka...kagum..kagum...rajinnya derang ni attend benda2 mcm ni..bersesak-sesak...malam-malam...ek..aku kah yg tak patriotik??tapi kalau semua org malas macam aku, sapa yg nak attend keramaian macam ni ek?Dan tgk dlm berita..mat-mat rempit pun turut sama merempit..merdeka katanya...hiks..
And aku ahrap Malaysia akan aman sampai bila-bila..hopefully rumous yg tgh bertiup di Johor ( Pasir Gudang) hanyalah sekadar khabar angin saja..
Bestnya aku duk Malaysia rasanya...Aman..damai...