Sunday, March 22, 2009

perjalanan : ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Ini adalah catatan perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada minggu lalu sempena cuti sekolah. Motif aku pun sebuk nak jln time cuti sekolah?? Bukan aku ada anak pun.hiks. Anak kucing ada le..ke ke ke. Tu pun mak aku yg jaga. Harap aku jaga, kejap je lah kucing tu meninggal karangg tak makan.

driving...tak sabar nak sampai Melaka.

Perjalanan bermula dari batu Pahat, rumah mak. Then menuju ke Muar, bandar Maharani.

Sampai di Muar around pukul 10.30 pg. Sibuk juga bandar Muar ni. Muar ni terkenal dgn mee bandung. Kalau tgk entry aku yg lepas-lepas, kalaue Muar sure makan mee bandung.

Melalui bandar Muar ni, mak dan abah sgt teruja. Sebab banyak memori nya di sini. Dulu Nora Jonet sekolah kat Sains Muar. So dulu mak abah sellau lah ke Muar. Emak pula pernah bekerja di Muar. So masa lalu Muar ni emak abah cerita-cerita lah nostalgia dulu-dulu.


Sekolah Menengah Sains Muar. Nora Jonet excited nak amik gambar sekolah lama dia dulu.

Aku stop by kat stesen minyak petronas Kesang. urusan jumpa cik Tan...stesen petrol ni depan sekolah sains Muar. Then isi petrol kat sini.

Nampak benda pink tu?..gula kapas. teringat kecik-kecik dulu suka beli dan suka makan. Ala tu time budak-budak. saja nak imbas nostalgia.hiks.

eh..tiba-tiba abah aku turun dari kereta dan beli...hahahahha...yey!! terasa pulak mcm budak-budak walau aku dah tua bangka..kekeke..abah belikan kitarang gula kapas oke...at the age of XX ni abah belikan aku gula kapas..tak ke melompat-lompat aku dgn nora jonet. ke ke ke!
suka...!!...sukaaa!!
ehm..cedap..uhmmm..manisss.Makan dlm kereta.

selain gula kapas..kami makan kacang.Ke ke ke..spesel tak kereta aku..siap ada food cam dlm kapal terobang...ke ke ke..tu ada org bagi hari tu..patient bagi, ada banyak. so aku bawa utk kunyah-kunyah dlm kereta. Ceh..banyak betul food dlm kereta...mcm travel dr JOhor ke Kelantan..padahal dr BP ke Melaka jek.kihkihkih!

Melalui Jambatan Sultan Ismail, Muar.

heading to Melaka.

melalui Lebuh AMJ...so about another 40km to Melaka.

sudah sampai Melaka..mana nak tuju ni??

Oh..sebelum tu..bila sampai Melaka. aku akan selalu teringat nama-nama tempat di Melaka yg unik. Biasanya gabungan unsur-unsur alam dan benda. Contohnya, Bukit Katil, Sungai Rambai, batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah dan lain-lain. Aku rasa ia sgt unik dan catchy.

Sampai di Melaka sudah...ni kat area hotel emperor, renaissance. apa nama kawasan ni?..lupa.

Happy passangers and the driver

welcome to Melaka

Bila nampak bangunan mcm ni..terasa veryyy Melaka..hiks..



Melaka World Heritage City

Sebelum ni dah biasa je sampai Melaka..tapi as time goes by, aku rasa Melaka ni unik. Penuh dgn culture, penuh dgn banyak attraction yg baru dan lama. Banyak juga makanan untuk dicuba rasa, dinikmati, Dulu aku rasa, Melaka ni takde apa..sama je mcm bandar-bandar lain. Tapi tidak sebenarnya..my previous visit and stay was in October 2008. Masa tu stay area Tanjung kling. Tak sempat nak explore sgt masa tu. dan..saya di sini semula..to explore more food...more interesting place.

Friday, March 20, 2009

Thursday, March 19, 2009

A.W.A.Y



currently away...
bawa anak-anak kucing berjalan sempena cuti sekolah.
hihihihi.



i have 2 words for you.

Mi- awwwww.!!


(dialog citer garfield malam tadi..ke ke ke).

Tuesday, March 17, 2009

Ayam Bakar Wong Solo..kini di Bangi

Thanks to anynomous yang beri info.
Saya dah try makan di sini..


terletak di deretan kedai baru..belakang old town white coffee yg baru tu ....dekat dgn stesen minyak shell..tak jauh lah dari kompleks warta tu..


menunya...indonesian cuisine. actually wong solo ni franchise. Saya pernah makan di Bali. Di seluruh Indonesia, terdapat lebih kurang 50 cawangan kedai ni. Asalnya bernoaga di kaki lima..dna berkembang hingga ke negara jiran.

Menunya lebih kurang sama je dgn di Indonesia...maklumlah ni perniagaan franchise, bahasa je lah lain sikit. Di sini, boleh makan di meja biasa atau boleh makan atas lantai. saya dan partner in crime makan dudk atas lantai.best gak..heehee..
ok..order simple je..nak try rasa.


sirap limau dan jus mangga. axa kata, air mangga dia sgt sedap..melekat kat tekak..hiks.mmg pure mangga..so walau harganya agak mahal..berbaloi lah..

sambal sotong petai. Petai tu banyak gila oke...penggemar petai sure tak menyesal order menu ni. Sedap banget sambal ni.

ayam bakar..sedap!

cah brokoli, bagi saya pedasssss....tapi sedap.

makan duk atas lantai..selesa sangat.

a happy customer, mis broko-lili

kesimpulan: rasa makanan sedap.air pun sedap.hiks. cuma..aku duk lah carik es teller..takde...
kalau owner kedai ni baca...aku harap dia akan adakan menu
es teller..sanggup aku dtg hari-hari makan. es teller tuh dessert ye...bukan mesin oto teller. hiks.


kawasan ni masih tak banyak lagi kedai...agak sunyi sikit...kejap lagi meriah lah tu..dekat2 situ ada kedai nasi ulam..banyak rupanya kedai makan baru kat bangi ni...jom makan!

lemak cili api mentarang

mentarang masak lemak cili api.

haha..temanya..mentarang lagi..hiks. minggu ni minggu malasss masak. so aku buh tepek apa yg aku masak last week. saja nak bubuh sini. Bukan senang aku nak jumpa binatang ni. haruslah didokumenkan. ke ke ke.
kali ni masak lemak cili api.

bahan-bahan:

mentarang
cili api 10 biji (sukatik nak pedas lagi buh le cili banyak-banyak)
halia
serai
bawang merah
bawang putih
santan (aku guna santan kotak..tu jek yg ada.)
serbuk kunyit - lebih afdal guna kunyit hidup
garam

cara masak:

1.keluarkan mentarang dari cengkerangnya..oh agak seram oke proses ni sebab, aku mana pernah jumap benda ni. So tahap kehidupan dia aku tak tau. Mula-mula duk pikir..isk..if dia kepit jari comel aku dgn cengkerang dia....naya je..tapi dont worry. mereka dah mati dah kot. Takde bahaya memegang dan menariknya keluar dari cengkerang.Cuci bersih.

2. tumbuk halia, bawang-bawang semua dan cili api. if suka boleh tambah cili besar sebijik.

3. ketuk serai hingga penyek.

4. tumis sebentar bahan tumbuk dgn sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan santan, serbuk kunyit dan biar mendidih.

5. Masukkan mentarang yg dah di cuci tadi.

6.masak le around 6-7 minit....jgn tambah air sebabnya mentarang ni banyak air..so biar je santan pekat-pekat. Mentarang ni akan keluarkan air yg akan menyumbang kepada pertambahan kuah lemak tadi. buh garam.
Angkat dan hidang.

sodap..!!! 3 pinggan aku makan nasik. huhuhu.

oklah tata..mak nak pi carik kayu.

Monday, March 16, 2009

kah kah kah...

part # 1

adoii...bengong aku kan..
nak kejar date line ni...
eh..aku bukan nak cerita benda kerja2 related ni..
aku nak cerita benda lain..
hoh..
pg tadi..jalan jem gila..biasalah..kalau tak jam bukan le KL namanya kan...ye dok....?
gigih aku pukul 6.45pg dah siap-siap keluar..sampai dekat pukul 9 pg...azab lah kannn...


pukul 12..lapar..nak pi cafe malas..nak keluar lagi lah malas..tak koser. oh yg bestnya kan...kitarang ada microwave oven baru..andddddd peti sejuk baru...hiks..so lab met aku ni rajin le pi beli food frozen, ice cream and tah apa lagi tah....sosej lah bagai...konon-konon kitarang buat mcm ni utk menyenangkan tak payah le kuar makan ke..tea break ke..minum pagi ke..minum separa petang ke kan...dah mcm dapur pun iya kat sini..nak minum apa pun ada...so, tak yah lah mentel2 nak pi kantin ke.cafe ke..midvalley ke..bangsar ke...

so..ni le dia...gadjet baru kat lab ni..yg ni bukan utk masak magnet ye axa..ni utk masak food. ko nak masak magnet ko pi lab mecha sana..

nuget yg dah keras cam kayu...dan takde rasa dah..hangusss!!


rupanya kan..aku baru discover aku ni bongok rupanya..aku TAK RETI guna microwave masak benda frozen..seriouss!! terasa bongok seploh minute.


prem : i smell something is burning!!
me: hahh?? hahh?? ye la....kebakarannn.....
prem: ur food !!!! (dan ketawa dgn kuat yg sgt kuat...)..hahhahahahahhhihihiihihihihi
me: eh...still ok lah prem..tak hitam..still can eat lorr..
prem: trust me..keras oredi..sure cam kayu...
me: (gigit sikit...) ye laaaaa...wakakakkaka...mcm stick dah...kakakkakaka..kerasss...kalau baling dinding...sure dinding nih pecah....ka ka ka ka..
me and prem: kakakkakakakka (mengilai-ngilai...)
prem: u need 2-3 minutes only lar to cook it..
me: ohh??..i set 10 minutes....kkaakakakaka..
prem: hahahhahahaha..no wonder la...


hahha..ada lah 3 ketul je yg boleh makan...yg lain masuk bakul sampah...nyaris gigi cik kiah ni tercabut gigit kayu tu...hahahhaha


part #2

percubaan utk insaf kali ke infiniti... (eh..mcm kenal ek ayat ni...ke ke ke)
dah..dah...cepat kerja cik kiah..dateline esok nii....habis la ko..padan muka...

hari ni ada org bagi hadiah...thanks axa.. motip aku nak menayang benda ni?.hahha..aku pi blog org derang tayang beg LV..aku tayang periuk ni dah le...ke ke ke..

hadiah belated birthday katanya..ni le isinya...dia suh bukak..hiks..ada org nak kasik lagi?..aku sukerr periuk ni...hiks!!


t.a.t.a.
nak pi amik angin kat alaska.

Sunday, March 15, 2009

Mentarang bakar bersambal

Mentarang bakar bersambal

Ok...ni resepi kedua mentarang...
hiks..temanya mentarang lagi oke..sebab menatang ni 2 kilo banyak.takkan nak tumis air semua. Kembung mak makan senah..ekekekekkekeke.


so bahan-bahannya:

10 biji mentarang (kena cari pi sekinchan sinun kalau nak masak ni...hiks)
(kuantiti takdelah rigid..kalau nak makan ramai-ramai masak le banyak.kang tak cukup ada yg nangis..hiks).
cili kering kisar - 2 sudu
bawang putih - 2 ulas (tumbuk)
halia - 1 inci (tumbuk)
belacan - 1 inci
sos tiram - 2 sudu
sos cili - 1 sudu
kicap manis - 1 sudu

cara-cara:

* gaul semua bahan tuh..kecuali mentarang oke. bior sebati..rasakanlah sambal tuh...if suka buh gula sikit ke...garam tak yah..sebab nanti masin sgt.

Letak mentarang atas aluminium foil. Buh bahan sos tadi tuh atas mentarang. Gaul-gaul sebati.

Bungkus dlm aluminium foil, buh atas grill pan..masak le around 10 minit...
fuhh..aku intai..menggelegak dan tiba2 banjir gitu..mmg mentarang ni banyak air..so bila ko masak air dia keluar.
Dah masak hidang lah.makan dgn nasik suam. Kosentret je makan. Gajah lalu pun tak perasan.
Sedap!!
oke..mari memasak!

Mentarang

Pernah dengar perkataan mentarang? tak pernah? pernah?
catz??...pernah..lama dulu. tak silap catz dlm sebuah program di TV.

Ni pengalaman masa balik dr Lumut/pangkor tu..
Melepasi kawasan Kuala Selangor..kita akan ke Tanjung Karang, Sekinchan, Sabak Bernam.
Jadi kita akan lalu juga kawasan bernama Pasir Pnjang, Sungai Besar dan sebagainya.
Bila melepasi kawasan Sekinchan, kita akan mula nampak banyak gerai-gerai tepi jalan menjual mentarang. masa pergi tu, dah fikir dah balik nanti nak singgah beli.
Tak pernah tgk live (yg aku tgk kat Tv tu pun dah lupa aku rupa paras mentarang ni..dah lama).
yang aku tau, benda ni boleh makan. Sedap katanya cik senah...hah..gitu. So haruslah dalam perjalanan balik tu beli. Kalau tak beli takut mimpi-mimpi, walau mula-mula tuh was-was jugak..eh..aku makan ke?? eh..aku reti ke nak masak..nak masak apa..ala-ala makanan Fear Factor ke..boleh ke aku telann??isk...



Duk berkira-kira..nak beli ke tak..nak beli ke tak?? ok..beli lah..


Jeng-jeng...tu diaaa..gerai mentarang..kira ko jalan 500 meter jumpa satu gerai..jalan lagi sket jumpa gerai..yg menjual ni kdg budak-budak je...kdg tu orang dewasa.

Opsss....berenti...berenti...ala..cik kiah terlepas...nextttttt gerai lah..

Ha...tu dia..aku pun pandai jugak (ceh...masuk lift senirik tekan butang nak naik tingkat berapa..ke ke ke..). Aku beli mentarang dgn sepasang suami isteri ni (ye ke,..ye laaa..abihhh tu...). Ada benda aku nak tanya kat makcik niii.....haaaaa...tungguu....!
ada 2 org pelanggan sedang beli. beli smapai 3 kilo..5 kilo..Ewah..gelemer mentarang makcik ni..hiks...so akhirnya beli 2 kilo. satu kilo, ada yg RM5.00, ada yg RM6.00. Aku beli 2 kilo=RM12.00

Ni mentarang yg depa letak dalam air. utk make sure mentarang ni hidup dan fresh gamaknya.,

duk tgk mentarang ni..sedap benor ke?..nak masak apa??


dialog aku dan kakak mentarang.

aku: kak...mentarang ni camana nak masak? tak pernah makan ni. sedap ke?
akak: masak tumis air pun sedap dik. Ha..Tumis bawang, halia, serai, lada, buat mcm tumis air tuh, masukkan mentarang ni..sedapp!!
aku: ooo....dgn kulit sekali ke?
akak: ye...dgn kulit sekali, mcm masak kerang.
aku: selain tu?
akak mentarang ni kalau akak, masak lemak cili api. Jangan masak dgn kulit. Buang kulit terus. baru masak. Ko tumbuk cili,kunyit, serai, bawang, tumis2..masuk santan...masuk mentarang. ko jgn tambah air...mentarang ni banyak air. nanti cair pulak.
aku: kena rebus dulu ke?
akak: tak payah, boleh buang kulit, kopak je cengkerang ni..bersihkan isi dia basuh.

Haa..kan dah dpt resepi..pandai tak aku pilih gerai. Kalu aku beli kat gerai yg dijaga oleh budak..sure dia ckp..entahhhh kaakkkk..mak syaa masak..saya tau makan je..tapi sedapp..ha..tak sentap ko cik Semah.



Gigih tak aku?duk basuh ni sempat amik gambor..dan berus sebijik-sebijik cik kiah.
Sampai rumah dah maghrib dah, penat sgt. aku basuh mereka bersih-bersih. Aku berus sebijik-sebijik oke.utk buang pasir dan tanah yg lekat. Hazabb gaklah kann. Dah kelam kabut nak solat maghrib bagai, so masak simple je.

Tengah duk menggelegak...

Hiris bawang putih, hiris halia. Aku tumbuk kasar je bawang putih dengan halia tuh. Amik serai dua batang, ketuk penyek. Hiris bawang besar setengah biji. So tumis semua bahan. Then hiriskan cili api dan cili besar sket. Masukkan cili. ikut le nak pedas mana. Karang berasap sampai esofagus pulak kalau terlebih cili. Then bubuh air. Mendidih je aku buh garam dan masukkan mentarang ni. Dalam 5 -8 minit je..masak dah. rasakan masinnya. Done!



Ok..siap...hidang..rasa??..puhhh...sedap oke..kuah dia pun sedap...ala..mcm tumis air kerang tuh la..mentarang ni isi dia besar, so makan beberapa bijik pun dah rasa makan banyakk sgt..hahah..
sedap jugak makan ni kalau ko cicah sambal kicap ke cik kiah..kalau rajin buat le kuah asam ke, smabal kicap ke. Ni menu emergency lah...so al champokssss saje...tapi sedap!! lemakkkk sgt rasanya....macam kepah tapi lagii lemak lah..mcm kupang + kepah...hehhehe..idok le rasa cam food fear factor..nyammmm!!!