Saturday, August 29, 2009

Bandung - Travel Guide

Entry ni adalah ringkasan trip Bandung.
Ada beberapa org yang tanya tentang hal penginapan, transportation , shopping place etc sebab nak arrange trip ke Bandung.
Ada beberapa reader yang hantar komen nak tahu lebih lanjut tentang beberapa perkara.
Saya cuba ringkaskan beberapa perkara yang mungkin dpt membantu.
Aku bukanlah pandai sgt..cuma sedikit sebanyak yg aku tau je lah yg aku tulis.

Kalau dari Kl, nak direct ke bandung, naik Air Asia dari LCCT. kalau naik MAS kena ke Jakarta sebab MAS takde direct flight ke Bandung.Kalau dari JB, pun buat masa ni takde direct flight ke bandung. Kena amik JB- Jakarta. Kalau banyak masa, bagus juga kalau singgah Jakarta..so trip 2 dlm 1. Saya baca mana-mana forum, kalau pi Jakarta bandung, bagus if weekend spend di Jakarta. Weekdays spend di Bandung. Sebabnya, Bandung sgt sesak pada weekend dan cuti umum. Orang Jakarta turun ke bandung on weekends.

Oh ya..mengenai flight tix, kalau nak murah, time ada promo cepat-cepatlah beli tix. if dpt tambang kosong ke...untung lah...tapi kenalah rajin google 24 jam...hehhee..siapa biasa buat ni tau le kan apa yg kumaksudkan itew..bersengkang mata ..hiksss..

Dari Jakarta nak ke bandung, terdapat pelbagai pilihan. Boleh naik bas, naik kereta atau paling mudah, naik je keretapi ARGO GEDE. Naik di STASIUN GAMBIR, turun di stasiun BANDUNG.
Perjalanan 3 jam yang menyeronokkan bagi saya kerana train yang selesa dan pemandangan indah sepanjang perjalanan.




Bandara Husein Sastranegara Bandung

Travel di Bandung ni senang, sebab airport terletak di town. Naik cab around 10 minutes dah sampai pusat Bandar. Dari lapangan terbang, paling mudah naik TAKSI. Tambang..ehm..aku lupa..around IDR55,000 lebih kurang.

TAKSI di kota Bandung

PENGANGKUTAN.

Bagi catz, travel di Indonesia sebagai pelancong adalah amat mudah. Tak payah pun pegi dengan travel agent. sebab ada yang tanya samada catz pi travel dgn travel agent. Last catz pi Indonesia dgn travel agent was 2004 kot.. masa tu pi Medan-lake Toba- Brastagi. (Time tu aku belum kenal perkataan BLOG pun..ha-ha. Blog??..Binatang apakah itu??)
Actually terpulang kepada masing-masing lah. Ada pro dan kontra nya. ada yg kata, nak senang pegi dgn agent. Pegi dgn agent ni, pun mcm2 pesennya.. Ada yang arrange utk small group dan big group. Boleh beli flight tix sendiri dan amik je pakej ground di sana. Senang juga sbb dah ada org jemput di Bandara (airport), hotel agent dah arrange, nak ke mana2 ada org jemput, makan dah di arrange. Ikutlah nak arrange camana, nak includekan apa kan...bisa saja diatur. sediakan saja uwangnya dong. Tapi bagi pendapat saya, sebenarnya ia lebih mahal dr travel sendiri.
Or maybe ada benda yg kita tak nak include kan...cth makan. Ada kawan catz pi Bandung, makan derang tak masukkan. sebabnya?..SHOPPING TRIP. makan di mana saja sempat. Haa..koo..perempuan kalau dah shopping dia akan lupa makan. Kenyang berterusan katanya. keh-keh-keh.Lagipun..nanti aku explain why makan ni takdelah penting sgt kat sana bagi kaki shopping....hhhahhahaha.
Travel dgn agent ni nasib jugaklah. If pi ramai, Kena ikut masa orang, kena tunggu orang. Bila dah ramai mcm2 ragam dan karenah. Aku banyak experience benda ni. baik small group, baik big group.he-he.so dah paham sgt karenah travel dgn group tour. kuncinya...SABARRRRRR.

Dulu-dulu aku suka gak pi dgn travel agent. Travel sorang, join group yg diarrange oleh travel agent. Dapat kawan baru sambil travel fun jugak. Pernah dpt geng yg gila-gila satu kepala. best!
Aku ada kenangan yg best lah travel mcm tu..tu citer lain lah.hehheeeeeee..

Berbalik trip bandung (jauhnya mak melalut niii..)

aku nak citer kalau nak travel sendiri i mean, pi sendiri dgn kawan atau family, arrange sendiri.
Kalau nak jimat, if pi dgn kawan-kawan, baik travel dalam 4-5 org...or..ideal 4 orang. or 7 org ke..muat satu van. Kenapa aku kata jimat?..sebab dari segi transportation lah bila nak kulu kilir karang. Baik naik cab ke..atau kereta bersupir ke..sebab kira satu kereta kan. So kalau pi 4 org, boleh share kos transportation. If pi 6 org ke, bleh naik satu Van.
Kosnya?? Ni catz cerita kereta / van yg dilengkapi dgn supir.
ok..catz dah survey di hotel. Kalau dari hotel, 12 jam kosnya lebih kurang IDR700,000. Kalau di Bandara, catz tak sure.
Kalau cari sendiri, kos around 500,000 12 jam (termasuk petrol, supir merangkap tour guide, parking,).If kurang dari 12 jam, half day ke..lagi murah lah. so kalau travel 4 org, kongsi lah 500,000 tu.jimat bukan?
depends lah..boleh negotiate lah dgn supir.
Nak ke mana?..boleh le bincang dgn ahli travel dan jugak supir. Ada org yg pandai nego dan dpt supir yg tak berkira, ko angkutlah ke mana pun sampai memalam buta pun dia tak kisah. ko bagilah dia tips ke..food utk family dia ke..
Oh...kat mana aku jumpa supir aku?
haahah..kebetulan. Aku jumpa dia kat depan stasiun bandung. kami jln kaki dari hotel ke Stasiun keretapi utk beli tiket ke Jakarta. Then nak pi makan, ada sorang menyapa kami dan tanya nak kemana. dah naik kereta dia, dia offer utk bawak jalan2 esok. so nego2 harga.
One thing lah kan...org Indonesia ni kalau bekerja tekun dan jujur. so if dah setuju harga, mmg dia akan berkhidmat sebaik mungkin. If janji suruh amik pukul 7 pagi., pukul 6.30 dia dah datang. masa kat jogja dulu..janji pukul 8pg, pukul 7pg dia dah terpacak kat lobby hotel. dan mereka sgt hormat tetamu mereka. Mungkin membawa pelancong adalah sumber rezeki yg lumayan bagi mereka. Supir aku ni, dia ckp dah biasa bawa tetamu dari Malaysia. So dia dah tau lah mana tempat makan yg Malaysian suka, tempat soping, tmpt menarik yg org malaysia suka. Mudah.

Nak ke mana?...ha..ada org maybe nak shopping je. macam catz, tak plan nak shopping pun actually. cuma nak jalan-jalan je tgk tempat org..makan-makan , unwind for weekend. So pi lah ke tempat menarik seperti tangkuban perahu, ladang stoberi, hot spring, kg daun bagai. 12 jam tu heret lah supir tu kan kemana -mana. pandai2 le arrange masa supaya cukup masa utk berjalan dan shopping. Macam ke tangkuban perahu, ia terletak dlm 28km dr kota Bandung. nampak cam dekat. Tapi kalau time ramai org..macet bagai, it takes 2-3 jam tau nak kesana. Unbelievable kann..so...baik le pepagi. BTW, kat sana..pukul 5.30pg dah terang benderang dah pun. Pukul 6.30pg tuh dah mcm pukul 9 pagi kat sini cik kiah.

Tapi, bagi catz, kalau setakat nak shopping, duduk hotel dekat2 area yg dekat dgn Pasar Baru or fames factory outlets , naik cab je..tak perlu hire supir. naik cab bermeter ya ibuk-ibuk. Atau boleh je naik Angkutan KOTA (van). nak selesa naik cab je lah.
Sebelum pegi tu, baik research dulu , sbb if kita banyak pengetahuan banyak benda yg kita boleh jimat dan tidak mudah tertipu.
Nak pi sesetengah tempat ada bayaran masuk. Yang tu kena bayarlah..if pi dgn agent, maybe derang dah include kan..so baik tanya secara detail siap2 if nak travel dgn agent. Make sure worth lah dgn doits yg dibayar.

Angkutan Kota

PENGINAPAN/ HOTEL.

Hotel sgt banyak..dari budget hotel hinggalah hotel 5 star. Pilihlah ikut budget masing-masing. If pi dgn agent, tanya siap hotel jenis apa yg derang arrange. Make sure worth dgn doits yg dibayar. sebab tu kena rajin google. hehhee...
Now ni kat internet berlambak company yg menyediakan tempahan hotel secara online. Haaa...tempah tru sini mmg jauh lebih murah. Kalau ada offer kdg sampai half price tau. Hotel yg 200 USD pun kdg bleh dpt around 105USD. ni cth je lah...
Cth company yg sediakan tempahan online ialah tripadvisor. Ada banyak..search je.
Nak tinggal kat B&B or budget hotel pun banyak dan murah (menurut kawan saya yg travel secara backpack ke sana).

MAKAN

Bandung makan tak susah.Ramai org Islam, so nak cari kedai halal mudah je. Yang catz recommend, Dapur sangkuriang dan Restoran di kampung Daun. ada juga restoran Padang.
Makanan yang fames di bandung ialah siomay, baso tahu, baso malang, satey kelinci (arnab), Brownies Amanda, jagung bakar 4 rasa, dll.
Masakan Indonesia lain yang harus dicuba ialah ayam penyet, soto, dll. nnati aku tambah lagi.


Macet Kota Bandung

Bandung ni kota ke dua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. so macet tu perkara biasa terutamanya time peak season dan hujung minggu. Tapi jam dia takdelah mcm kat Jakarta. sini kira ok lagi..aku pi hari tuh mmg jem gila kat sesetengah tempat. sudahnya..aku suruh je supir berentikan tepi jalan, jalan kaki ke Pasar Baru.


Ok..
bab yang paling best di bandung.. SHOPPING.
kawan aku tanya..ko bawak berapa juta ke Bandung.
aku kata..sikit je..aku bukan nak shopping.
dia ckp.." NYAhhhhhhh..ko hilang akal keww?? sewell?? skru ko tanggal ke?? Bandung tu tempat soping ok...ko kena bawak doits juta-juta lemon ok...sana syurga shopping"..
aku garu kepala kejap. cek kot2 ada wayar tercabut. err..aku ok la..

Ok...bandung terkenal dgn factory outlet.. so bawak le duhet banyak-banyak kalau plan nak shopping. and get the best deals.
Antara factory outlet yang famous ialah RUMAH MODE (sebut MO-DEY), jgn salah sebut, kang cabbie tuh tak tau, kang sampai kalimantan pulak ko cik senah. Ia terletak di Jln setiabudi, dekat2 situ ada jugak donatello, Natural dan byk lagi.
selain tuh, pi factory outlet di
Jalan Riau dan Jalan Dago. Ada sgttttt banyak factory outlet di jalan-jalan tersebut.
If nak carik jeans, pi Cihampelas..sana terdapat banyakkkkkkkkkkkkkkk kedai jual benda2 jeans ni.
Oh..kalau aku nak senaraikan..sampai esok pun tak habis (aku nak masak sahur ni kejap lagi..huhuhuhu..esok aku nak jln jauh sket...).
so antara kedai yg bagus..TOKO TIGA - if nak carik branded jeans (ORIGINAL) dgn harga murah..ops..reasonable...
Nka cari kasut.,.pi kat Cibaduyut..katanya hundreds of shoes store kat sini..(awww...harus nak balik kena sewa kontena kalau pi semua tempat..ke ke ke).
Nak beli barang immitation pun ada tempatnya. dan ada mcm2 gred. Antaranya di Rumah Tas.

ni kat Rumah MODE

satu hal yang aku suka, factory outlet kat sini cantik-cantik kedainya..hhehe..cthnya rumah mode..mak oi lawanya landskap dia...so bapak-bapak yang tak koser nak join ibuk-ibuk soping, bleh lepak kat luar..tempat makan pun banyak...sebab tu catz kata mkn kat sini tak susah...mana2 factory outlet ada tempat mkn depan2 dia...so pandai2 le....
ada kedai yg proper, ada stall etc. ada satu peristiwa kelakar. aku dah kehausan dan kepenatan.
aku beli air FANTA botol kat satu stall tepi jalan. 3 ribu regenya (tu diaaa....kat tempat kita bleh beli 3 peti sejuk..sana air sebotol jek..ke ke ke). dah bubuh straw..aku pun jalan le pelan-pelan sambil srotttt..uh...nyaman tekak niii....te-ti-ba..
"IBUKKK..!!!!!jangan di bawak lari botolnyaaaaaaa.!!!!!!!..."..ke ke ke. laaa...kena minum kasi habis kat situ jugak kewwww..kihkihkih..

lepak-lepak di luar rumah MODE

SECRET factory outlet

sure ada yang tanya..kat mana shopping telekung bagai tu kan...??
ha..jom kita ke Pasar Baru. Tempat shoping 11 tingkat. Kat sini lah nak shopping telekung, busana Muslimah.dsbgnya. Ada beg, kasut dll...
kawan catz pegi last year, dia spend masa dari pukul 11 pagi hingga 5 ptg kat sini je..dasat kannnn....
macam-macam ada di sini...shop till drop...



Banyak gila kedai jual telekung..mcm2 warna, corak dan jenis kain...harga kat sini boleh tawar..

Pelbagai kain lace, kain ela yg harganya berpatutan

Ha..kat sini kan..tak yahy risau pasal makan minum kalau tak cerewet... ko rasa haus?..haa..begitu ramai penjual air....tak yah susah2..derang dtg kat kita...

Rasa lapar???Ramai je yg jual donut dan kuih-kuih...mcm2 ada....baru terfikir lapar, tetiba ada budak dtg kat aku.."buk..donut bukk".... haaaa..ko..mana ko nak carik tmpt shopping cam ni..everything provided gitu. Tangan penuh dgn plastik soping bagai, tetiba je karang muncul penjual shopping beg besar ..dah siap2 bukak suruh ko masukkan.beg shopping tu dia jual, so pandai2 nak tawar bagai..gampang bukan soping di sini..hahaha..mmg tak sedar masa berlalau cepat. Orang ramaiiiiii ..azabsssss.....puhhhhh......sendat tempat ni...aku sempat pi beberapa kedai je..beli cepat2 dan keluar..tapi yg siotnya..apasal masa nak turun aku tgk eskelator semuaaanya naik...rupanya turun kat the other side.aku cuma pi 3 tingkat ke jot. tak larat. pi tak sampai 10 kedai pun rasanya..

ramai nya manusia..

kedai kain

jual rugi..jual rugi..!! meriah...

Aku tak banyak masa so just pi few factory outlets..beli sikit-sikit...
yang bagusnya supir aku ni..siap boleh naik kedai,tolong angkatkan barang bagai...dan dgn keadaan yg begitu macet ketika itu, nasib jugaklah ada supir. Mudah utk bergerak.

ok..serba sedikit mengenai beberapa perkara di Kota Bandung.
if ada yg penting aku tambah karang..
ok..nak masak sahur......

13 comments:

blogresipi said...

Salam Catz..thanks for the doa and wishes... :) bestnye dpt pegi shopping!!! byk yg chantek2 tue...

cikgu zainab said...

Catz,

tak soping..tp penuh kat katil tu..heh3!!

Oh bandung! soping...huhuhu...nak gi lagi!!

kucingorengemok said...

tu shopping sikit ye catz, kih kih... izin kan aku utk ketawa-ketawa kecil di sini, kih kih kih

CAHAYA said...

tak sabar nak gi bulan 11 ni. ;)

CATZ said...

blogresepi,
semoga urusan kelahiran baby awak dipermudahkan dan selamat semuanya..
tentu comellll...saya tumpang happy.
saya doakan utk awak..

:)

CATZ said...

mama,

tak plan nak shopping pun...beli sket2 je...not main agenda..nampak je banyak..plastik je tuhhh...hehehhe.
malah saya tak bawak luggage pun..bawak beg galas kecil je..
mama kalau pegi sure soping sakannnn..

CATZ said...

kog,
meh aku join sekali..kihkihkihkihkihkihkihkihkih...kihkihkkihkihkih..
weh...tuh plastik je lah..tu nampak banyakk..kekekeke

CATZ said...

cahaya,
u sure soping sakan kannnnsss..
nak itutttt...
hehhehehe

en_me said...

ghitewww..

linda said...

catzs, really enjoy ur jottings...
nk arr suvenir dr bandung, paper beg atas katil tu pun bule gak..hihihi...
you really hv a way with words...
xrasa nk tulis buku ker..?

CATZ said...

en me,
ye gitu..

CATZ said...

linda,
glad that u enjoy reading my merapeksss..
huhuhu..
oh..i have something for u..jumpa nantiks..

Anonymous said...

catz..blh x suggest kan tmpt2 yg best kt bandung mcm tmpt shopping + tmpt mkn + hotel around 3 star....cz i ngn fmly akn g bandung nnti..4days 3 night...ktorg klu blh xnk gne tour guide..just gne cab yg ader jer..