Monday, September 10, 2007

Potato salad

Bahan-bahan:

kentang -4 biji
capsicum/lada benggala merah - 1/4 biji
mayonis - 1 mangkuk
ais - 1 ketul
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
limau nipis (1 biji) - ambil jus



Cara-cara:



Rebus kentang - jgn terlalu empuk (sedang2 je)
buang kulit kentang dan potong dadu.
Hiris halus capsicum merah.
Masukkan kentang dan capsicum dlm mangkuk besar. Taburkan serbuk lada putih sedikit dan gaul rata.
Satukan mayonis dgn bahan dalam mangkuk. Masukkan ais
dan jus limau nipis.Gaul rata.
Masukkan serbuk lada hitam . Gaul rata.
Siap untuk dihidang.

Black pepper sauce


Bahan-bahan:

5 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
3 sudu kicap
2 sudu serbuk lada hitam
sedikit jus/lemak dr dulang pembakar lamb yg telah dipanggang tadi.

Cara-cara:

Masukan semua bhn di atas di dlm periuk/kuali dgn api kecil. Kacau sebati.
Jika rasa pekat sgt boleh tambah sedikit air.
Rasakan..if suka kuat lada hitam, boleh tambah lagi..ikut suka.
Siap.

Mash potato




Bahan-bahan:

kentang - 5 biji
serbuk lada hitam
susu segar - 1/2 cawan
butter - 200 gram

Cara-cara:

rebus kentang hingga empuk.
Buang kulit.
lenyek kentang tersebut.
Masukkan kentang dl periuk dgn api kecil. Masukkan butter dan susu.
Kacau rata sebati. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Gaul sebati.


kuah/gravy Mash potato


Bahan-bahan:

butter - 2 sudu
kiub pati ayam - 1 kiub
tepung jagung - 2 sudu (bancuh dgn air)
serbuk lada hitam - 1 sudu kecil.

Cara-cara:

Cairkan butter dlm periuk/kuali dgn api kecil
Masukkan tepung jagung dlm kuali. Kacau.
Masukkan kiub pati ayam. Kacau rata hingga kuah cair dan tekstur licin.
Masukkan lada hitam.

Hidang mash potato dgn kuah ini semasa masih panas/suam.

Selamat mencuba.

Lamb chop



Bahan-bahan:

(utk 2 org makan)

Lamb - 4 keping
bawang putih (tumbuk)
limau nipis (ambil jus)/lemon

Cara-cara:

Lumur lamb dgn bawang putih dan jus limau nipis / lemon
perap 15 minit. Letak atas dulang pembakar
panggang 5 minit (catz buh dlm microwave - mode roast)
keluarkan.simpan kuah/lemak dr lamb tadi yg ada dlm dulang pembakar (utk digunakan semasa buat sos lada hitam).

Hidang lamb dgn sos lada hitam, brokoli rebus, tomato hiris, mash potato dan potato salad.

Saturday, September 8, 2007

Sawi masak lemak


Bahan-bahan:

Sawi putih - 1 pokok
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis - 1 genggam
udang kering satu genggam - rendam
garam
santan - 2 mangkuk

Cara-cara:

Bersihkan sawi, basuh dan potong (asingkan batang dan daun)
tumbuk ikan bilis, bawnag putih dan bawang merah.
Tuang santan dalam periuk, hidupkan api.
Masukkan bahan tumbuk dan udang kering.
Biar santan mendidih, masukkan batang sawi, kacau 2 minit.
Masukkan daun sawi dan kacau sebentar. Biar sawi masak.
Masukkan garam secukup rasa. Matikan api.

Udang goreng



Bahan-bahan:

udang galah
serbuk kunyit
garam
minyak


Cara-cara:

bersihkan udang dan cuci
Gaul udang dgn serbuk kunyit dan garam, biar 20 minit.
Goreng dalam minyak yang banyak.
Siap untuk dihidang.

Garlic lemon prawn


Bahan-bahan:

Udang harimau- 2 ekor
bawang putih - 3 ulas
halia- 1 inci
butter - 2 cm
lemon - 1/2 biji


Cara-cara:

Bersihkan udang dan cuci.
Goreng udang setengah masak.
Ketepikan sebentar.Belah udang tersebut.
Tumbuk bawang putih dan halia.
Bubuh butter atas kuali leper, masukkna bahan tumbuk.
Masukkan udang..biar sebentar, terbalikkan.
Angkat udang. Perah lemon dlm kuali tadi.
Tuang kuah atas udang. Siap untuk dihidang.

Tempat makan


7/09/07

Hari ni Jumaat..
mcm biasa..malam I went for shopping at Tesco...erk...nak puasa dah kan....so beli barang dapur (barang basah dan barang kering)..barang kering ni utk persediaan sahur lah..sotong kering, suhun, kentang, ikan masin , bawang etc. Bahan basah utk masak wekend ni .udang galah, ikan tongkol, ikan selar kuning, pedal ayam, salad, sayur etc...and spent alomost RM130.00..hah??
biasalahkan..bila balik cek2..eh..kurma ajmal pun dibeli rupanya ..and for 600gm it costs RM11.90..hahha..bayaknya rupanya beli..benda tak dlm list pun beli..hehehhe
Then after that pi makan..ehm..no choice coz hujan, malas nak pi tempat lain,so terpaksa mkn kat medan selera tesco..
actualy the place is a bit OK lah..go big skrin TV..then ada bazar..jual barang2 dari China, Thailand dan peniaga melayu pun ramai..sebelah je dgn tempat makan..
cuma gerai2 kn situ mostly dah mcm di run oleh org Indonesia..ni mesti jual lesen ni...(aku agak je)..coz last week i was here as well..then bila duduk tunggu order at one of the stall, terkedik2 sorang pompuan dtg :

pompuan tu: Mau order apa? (with loghat Indon )
aku: kerabu mangga
Pompuan tu: kerabu mangga tak ada.
aku: tak pelah..

Aku bergerak ke gerai sebelah..nama kedai "Sup Utara"
tapi samalah, yg amik order pun Indon and aku nampak dia jugak yg prepare food kat dapur..erk... then kedai tu aku dah pangkah coz tak sedappp!!!

so mlm ni aku pilih kedai yg kompem melayu. Gerai kat sini ni kadang2 ada yg tutup..so..since dah takde choice..pi lah kat satu gerai ni..Memang melayu lah..
Nama Kedai " Nasi Ayam"..tapi since it was late already, dah habis nasi ayam. So order nasi goreng ayam. Aku order air fresh oren..but so sad..baru minum separuh, ada lalat terbang and pup!! masuk dlm cawan aku and it trapped dlm buih air fresh oren aku...haaaaaaa....geramnya!!
Tapi dah tentulah tak leh dpt ganti coz the lalat still hidup..karang dituduh plak aku saja tangkap lalat buh dlm tuh naya jek....so after eat the nasi goreng ayam (not bad..kira sedap la)...balik rumah le..susun-susun barang soping..laaa..banyaknya barang...

Ikan tongkol masak kicap


Bahan-bahan:

Ikan tongkol - 1 ekor
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
bawang besar - 1 labu
kulit kayu manis - 1 batang
bunga lawang - 2 butir
buah pelaga - 3 butir
halia - 1 inci
Kicap manis - satu mangkuk

Cara-cara:

Bersihkan ikan , potong dan goreng.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Hiris cili merah dan bawang besar.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan kayu manis, bunga kawang dan buah pelaga.
Masukkan bawang besar dan cili merah.
Masukkan kicap dan gaul dgn bahan tumis.
Masukkan ikan goreng, kacau rata.
Tambah sedikitair garam jika suka.
Siap untuk dihidang.

Sambal belacan catz


Bahan-bahan:

cili merah - 4 biji
cili api - 3 biji
bawang putih - 2 ulas
Limau kasturi - 1 biji (ambil jus)
belacan - 2 inci (bakar)
gula - 1 sudu besar
garam - secukup rasa

Cara-cara:

Tumbuk halus cili merah, cili api dan belacan.
Masukkan jus limau, garam dan gula secukup rasa.
Tambah air 2 sudu kecil dan kacau rata.
Siap untuk dihidang.

Sambal tumis lada hijau


Bahan-bahan:

cili hijau - 5 biji
ikan bilis - 2 genggam
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara:

Tumbuk cili hijau,bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
Tumis bahan tumbuk hingga agak garing.
Masukkan sedikit air dan garam,
Kacau sebentar lebih kurang 5 minit.
Siap untk dihidang.

Sayur kobis goreng


Bahan-bahan:

Kobis - 300 gram
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 3 ulas
ikan bilis - 1 genggam
cili merah - 1 biji
cili hijau satu biji
garam
minyak
air


Cara-cara:

Cuci kelopak sayur kobis.
Hiris kasar sayur kobis
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Cili merah dan hijau dihiris nipis
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili, kacau sebentar.
Masukkan kobis, gaul rata dengan bahan tumis dan masukan sedikit air.
Kacau seketika hingga kobis layu.
Masukan garam secukup rasa.
Siap untuk dihidang.

Pedal ayam goreng kunyit


Bahan-bahan:

pedal ayam - 400 gram
serbuk kunyit - 3 sudu
Bawang besar (bawang kuning) - 1 labu
cili hijau - 2 biji
garam
minyak- 4 sudu
air

Cara-cara:

Bersihkan pedal ayam dan cuci bersih.
Rebus pedal ayam selama 10 minit, kemudian toskan.
Gaulkan pedal ayam dengan kunyit dan garam
Cili hijau dipotong serong.
Bawang besar di potong nipis.
Panaskan minyak.
Masukkan pedal ayam, gorengkan hingga agak garing.
Masukkan cili hijau dan bawang. Kacau rata hingga layu.
Siap untuk dihidang.

Bendi goreng


Bahan- bahan:

Kacang bendi - 15 batang
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis - satu genggam
udang kering - satu genggan
minyak


Cara-cara:

Rendam udang dengan air selama 20 minit
Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
Basuh bendi dan potong pangkalnya. Potong menyerong.
Tumis bahan tumbuk hinggan naik bau.
Masukkan Udang kering, kacau rata.
Masukkan sayur bendi dan kacau rata hingga sayur lembut.
Tambah garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.

Tahu masak sambal kacang




Bahan-bahan:

Tahu - 10 keping
Lada kering 7 tangkai
bawang merah - 8 ulas
bawang putih 5 ulas
bawang besar - 1 labu
halia - 2 inci
kacang tanah (digoreng) -400 gram (dikisar kasar)
serai- 2 batang (dititik)
air asam jawa - 1 mangkuk
gula - satu mangkuk
garam


Cara -cara:

Goreng tahu dan belah menjadi segitiga
Kisar halia, bawang merah, bawang putih, lada kering dan separuh bawang besar.
Hiris nipis separuh lagi bawang besar.
Tumis bahan kisar hinggga garing.
Bancuh kacang tanah dengan air yg banyak (cair).
Masukkan kacang tanah dan serai, kacau sebati.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
(Gula dimasukkan dlm kuantiti yang banyak).
Masukkan tahu tadidan kacau rata.
siap untuk dihidang.

Friday, September 7, 2007

Rendang hati lembu


Bahan-bahan:

Hati lembu - 500 gram
bawang merah - 5 ulas
bawang putih - 4 ulas
cili kering 8 tangkai
serai - 2 batang
halia- 2 inci
santan 2 mangkuk'
minyak
garam
gula


Cara-cara:

kisar bawang merah , bawang putih, cili kering, halia dan sebatang serai.
Potong hati lembu ( 2 inci lebar )
Tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan hati lembu dan kacau 5 minit.
Masukkan santan dan kacau sebati.
Masukkan sebatang lagi serai yag dititik.
Masak kira-kira 25 minit.
Kacau selalu.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila dah hampir kering masukkan daun limau purut dan kacau seketika.
Siap untuk dihidang.


Nasi goreng kampung



Bahan-bahan:

Nasi putih - 1 mangkuk
ikan bilis satu genggam
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
daun bawang - hiris halus
cili api - 5 biji
minyak
telur - 1 biji
garam

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan separuh ikan bilis.
Goreng separuh ikan bilis
Goreng telur
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Bubuh garam dlm bahan tumis
Masukkan nasi dan kacau rata seketika.
Gaulkan ikan bilis goreng dgn nasi.
Hidang dengan telur goreng.


Sate ayam dan daging


Bahan-bahan:

700 gram isi ayam/daging

3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam
lidi sate
serai (di titik)
minyak

Bahan kisar/blend

5 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 cm halia
1 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan putih
3 batang serai
1 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil jintan manis


Cara - cara:

Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.
Gaul gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar selama 4 jam
Sediakan tempat pembakar (bakar dgn arang)
Cucuk dengan lidi satu persatu .
Bakar dan kipasbila api marak.
Renjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Hidangkan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Daging masak merah


Bahan-bahan:


Daging - direbus dan dihiris nipis
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih- 3 ulas (ditumbuk)
halia - 1 inci (ditumbuk)
cili kering dikisar - 2 sudu
cili merah - 1 batang (dihiris nipis)
sos tiram - 2 sudu
sos cili - 3 sudu
daun limau purut- 2 helai
minyak
garam
gula

Cara-cara:

Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan cili kering dan tumis sebentar.
Masukkan daging, goreng sebentar.
Masukan sos cili dan sos tiram, tambah sedikit air.
Masukkan lada merah
Masukkan garam seckup rasa. Tambah sedikit gula.
Kacau sebati dan bubuh daun limau.
Bila kuah pekat, angkat dan sedia utk dihidang.

Cekodok ikan bilis


Bahan-bahan:

tepung gandum - 4 cawan
ikan bilis - segenggam
bawang besar - 1 labu
bawang putih - 2 ulas
lada hijau - 1 batang
telur - 1 biji
garam
minyak
air


Cara-cara:

Hiris halus bawang merah, bawang putih, dan lada hijau.
Siang ikan bilis dan basuh.
Campurkan bawang, tepung, ikan bilis, lada hijau dan telur.
Bancuh dengan air.Bubuh air sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Kepekatan agak-agak,biar likat.
Tambah garam secukup rasa.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sudukan sedikit demi sedikit ke dalam minyak panas.
Biarkan kekuningan dan terbalikkan.
Angkat dan hidangkan.