Sunday, August 9, 2009

OOO...sabar ko je ko nak kira?... sabar aku ??

warning: sila baca entry ini dengan bimbingan ibu bapa. 18 SG.

aku hot..
aku hot....
aku dah tak leh tahan ni tadi...
lokasi: berhampiran te5co Ban+ing.
aku menuju ke arah MORIB.
ni kat area Teluk Datuk.
Jalan tiba-tiba jem setelah melepasi te5co ban+ing.
eh...sebab apa ek?..accident or road block.
Jalan adalah 3 lane. nak jadi 2 lane. dan nak jadi 1 lane, sebab ada road block di depan.
aku dari lane kiri sekali, nak susur masuk lane ke-2.
bagi signal.dan masuk sikit2. semua org buat mcm tuh lah sebab main road kat Teluk datuk tuh mmg 2 lane. ada satu van ni aku perasan, tak bagi aku/kereta lain masuk.
ok..tak kisah lah...sebab mmg ada je org perangai mcm tu yg tak nak tolak ansur.

then ada kereta lain dpt masuk, then dia bagi aku masuk sikit2..aku jln sikit2 himpit ke depan...nak masuk lane 2..sikit je lagi andddddd..tiba2 van tadi zuppppp himpit aku. and guess what?? SIDE mirror aku dan side mirror dia dah touched each other. van dia tinggi kan..so side mirror aku bwh side mirror dia..ketat!! takleh gerak. mmg kena lipat. if dia gerak, aku kena. if aku gerak, dia kena. aku nampak org tu mukanya sgt KEREK seolah2 berckp.."nahhh...padan muka...aku berjaya himpit dan tak bagi ko jalan". SO aku turunkan tingkap...nak tarik/lipat side mirror aku supaya dia boleh gerak or aku bleh gerak.
aku tak nak berckp dgn org yg mentaliti tahap jamban ni.
aku heran...puas ke hati dia ek dpt himpit kete aku?? dan apa pointnya nak buat mcm tu???
bukan semua org kena tolak ansur sebab lane mmg akan jadi satu.
aku terkial2 tolak sebab side miror aku mmg touch body kete dia.ketat.
and aku perasan dia turunkan cermin and jerit.
beruk: " HOI....jalan la...." (aku namakan dia beruk sbb dia tak patut jd org).
aku: kejap, saya nak lipat side mirror, takleh gerak, u himpit saya.
(aku perasan, wanita disebelahnya memandang ke arah aku, muka normal..maybe wife dia).
beruk: hoi...jalannnnn la BRADERRRRR.
(ehhhh....nampak tak betapa jambannya otak dia??). sejak bila pulak org yg dipanggil 'brader' adalah bertudung dan mempunyai tetek saiz 3XD??? haaaa.... adakah otak jamban ko telah tersumbat??? and if aku lelaki sekalipun, tak sudi aku jadik brader ko.
aku: macamana saya nak jln. u himpit saya!
beruk: jalan la ke depan!! apaaaa la!! (jerit dgn muka kerek)
aku: eh...mmg lah semua org jln ke depan..tapi u himpit saya..
beruk: u jln lah ikut lane...jgn potong Q.
(eh..lagi sekali aku ckp dia mulut longkang..kan ke semua org kena masuk ke lane kanan..ko pun sama kan nanti..kena ke kanan jugak..semua org kena tolak ansur sebab ia akan jadi 1 lane. in order ko nak ke kanan, org lain pun akan tolak ansur bagi ko masuk kanan kan nanti)
aku: u tak boleh sabar dan tolak ansur ke??
beruk: abih...ko punya sabar je ko kira..aku punya sabar???!!!! (jerit kuat).
(wanita bertudung di sebelahnya muka cuak je...).
aku cepat2 naikkan cermin sebab aku tak nak menurunkan tahap IQ aku berckp dgn org yg bermulot longkang dan otak yg sgt jamban.
dalam hati aku mmg dah menyumpah2...
my blood go upstairs!!!!!!
i can hear..my blood is boiling!
beruk tu puas hati kot dpt potong dan himpit aku ke tepi semula...aku cepat2 kuarkan kamera..amik gamabr kereta dia siap dgn flash lagi..haaaa...watch out!! blogger tegar is on the road!!!

u ols paham tak maksud yg baku sketch ni?..abaikan lukisan buruk ni...

semua org kenalah tolak ansur ye tak. kena bagi jln dan tolak ansur. aku bukannya masuk zuppp cam potong sayur. bagi signal dan pelan2 masuk sikit2. semua org buat mcm tu..dan apa point ko sgt selfish.ko puas hati ke tunjuk EGO ko?? ko puas hati ke tunjuk ko teror. aku dah hampir masuk lane, dan ko rasa menang ke dpt himpit aku? sdgkan...apa salahnya ko bagi jalan pd org tepi? ko dpt award ke? atau itu menambahkan sedikit vitamin dlm otak ko yg mereng tu ke?? dan ko jerit2 kat perempuan, ko rasa bangga ke??? ko rasa menang?? ko tak fikir ke cth apa ko bagi pada anak isteri dlm kereta ko tu??? haaa??? kenapa ko rude sgt???? ko tak malu ke???

pemandu yang tiada budi bahasa.


kalau aku nak adukan kat LPKP mmg aku dah buat. Tapi aku ada peri kemanusiaan. entah2 dia je yg menyara anak isteri dia dan dia guna kenderaan itu utk mencari rezeki. aku sabor....aku sabo. karang aku layan sgt, menyusut pulak sel-sel siuman dlm otak aku ni..dah le tinggal berapa gram je tinggal ni...
kalau ikutkan geram...aku baling je dgn apa2 yg ada dlm kete ni. Oh..aku rasa..aku patut simpan batu bata, lesung batu, botol oren or tong gas lah dlm kereta. berguna di kala situasi begini.

haa...org tgh hot mmg makan banyak kan....

see...bila aku sgt hot, entry aku tiba2 jadi 18SG.

Pengalaman saringan H1N1 di hospital

Mak called :" cikgu hantar sukri balik. dia demam, panasss sgt. hari ni cikgu hantar 20 org balik." suara mak PANIC!
(sekolah sukri merupakan Sekolah Teknik, ada asrama, tp adik aku tak duduk asrama).
suara mak dah buat aku gelisah gila.
hooo....aku jadik risau gila bila adik aku yg bekerja di sebuah hospital swasta dkt2 sekolah tu kata, "sekolah tu mmg dah ada kes".
ahhh??....izit?
aku : mak..kat rumah ada mask?
mak: takde.
OMG! dah beberapa kali aku pesan mak suh beli, tapi mak tak beli.
so i urged mak to buy mask at nearest clinic.
and i called mak time to time. mak said"cikgu bawak dia pi klinik kat pekan sbb hospital dah reject coz hospital is too packed with people!!"
oh....
ok....
bertenang..tarik napas....
aku risau sbb masa tu mak alone..dan mak sgt panic.
then adik sampai rumah..makan ubat bagai..aku call mak few times. kejap mak kata adik dah ok sikit...kejap panass sgt. i ask papa..and papa advised.." take ubat every 6 hours".
but it cant make me calm. rungsing. kejap2 mak ckp suhu tinggi, so mak 'jerlum' dgn air. Dan adik aku batuk kuat.
and when i ask " mak pakai mask tak?" mak said "TAK". hah??....aku speechless dah.
eh...my blood go upstairs sekejap la...iskk mak aku niiii..eiiii...saboooo je....abih mask tadi tuh mak wat apaaaa...
lepas maghrib..aku call..mak kata, badan adik panas sgt. and tak tau nak buat apa.
oh....kena pergi hospital ni. since takde sesapa yg available..i made decision...balik Johor NOW.
aku kemas2 barang....drive balik Johor. 9.30 baru bertolak..singgah bangi sat amik barang..
ngantuk gila...aku singgah restoran jejantas air keroh..
makan nasik lemak yg tak berapa rasa nasik lemak + teh O...

driving alone at night best jugak..to keep me awake dan siuman, aku On radio kuat2...so.. aku melalak..sat2 sore aku jadik sore ziana zen nyanyi lagi 'madah berhelah'..sat2 lady gaga, sat-sat zaiton sameon, sat-sat rihana, sat-sat jadik sore sinchan pun ye gak..mcm konsert u ols. ala-ala praktis nyanyi nak pi audition pun iye jugak.

(aku rasa if kak ziana zen dgr sore aku nyanyi tuh, sure dia nangis merayu suh aku benti nanyi, sebab takut dia takleh carik makan lagik dah...so..bleh bayangkan sore cik kiah ni???)

akhirnya...samapi rumah mak pukul 1.30 pg. kakak aku yg keje kat sepital ckp, pi je bhgn emergency..pukul 2-3 pagi pun x pe.
Mak, abah dan adik dah ready nak pi hospital. Aku pulak yg tak larat. Adik ckp bdn tak berapa panas, plus aku tgk adik aku boleh jalan tegak lagi. esok pagi je lah...
so pagi2 buta...aku rasa dahi adik aku...panass!!
lepas buat sarapan dan alas perut, aku bawak adik ke hospital kerajaan.sampai hospital around 8 pg. HUJAN lebat gilaaaa pagi ni.
wowww..ramaiiii orang.haa...sure lama niii..
Tapi dlm hal ni, aku mmg prefer pegi govt hospital.
wah..ada kaunter SARINGAN DEMAM. now perkataan demam pun dah menakutkan.
pi tanya bhgn pendaftaran, dia suruh isi borang dan pi kaunter saringan demam. eh..bayar satu ringgit.
proses saringan tak lama. patient yg demam straight ke kaunter saringan, beratur, check suhu etc. Adik kena buat ujian darah sebab adik aku selain demam, dia ada simptom, iaitu batuk.
Mak aku gelisahh je. Aku, duduk kat satu sudut, baca majalah IN-Trend sampai khatam dah.
Hujan pulak tu. lapo. oh aku dan mak pakai mask. adik pun.
Sambil2 tu duk perhati gelagat orang.mcm2 ragam. ada sorang kacik mcm tak puas hati..
dia ckp.." mak cik bwk anak makcik ni ha, sekolah dia dah ada kes..dah cek suhu etc, doc cuma bagi ubat suruh balik". dia membebel mcm marah2.
oh..aku paham lah..makcik ni dia ingat kalau demam je mesti masuk wad sebab wabak tu. Dia tak tau yg bahawasanya, demam tak semestinya anak dia kena H1N1.


Jabatan pesakit luar

Results ujian darah, menyatakan adik aku NEGATIVE. demam biasa je. Alhamdulilah. Tapi dia dpt ubat satu plastik. Aku paksa dia pakai mask jugak. Jgn mentel2 nak bukak, aku x nak mak aku jangkit demam/batuk dia. pukul 10.30 pg baru settle semua. Mmg lama, tapi aku puas hati sbb dpt buat saringan tu. At least aku dah tau dan tak risaukan lagi mak dan abah.

Hem..aku byk dgr rungutan, kat TV pun ada gak siarkan aduan, rungutan org ramai yg tak puas hati dgn perkhidmatan hospital dlm menangani wabak H1N1. ada yg mengadu tak dilayan, atau disuruh pi hospital lain sebab hospital dah sesak sgt. memang tak boleh nak salahkan hospital. Maybe kakitangan tak cukup, ruang terhad, masa yg terhad nak tampung semua org yg dtg. Itu aku fahamlah. Bila dtg dah tengahari, org mmg ramai sgt. Orang ramai pula, ramai yg tak sabar, panic dan mcm2 masalah. So u ols..kalau nak pi mmg kena lah dtg AWAL PAGI.

Balik dr hospital, aku pi farmasi, beli mask banyak-banyak, beli hand sanitizer utk adik dan mak. Aku pesan, pi mana2 pakai mask dan sellau guna hand sanitizer tu. selalu cuci tangan.
aku heran gak knp sekolah adik aku tak tutup, pdhal dah ada kes. entah ek..dunno lah apa alasannya apa. Yang penting, adik aku kat rumah now..dicutikan. ewah..sukalah dia ek, tak yah pi sekolah. huhuhu.


Thursday, August 6, 2009

off to JohoR



urgent family matter.
6 ogos 2009.
9.30 mlm.



selamat sampai pukul 1.30 pagi.
ngantuk.
kena menyuluh subuh2 ke hospital.

tata.

Wednesday, August 5, 2009

Mickey's Waterworks Parade

Di Disnekyland ni banyak acara yang telah disusun ikut jadual. Parade, stage shows, Live show, character greeting times dan special hours. Kena rujuk jadual dan peta kalau tak nak miss. Ada yg satu hari sekali je, ada yg 2-3 kali sehari shownya.Duk terkejar-kejar ni tak sempat nak tgk semua. So pi yg mana sempat dan penting je..
Ada benda yg kalau nak naik kena beratur panjang...ada yg tunggu kejap je...kalau gigih pulak, haa..beratur lah tunggu giliran bergambar dgn watak2 kartun yg muncul sekali sekali.aku tak segigih itu lah...cuaca panasss.

Salah satu acara yang rugi kalau miss ialah Mickey's waterworks parade.
Yang ni summer time je kot ada..kalau musim lain, lain le agaknya jenis paradenya..
Parade ni sehari sekali je..pada pukul 3.30 ptg.
terdapat lebih 30 watak kartun disney akan berjalan di sepanjang laluan yg ditetapkan tuh..tak silap aku kat area antara fantasyland dgn adventureland..
ha-ha-ha..basahhhh laaaa time ni...
kalau tak nak basah stay kat tmpt dry area.
aku bukan penggemar kartun pun.. (nyampah gila kalau adik aku duk sibuk tgk channel kartun)..tapi kat sini tetiba aku sukaaa....mak sukaaa..




hi mickeyyy!!!

dengan music yang kuat, sorakan-sorakan penonton yg kebasahan, watak kartun yg menari-nari...ha-ha..cam budak kecik aku rasa....panas mmg panas le kan..


org hijau ni keje dia duk smebur2 air..nasib le kalau kena..sebab dia mmg purposely nak bagi penonton basah...



cantiknya costume derang ni..kalau aku pakai sure tak muat...ke ke ke

ni kartun apa???(jahilnyaaa aku..)..tapi comel ah baju bulat-bulat dia ni..




awww...



hi..hi...ala tomel-tomel..

pasu-pasu bunga yang berjalan...sambil sembur2 air..

yeh..yeh...

jahaatttt..saja tau nak sembur2 air...

lawanyaaaaaa kupu-kupu..

garangnya bunga nih..




aku yg dah kebasahan..panas..muka berminyak dan basah..kamera pun basah u ols..sabo je lah..kena lap-lap..cuma kdg tuh..bagusnya adalah org2 kat sebelah aku ni pakai payung, so bleh le tumpang tepis-tepis air tuh..water...cartoons character, loud music!!! FUN!!!!

Disneyland (part 1)

sedikit catatan dan gambar:


Hong Kong Disneyland adalah taman tema pertama yg terdapat di Hong Kong Disneyland resort. Ia adalah kepunyaan dan ditadbir oleh Hong Kong international Theme Parks. Ia dikoporatkan dan menjadi milik bersama The Walt Disney Company dan Kerajaan Hong Kong.

ia adalah taman ke - 5 Disneyland, terletak di Penny's bay, Lantau Island. Taman tema ini dibuka pada 12 September 2005.

Taman tema ini mengandungi 4 taman tema seperti yang terdapat di Taman Disneyland yang lain iaitu, Main street USA, Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland. Akan dtg mungkin akan bertambah. bahasa perantaraan yg diguna di dlm taman ini ialah English, Chinese b(cantonese and mandarin).

Capacity taman ini adalah 34,000 pengunjung sehari. ia adalah Disneyland terkecil jika dibandingkan dgn yang lain. Taman ini berjaya menarik pengunjung lebih kurang 5.2 juta pd tahun pertama. Sejak 2005, lebih 15 juta pengunjung telah berkunjung ke taman ini.

Keluasan resort ini adalah 310 ekar/ 1.3km persegi. Taman temanya adalah seluas 100 ekar (o.4km persegi).

Terdapat 2 buah hotel dalam Disneyland Resort ni iaitu Disney's Hollywood Hotel dan Hong Kong Disneyland Hotel. Dari hotel terdapat shuttle bas ke theme park. Kekerapan 10 minit sekali. Sgt convinient.


Disneyland shuttle bus

jalan kaki ke taman tuh...cuaca panassss.....aaaa..

keh-keh..sure nak bergambar kat sini....ramai gila org duk posing2 mcm2 gaya kat sini..siap panjat2 bagai...

tix kaunter..bayana masuk...sehari HK$350.00. If tinggal kat hotel dlm resort ni dpt satu hari free (dgn syarat kita beli tix satu hari, sehari lagi percuma).

tiket ku......nak masuk kat sini, dia guna finger biometric scanner..selain tuh pemeriksaan keselamatan pun ketat gak..makanan/minuman luar tak boleh bawa masuk.Mereka akan cek bag. so jgn bwk masuk benda bukan-bukan.

so....

ke :
Main Street USA
Fantasyland
Adventureland
Tomorrowland


to be continued...

catatan ringkas : Hong Kong trip



to be exact ini adalah trip ke Hong Kong Disneyland.

KL-HK- Disneyland.

ada yang tanya: tak takut ke berjalan during outbreak?
sebagai manusia normal mestilah ada rasa bimbang, jadi langkah berjaga-jaga haruslah di ambil.

so:

persediaan untuk perjalanan during outbreak : MASK .... sebelum step into the airport pakai mask.
Persediaan ubat-ubatan dan suppliment pun penting. Ada sesetengah farmasi yg siap-siap letak peringatan merangkap iklan:
wut u need when travel oversea during H1N1 outbreak : vit c 500mG, antibiotik brand XXX, and MASK. Dan di display segala jenis mask. ok..mmg rasanya bisnes mereka time ni bagus sebab beberapa farmasi dah kehabisan stock mask..puh.
selain itu..bawa juga 'hand sanitizer- alcohol based'. kalau travel dgn anak-anak kecil, aku rasa benda ni wajib lah. why not kan..?
langkah-langkah pencegahan adalah bermula dgn diri sendiri dahulu - kebersihan.
Apabila memperkatakan tentang H1N1 yang sudah dikategorikan sebagai pandemik, ada pelbagai reaksi:
ada yang mmg alert (mungkin banyak membaca dan ambil tahu), dan ada yg kata 'Tak tau nak react camana..ramai je org mati sebab kena flu'. Mungkin tak ambil tau, tak tau fakta atau tak kisah.
oh..terpulanglah...

ok..aku letak sedikit fakta yg ku copy dr laman web Ministry of Health/KKM.
AKu letak sini utk kita share baca.


Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.


Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.


Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>

  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

ok..sekian fakta. moga ianya bermanfaat untuk semua.

Turun je dari flight, kami melalui saringan status kesihatan. Borang status kesihatan yg dah isi atas flight tadi diserahkan dan di check oleh pegawai bertugas. Yang bagusnya di sini ialah, terdpt banyak station utk isi borang dgn selesa. Selepas itu barulah melalui pemeriksaan imegresen.

saringan status kesihatan di Hong Kong International Airport

Hong Kong International airport ni besar gila...nak ke arrival punya lah jauh..

Untuk ke destinasi tujuan, banyak optin, boleh naik MTR, naik bas, atau teksi. Mula-mula fikir nak naik teksi je sebab mg nak pi hotel je terus yg terletak di Disneyland (Lantau island)...tanya kat kaunter tu...wow...teksi ke Disneyland Hotel adalah HK$370.00... perjalanan around 25 minit gitu. So kami pilih utk amik aiport coach. Kosnya adalah lebih kurang HK$80.00 seorang. Bagi aku mahal, tapi sebab nak jimat masa. Bas ni hantar sampai depan tangga hotel. Airport Coach ni hanya utk hotel-hotel terpilih.

Sampai hotel, check -in dan simpan beg. Bekejar ke Disneyland park sebab tak nak miss beberapa acara.
Ada parade pukul 3.30 ptg. Sehari sekali je parade tuh. so tak nak miss.
Dari hotel, ada shuttle bus ke sana. setiap 10 minit secara percuma.

to be continued...

Monday, August 3, 2009

updates

weekend updates:

cuaca adalah tersangat panas.
I went to Mickey's house, to visit mickey and minnie..


minnie: banggggg..excitednya i jumpa catz...
mickey: i ponnn.... catz u stay sinilah malam ni...minnie will cook spesel for you..
catz: err...errr..nak order teh tarik, nasik dgn asam pedas, tempe goreng..dah 2 hari tak jumpa nasik ni..
minnie: err..bangggg..tempe tuh hapa ke benda??..
mickey: entah..sejenis steak agaknya...cuba u tanya dgn org gaji kita yg kita import dari Indon3sia tuh..
minnie: err...jom le kita masak..i pun dah lama tak makan asam pedas..
catz: errr...i terbau u bakar cake tadik masa i jenguk dapur u....
minnie: err...hangus keww??
Mickey: darling....dah berapa kali i ckp...masak jgn hangussss......sambil msk jgn tgk TV...

muffin at Mickey's place ..nyum...nyummmmm

2. captured this news at International pages, Sunday Morning Post..
errr..jadik jugak ek demo tu??
err..no comment..



will update later..
now tgh melazy2 di rumah Mickey Mouse..cuaca di luar adalah sgt panas...extremely HOT....!! so malas nak jalan-jalan.