Saturday, November 24, 2007

Free hand bag?


This morning..
i was at clinic..and tekejot..

The postman hand me a box..besar ..pos laju...
pelik.semlm je baru dpt bungkusan..dari korea...beli brg online..and this one?..apa ni ek??
bukak je..ehh...?..beg?..hand bag....then..eh..ada kad..kad VIP ape benda ni.ALAMANDA....printed nama on it..
ho...baru tau...dulu ada isi survey online..then dia bagi beg..tapi hiks..
i star giggled..mcm beg makcik2 je...and the most funniest thing is..the bag has ALAMANDA logo printed on it...i mean the whole bag..heheh....he,..
okalh.i will use it.free kan...makcik pon makcik laa..
FREE!!

Friday, November 23, 2007

Talapia goreng berempah


Bahan-bahan:

Ikan talapia hitam - 1 ekor
serbuk kunyit
serbuk kari daging
asam jawa
garam
limau kasturi
minyak

Cara-cara:
Siang ikan dan cuci bersih.Perap dgn asam jawa selama 20 minit.
Cuci bersih sekali lagi.
Gaulkan dengan garam , serbuk rempah dan kunyit. Biar selama 5 minit.
Goreng dgn minyak yg banyak hingga garing.Siap.
Makan dgn nasi panas-panas.Perahkan limau kasturi semasa nak makan...terangkatt youuu...

Berdua lebih baik....Tahu dan Tempe..



Bagus makan tempe dengan tahu..kaya protein..


Bahan-bahan:

Tempe - 2 keping
Tauhu -4 keping
minyak (utk menggoreng)

Cara-cara:

Goreng tempe dan tahu, hiris 4 segi.
Sedap dicicah dgn sambal kicap.

SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:

cili api-20 biji
kicap manis
bawang putih 2 ulas

Cara-cara:

Kisar cili api bersama bawang putih. Campurkan kicap. Jika pekat sgt ambah sedikit air.
Siap...

Thursday, November 22, 2007

Mc D is opened...yey!!


Actuallay dah lama nak buat entry ni.tapi asyik lupa..
as i'm living in small town..it was very excited when i drive home and saw signage "Mc Donald will open soon"wow!!,..bestnya..
bukan aku tak pernah makan Mc D okkeyy..cuma dah lama aku duk merungut..apesal kat town ni takde Mc D..where i can have best burger (eh burger RM1.60 tepi jln tu lagi sedap le)..and my Favourite Mc Flurry OREO.

Finally we have Mc D in this town..yey!!..so..excited nak tgk tempat..it is a single building..and wahh..cantkk..very cozy..ada tempat mkn kat luar dan dalam..cantik..cozy..but since aku drive memalam ni.tak leh amik gambor..hiksss...
and paling bagus ada DRIVE TRU...best..bestt...so mlm tu aku test pi sana..since my partner tak nak makan kat situ.so we take away..very easy..drive true..which we just order kat speaker berkamera and ada skrin yg dipasang kat tempat amik order (yg tukang amik order kat dalam)..ayatnya cam ni..

"selamat malam..boleh saya ambil pesanan"
so kita ckp je nak apa....then akan appear kat skrin apa yg kita order..and siap harga.
then drive to kaunter bayar..then drive ke next kaunter amik food...haaa..sunguh efisyen lahh..
hasilnya..aku bila balik keje..asyik le singgah Mc D beli Mc Flurryy..hahahhaa...
today..i bought 2 (two) Mc Flurry OREO for myself..giloss...

and aku heran..Mc D nih penuh saja malam2..ramai giller org..kira new lepak place la kat town ni..
hasilnya...??Medan selera Tesco jadi lengang!!

ada yg ckp..ala..benda baru..semua excited nak pegi..karang lama2 lengang le Mc D tuh.ni kan area kampung.. EH..!.tak kira ah...janji aku bleh dpt Mc Flurry oreo akuuu!! YUMMY!! Nyum-nyum...

Free lunch


hhehe..free lunch..best ek..
yesterday i went to my fren's house.actually a social visit lah..lawat org sakit..lunch time..
me: Kak XX i want to visit u..
Kak XX : come lah...i prepare lunch for u...
me:eh..no need lah..i bring food for u and family..
Kak XX: eh tak pe..akak dah tgh masak...jom dtg..ikan pari bakar..
me: ?? huwaaaaaa....syiokkkk!!
Kak XX: om dtg..akak tunggu..

hehhe..so tepat 1 pm..i was at her house..sampai2 je dia terus amik pinggan bukka tudung saji..tadaaaa...wah.simple lunch but yet nampak sedappp...ikan pari bakar, cicah sambal asam,sayur petola masak air and ayam goreng..
betull..sedap....sayur petola tu walau cuma masak sup air, tapi sedap...
aku actually nak singgah beli buah tapi tak sempat...so dtg lenggang kangkung...hehhe..Kak XX baru je baik dr operation...organ penting...so saja visit dia coz she dah like my sister lah to me..and we gossiped...chit chat..and klakar ..pasal XXX pun citer and...anak pompuan dia form 2 ada situ..and..aku said " very de tak seswai je sembang benda nih depan budak kecik..kuikui"..and anak dia very sopan pretend dont hear anything..hiks..
then aku mkn banyak..and selamba jek.."kak boleh tambah nasik tak..?"..and she said..tambah la..and aku dgn muka tak malu..terus ke dapur and buka periuk...hahhaa...selamba jek..kehehe.ala..bukan aku tak biasa pi umah dia..and she know me..KUAT MAKAN..hhahha..
then lepas lunch she asked me: ko nak kopi tak? and aku ckp.."ala..tak yah la susah2..tak yah la..." (padahal aku nak..cuma biasalah org melayu ni..very de konon2 tak nak)..but guess wut..she served me agar2 milo...haaaa...syedappp sgt..tapi lupa nak snap photo..hiks..
then we continue bergossip panas kat sofa...hehhehehhe.....

Tuesday, November 20, 2007

Spageti bersos daging


Bahan-bahan:

Spageti
daging - 400 gm (cincang kecil-kecil)
stok daging/ayam /air rebusan daging
sos pasta
daun parsli
bawang besar (kuning) -1 biji
bawang putih - 3 ulas
sos cili - 1 cawan
garam

Cara-cara:

Bawang besar dihiris dadu manakala bwg putih dihiris halus.
Tumis bawang besar dan bwng putih hingga naik bau..
Masukkkan daging , goren sebentar. Masukkan stok daging (air rebusan) dan biar hingga daging agak masak.
Bila kuah dah berkurangan, masukkan sos pasta. Kacau sebati, masak selama 10 minit, masukkan sos cili dan sedikit garam.Hiris daun parsli dan gal rata dgn kuah.

* Didihkan air.Spageti di rebus selama 10 minit.Angkat, basuh dan toskan. Ambil satu sudu minyak , gaul rata.
Hidang dgn sos.

BIG breakfast on Sunday

Sunday..oh sunday..i loveddd sunday..!





This was my breakfast on last weekend..yey! Big breakfast:

Nasi goreng kampung
susu HL (low fat) perisa coklat
sosej
betik

tembikai
telur separuh masak (favourite!)
nescafe

jus dua rasa

quaker oat with pisang


Alhamdulillah....


lunch pula dgn spageti bersos daging



tea-time pula cekodok ikan bilis+bawang dan teh O..slurrppp....

Saturday, November 17, 2007

My Penang Trip

view from my hotel room

Haa...3 days i just came back from Penang...3 days trip..
perjalanan..ok sebab tak byk kete, but asyik2 satu lorong je buka kat highway..so jadik slow.
a very stressed bisnes trip..hahhaha...working 8 a.m dah kuar dr hotel and finished work at 6.00pm..penat gilosss...
and keje plak..got so many prosedur to follow..huwaa..penatssss..me dah like angkasawan..covered from hair to toe coz we was working in CLEAN ROOM area..huwaa...lemas la..ut wut to do..2 hari mcm ni..stressed..

  • and bila ke Penang tak sah x makan nasi kandar kan..

  • then pi bazar asam..bazar chowrasta..
  • uniknya penang still byk sgt beca...hihihi..tapi x sampai ati nak naik..takut tayar beca takleh pusing.hahaaha

LAGU mp3

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


hahhaa..now tgh giller donld lagu mp3...nheggege

Mee sup mudah


Bahan-bahan:

Mee siput (mee kuning kering) -4 keping
daun bawang
daun sup
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
daging -150 gm (hiris kecil)
sawi
ikan bilis - satu genggam
bawang goreng
air
garam

Cara-cara:

Rendam mee siput selama 25 minit
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan daging.
Kacau sebentar dan tambah air.Biar mendidih.
Hiris sawi, daun sup dan daun bawang.
Basuh dan toskan mee siput, masukkan ke dalam kuah yg mendidih tadi.
Masukkan sawi, tambah garam.
Masukkan daun bawang dan daun sup. Tabur bawang goreng.
Siap untuk dihidang.

Lepat pisang

Ini adalah percubaan kali pertama aku buat lepat pisang...

Bahan-bahan:

Pisang
gula
tepung
santan
daun pisang
garam

Cara-cara:

1.Lenyek pisang dgn 1/2 cwn gula, campur tepung dan santan. Bubuh garam sikit.
2.Layukan daun pisang, bungkus adunan dan kukus.

Paru goreng lada hijau


Bahan-bahan:

Paru lembu - 500 gm
bawang besar - 1 labu
cili hijau - 3 biji
bawang putih - 4 ulas
halia- 2 inci
garam
minyak

Cara-cara:

Bersihkan paru dan rebus selama 20 minit. Toskan dan hiris nipis.
Tumbuk bawang putih dan halia.
Perapkan paru dengan bahan umbuk selama 10 minit.
Goreng paru hingga agak garing.
Tumbuk kasar cili hijau.
Tumis cili hijau bersama bawang besar yg dhiris bulat-bulat hingga naik bau.
Masukkan paru dan gaul rata. Tambahkan sedikit garam dan kacau. siap ntuk dihidang.

Friday, November 9, 2007

Party..food...






Ha-ha..
jamuan raya..jamuan raya....sampai le habis raya ...muncul deepavali..still lagik jamuan raya..tak habis-habis jamuan..even i got invited to one jamuan today, but dun have intention to go..malas..
ha-ha-ha..

and this was the 'Jamuan Raya' few weeks back..i like the food...and i even brought chocblate kek..not made by me..big 'M' aka malas...so tunjuk2 di kedai kek...

Saturday, November 3, 2007

Lemang






Teringin nak makan lemang, dah ada rendang ayam, so buat lemang pula.
Lemang moden yang dibakar dalam oven ye!

Bahan-bahan yang perlu ada:

Pulut
santan
daun pisang
garam
aluminium foil
oven


Cara-cara: