Saturday, November 3, 2007

Rendang ayam


Raya dah tinggal beberapa hari je..tapi, msih teringin nak makan lauk raya, especially rendang ayam. Ini kerana tiba-tiba teringin nak makan lemang, amat sesuailah kan..
Cat buat rendang ayam simple je..silalah cuba.

Bahan-bahan:

Ayam - 1/2 ekor, potong kecil dan basuh.
bawang merah -7 ulas
bawang putih - 4 ulas
Bawang besar - 1 labu
cili kering - 6 tangkai
halia - 2 inci
serai - 2 batang
daun kunyit -2 helai (hiris kasar)
daun limau purut - 4 helai -hiris kasar
garam
gula
santan - 2 cawan

Cara-cara:

1.Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili, halia dan sebatang serai.



2.Tumis bahan kisar hingga garing.


3. Masukkan ayam


4. Kacau dan biar ayam masak



5. Masukkan santan, kacau sebentar.Masukkan daun kunyit,daun limau, garam,gula dan sebatang serai yg telah dititik. Masak hingga agak kering kuah. Kacau selalu untuk mengelakkan berkerak dan hangus.


Rendang dah masak..yummy!

No comments: