Wednesday, August 5, 2009

catatan ringkas : Hong Kong trip



to be exact ini adalah trip ke Hong Kong Disneyland.

KL-HK- Disneyland.

ada yang tanya: tak takut ke berjalan during outbreak?
sebagai manusia normal mestilah ada rasa bimbang, jadi langkah berjaga-jaga haruslah di ambil.

so:

persediaan untuk perjalanan during outbreak : MASK .... sebelum step into the airport pakai mask.
Persediaan ubat-ubatan dan suppliment pun penting. Ada sesetengah farmasi yg siap-siap letak peringatan merangkap iklan:
wut u need when travel oversea during H1N1 outbreak : vit c 500mG, antibiotik brand XXX, and MASK. Dan di display segala jenis mask. ok..mmg rasanya bisnes mereka time ni bagus sebab beberapa farmasi dah kehabisan stock mask..puh.
selain itu..bawa juga 'hand sanitizer- alcohol based'. kalau travel dgn anak-anak kecil, aku rasa benda ni wajib lah. why not kan..?
langkah-langkah pencegahan adalah bermula dgn diri sendiri dahulu - kebersihan.
Apabila memperkatakan tentang H1N1 yang sudah dikategorikan sebagai pandemik, ada pelbagai reaksi:
ada yang mmg alert (mungkin banyak membaca dan ambil tahu), dan ada yg kata 'Tak tau nak react camana..ramai je org mati sebab kena flu'. Mungkin tak ambil tau, tak tau fakta atau tak kisah.
oh..terpulanglah...

ok..aku letak sedikit fakta yg ku copy dr laman web Ministry of Health/KKM.
AKu letak sini utk kita share baca.


Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.


Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.


Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>

  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

ok..sekian fakta. moga ianya bermanfaat untuk semua.

Turun je dari flight, kami melalui saringan status kesihatan. Borang status kesihatan yg dah isi atas flight tadi diserahkan dan di check oleh pegawai bertugas. Yang bagusnya di sini ialah, terdpt banyak station utk isi borang dgn selesa. Selepas itu barulah melalui pemeriksaan imegresen.

saringan status kesihatan di Hong Kong International Airport

Hong Kong International airport ni besar gila...nak ke arrival punya lah jauh..

Untuk ke destinasi tujuan, banyak optin, boleh naik MTR, naik bas, atau teksi. Mula-mula fikir nak naik teksi je sebab mg nak pi hotel je terus yg terletak di Disneyland (Lantau island)...tanya kat kaunter tu...wow...teksi ke Disneyland Hotel adalah HK$370.00... perjalanan around 25 minit gitu. So kami pilih utk amik aiport coach. Kosnya adalah lebih kurang HK$80.00 seorang. Bagi aku mahal, tapi sebab nak jimat masa. Bas ni hantar sampai depan tangga hotel. Airport Coach ni hanya utk hotel-hotel terpilih.

Sampai hotel, check -in dan simpan beg. Bekejar ke Disneyland park sebab tak nak miss beberapa acara.
Ada parade pukul 3.30 ptg. Sehari sekali je parade tuh. so tak nak miss.
Dari hotel, ada shuttle bus ke sana. setiap 10 minit secara percuma.

to be continued...

2 comments:

kucingorengemok said...

ada pulak org tulis kat paper kata jangan pakai mask, sbb kuman tu tak airborne, tapi yang terlepas masuk dlm mask tu lagi senang membiak... aku? blur... :|

CATZ said...

kog,

kdg org ni takde ilmu...tapi nak berckp..tunjuk pandai...biorkanlah dia..