Saturday, November 3, 2007

Mee bandung


Dah lama tak msak mee bandung..tiba-tiba teringin..barang-barang pun dah beli..
apa lagi..jom masakkk!!


Bahan-bahan:

Bahan A (kisar semua bahan)

Bawang merah- 6 ulas
bawang putih - 4ulas
cili kering - 7 tangkai
udang kering - satu mangkuk (rendam)

Bahan B:

Mee kuning- celur
kacang tanah - goreng dan blend
daging- rebus dan hiris nipis (simpan air rebusan)
telur - 4 biji
udang sederana - 300 gm
tahu- goreng dan potong dadu
fish cake - hiris nipis
sawi
daun sup
garam
gula
minyak (untuk menumis)
bawang goreng

Cara-cara:

Tumis bahan A hingga garing.
Masukkan air rebusan biar mendidih.
Masukan daging, fish cake, tahu, udang , biar 5 minit. Masukkan kacang tanah yg telah dikisar.
Masukkan sebiji telur dan kacau. Masukann sawi.Bubuh garam dan gula.
Pecah kan 3 biji telur semasa kah masih panas, biar sebentar dan matikan api.

* Cara menghidang : bubuh mee dlm mangkuk, tuangkan kuah dan letak hirisan daun sup dan bawang goreng.

No comments: