Tuesday, July 8, 2008

Ikan talapia goreng cili hijau



Actually dunno lah nak bubuh nama apa resepi ni...apa-apa je lah kan...asalkan tajuk tuh describes apa yg aku masak ni...
this is talapia merah, tangkap beli kat supermarket on saturday..so masak on Sunday lepas tersedu-sedu tgk SEPI...

Bahan-bahan:

1 ekor talapia merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawnag besar
2 hiris halia
1/2 cawan air asam jawa
5 biji cili hijau
1 biji tomato merah
minyak
garam
gula

Cara-cara:

Buang sisik talapia (susah oke..kerasss), siang, buang isi perut, elar, cuci bersih, toskan.
Goreng ikan talapia dalam minyak banyak (deep fry), goreng agak garing, angkat , letak tepi sebentar (skema).
Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili hijau dan halia hingga lumat kasar.
Tomato tuh belah, buang biji dan hiris dadu.
Tumis bahan tumbuk hingga agak garing, masukkan air asam jawa. Biar sambal mendidih, masukan tomato, garam dan sedikit gula (jika suka...). Kacau.
Bila Kuah dah agak pekat, matikan api.
Masukan ikan dlm sambal tadi, terbalikan,..angkat masuk pinggan.
hidang..

jom makan!

help me!!! (kesian)...

bersedia utk masuk dlm kuali...

Monday, July 7, 2008

Sepi soundtrack..


Haa..finally..today i got my Sepi soundtrack..suka....!! Tadi pi Alamanda beli kat speedy video...
besttt..rasa lapar taww..tapi disebabkan tak sabar nak dgr...tahan tuuu..tak pi lunch pun...bayar parking, masuk kete..terus play...wah..wah..wah...bestt...
catz suka lagu:
1.Sepi
2.kau ada dia
3.lagu gita gutawa (dua2 suka)
4.puisi sepi

so duk play lagu tuh..and today byk merayap sana sini byk urusan..so tak buhsan lah...duk replay lagu Sepi banyak2 kali...hiks....

oh..ye..dah nama blog makan-makan..masak-masak...takde gambar food tak sah lah kan..(now aku jrg posting gambar food kan....)
ni adalah makanan semalam kat food court Alamanda before aku nangis tersedu-sedu oke.

Brownie with ice cream (melampau tak...diet katanya tuhhh..hahahha)

Crispy popiah

Sayur tauge campur tahu dan sayur hijau


I bought lots of vege on saturday..asyik makan brokoli je..jemu gaklah...plus..catz takut gak muka dan kulit catz bertukar jadik hijau..ekekkeke...(ehh..betui tawww....ada terbaca dlm majalah..ada org tuh pagi ptg siang mlam mkn karot, muka dan kulit jadik oren...hiks)..ehmm.. possible keww?? takut oke...

so catz masak tauge campur tahu dan sayur hijau (tak tau nama).

Bahan-bahan:

tauge
tahu (goreng dan hiris dadu).
sayur tak tau nama tu...
bawnag putih - 2 ulas
bwng besar -1/2 labu (hiris halus)
sos tiram
olive oil (utk menumis)

cara-cara:

Tumbuk kasar bwng putih.
Tumis bersama bwg merah hinggan naik bau.
Masukan sos tiram, kaua rata.
Masukan tauge, tahu dan akhir sekali sayur hijau tu.
Kacau-kacau...siappp!

Ikan terubuk masin s'wak gulai nenas.


Actually takde mood lah nak wat posting food..tapi kan blog neh kensepnya memula on food jek..now mcm dah tukar konsep le pulak..hiks...so kenalah wat posting food jugak..ni masak on saturday...for dinner..
Ikan terubuk masin ni saira yg belikan during her vacation to Sarawak recently..ada 3 ekor..
sekor dah goreng, ada 2 lagi. separuh catz wat gulai nih...campur nenas...sedaplah jugak..bolehla...

Sapa nak masak meh lah tgk bahan..

Bahan-bahan:

Ikan terubuk masin sarawak - 1/2 ekor
nenas- kupas dan hiris
bawnag merah -3 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia- 1 inci
asam keping - 2 keping
serai -1 btg
santan -1 kotak
cili api - 7 biji
cili hijau 1 biji.
minyak
serbuk kunyit.
air
garam

Cara-cara:

Hiris ikan, cuci dan toskan.
tumbuk cili api, bwg merah, bwg putih, halia hingga lumat.
ketuk serai.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan kunyit serbuk dan masukkan santan dan gambah air.
Masukkan serai dan cili hijau yg dihiris memanjang. Kacau dan biar mendidih sket, masukkan ikan dan nenas.
Masukkan asam keping, garam.
Kepekatan kuah ikut suka.
Biar mendidih dlm 5 minit, angkat.Hidang..

Sepi


CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI.....



Sepi...
Catz menonton filem ni semalam, terpengaruh nak tgk kerana masuk mana-mana blog pun semua cerita mengenai filem ni. Catz tak menonton 'cinta', so bila org bandingkan dgn cinta etc, i have no idea. Tapi disebabkan ramai blogger yg menangis menonton filem ni..catz rasa nak pegi menonton, dan dgn barisan pelakon yg mantap buat catz tertarik. I like this film coz its different from other malay movie..

Kisah Adam


Meletakkan Afdlin Shauki membawa watak Adam,merupakan satu kelainan yg catz sgt suka. (tak semestinya letak watak lelaki hensem dan macho br org suka nak tgk film kan...). Ye..saya sgt suka watak Adam (tambahan pula dia kan chef..suka buat kek masak2...so aku pon sukaaa)...Afdlin Shauki berjaya bawa watak ini dan sgt menyentuh hati..lakonan nya yg selamba, kelakar dan part sedih time Ilyana (Vanida Imran) beri dia kad undangan perkahwinan tu....sgt menyentuh hati. Time tu lah air mata aku tak semena-mena mengalir.
"Mengapa kita bertemu sekiranya ditakdirkan utk berpisah".Sedih. Watak Nasya Aziz pun saya suka, entertaining menjadikan cerita ni lengkap dgn pelbagai watak yg terdpt dlm realiti kehidupan. Kisah biasa yg terjadi dlm kehidupan kan..kita suka org, org tak suka kita. Org suka kita, kita tak suka dia. Dan kdg dlm hidup ni, bila kita jumpa seseorang yg kita rasa dialah soulmate yg kita nak habiskan hidup kita bersamanya, sudah terlambat. Tapi, tidak bermakna peluang sudah tiada.

Kisah Sufi


I love u

I love u too
I love u three

I like this part, kisah Sufi semasa isterinya masih hidup. Kemudian dia hantui rasa bersalah atas kematian isterinya selepas itu, menyebabkan dia berlari dan terus berlari. Sehinggalah dia ditakdirkan bertemu Maria... Watak sufi mengingatkan saya pada sesuatu. Sufi menanti Marya kerana percaya dia masih ada peluang utk hidup bersama Marya kerana status Marya ketika itu. Sufi menanti Marya hingga ke akhir hayatnya. Saya kagum dgn Sufi dan cinta setianya. Akhir kisah ini sgt menyayat hati. Adakah lelaki sebegitu? Setia dgn cinta yang hanya dpt diluahkan dan menanti dan terus menanti? Cinta yang mendalam tak semestinya dirantai dengan ikatan....cinta walaupun hanya sempat dizahirkan dgn kata-kata dan perasaan yg mendalam kadangkala lebih bermakna..hingga ke akhir hayat.

Kisah Imaan


Amat menarik jln ceritanya..kisah cinta Imaan dan Khalil. Sebelum ni saya tak gemar dgn Piere Andre, tapi setelah menonton filem ini, entah..tiba-tiba suka dgn lakonan dia. Yg saya tak berapa gemar ialah kenapa Imaan (Baizura Kahar) pakai rambut palsu yg sgt nampak pelesu (mcm singa kena rebonding)..ehm...mungkin utk sesuaikan dgn watak Imaan.

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memeluk ku..

Dan saya juga percaya, dalam hidup kita ..CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI

Dan menonton filem ini telah buat saya menangis...tanpa dipaksa.

Sunday, July 6, 2008

white flowers...and chocs

Currently,I love white...
For this week, i bought white flowers, for my dining table..

and suddenly love chocolates..at 1.30 a.m i ate all the chocs and fruits in the plate above, one go..
(tanda-tanda stress yg teruk..ialah makan lepas pukul 1 pagi...ni apply utk ku saja...)

help!


Back to normal.....

Back to normal after cuti-cuti Malaysia and balik kg on last weekend..2 weekends in a row..letih.

So this Saturday..just another saturday...a normal saturday..
I'm happy..back to my apartment, and spend my weekend here. So now mood memasak pun sudah datang...hiks..

Woke up early..start a normal routine.
After did house chores..cleaning, washing, etc..10.00 a.m:

I decided to get flowers for my apt..haaa..kasi ceria sket lah..plan to get flowers in white colour..i know where i can get cheap flowers...hehhehe..very near to my apt. So off to the shop, get flowers, get news paper and went to car wash..i didn't go to my regular car wash, but went to another one.. erkk...ramai nya org. ehm..waiting...and waiting my turn. Suddenly.. a group of people from Kementerian Kesihatan dtg..nak check car wash, ada 2 kes denggi at this area. Ehm...amboi..siap dtg dgn camera bagai u ols..(aku mcm rasa derang tuh blogger..ekekkeke..normally blogger suka bwk kamera kan..).. and the operasi of the car wash has to stop for a while. erghh...and lucklylah aku bawak sok kabar nak baca to kill the time...tension jek muka tokey carwash..banyak jentik2 kat tmpt ni..kena denda kots.

almost 12 baru siap cuci kereta..and shoot to Putrajaya.
Aaaa...ada roadblock by police..euwww..jam lah pulak.


12.30 pm:
sampai kat carpark...consider early lah kan...tapi parking susah gila nak dpt...eh...Alamanda ni bukan Mid Valley kan..ehmmm..
Tapi bila pi beli tiket wayang, thats explains..why the parking space almost full..
Beratur panjanggggg gileerrrr.Ya ampunn..
After get my tix..lapar lorr...oh..i forgot to have 'air rumput' lah this morning...
ehm..baru nak pi futkot, tetiba lalu kat satu booth..hehhe.."pemeriksaan kesihatan percuma".
So aku pun terkedik-kedik nak buat chek up tu lah..oh...utk check fat level, water , BMI, etc..
Ahhh....my fat level was too high lah..water just kat boarder jek...yg lain2 takmo ckp lah..hiks..

Then terpaksala tadah tinga jap dgr syarahan dr tukang check itu...ooo..nak promote produk utk kurus...ehmmmmmmm.....Lemongrass

Terus tak jadik nak beli crispy popiah kat futkot tuh..tuh fevret aiii tu..insap sekejap.

Tapi dah lapar..akhirnya..pi lunch kat Lemongrass ...tak ramai org..sgt selesa. I had fishball sup with noodles and cincau bandung...hiks.....
Pastuh jalan-jalan kejap kat Ausino, survey for my 'want list'..white bed sheet, white comforter etc..all white oke.ehm..it seems that i need to spend about 1k for it..ehmmm...aaaaa..pengsan japs 2 minit.
then went to carefour for groceries etc...

sayur, fruits (organics..hehhe)

fish..and fish..

3.00 pm:

pi salon..pi facial,,massage...ehm...besttt!

4.20 pm

went to furniture shop..survey for bedroom set, have to buy another set of bedroom for my apt second room..aa..mak nak dtg next week.

5.00 pm.

pi Bintang supermarket...get some items for dapur.

5.30 pm..
i'm bek...at mt apt..releks2 kejap.

6.00pm
start cooking for dinner.
menu: terubuk masin sarawak gulai with nenas, sayur, ikan goreng and kerang rebus.

7.30pm...
dinner.


Friday, July 4, 2008

Tinggalkan aku..



Tinggalkan aku - Anuar Zain

Katamu cinta telah tiada
Sendiri aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa, habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya

Katamu dia yang lebih sempurna
Dialah di jiwa Dia nafas asmara
Bisikan kata-kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali
Padaku

Chorus:
Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam
Cerita hidupku ini
Kubahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku (karna)
Tanpamu kutemukan sinarnya

Bisikan kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang kembali
Padaku lagi

Bridge:

Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi
Merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku

Bunga-bunga kehidupan..

I got assignment today.."jalan-jalan cari bunga"...dapat bunga raya je (bunga kebangsaan Malaysia kan? Jadikle..)
I feel so down...
Hemm..just to make myself calm..i took few photos..which made me smile a bit..
(gigih tertonggeng-tonggeng amik gambar bunga)...biarlah org nak ckp apa pon.. ni je yg aku bleh buat now ni..cuma aku yg paham...org lain tak akan faham pon...sobss..sobsss..


i like this colour..


semut..cepat semut....go..go..go..!


Apa pun rupa gambar bunga nih..some of the photo decribes my feelings rite now...ehmm...

Hem...ada org tanya..aku now ni tak masak ke?..tahh..takde mood...adalah masak sket..tapi tgh malas nak posting gambar food..tgh dietlah..huhuhu..

Thursday, July 3, 2008

Lunch 3 Julai 2008

My lunch today..epal hijau....

takde mood...down...down...down...down..
sedih..
sobss..sobss...sobssssss...

Tuesday, July 1, 2008

Matahariku..


Matahariku - Agnes Monica.

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci

Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi


Dengarlah Matahariku,
Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku

Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi

Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi


Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku

Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu



* my favourite song currently...klik kat side bar kanan utk dengar.

Cik Kiah Photographer


Last weekend masa balik rumah emak, catz singgah pasar pagi di sebuah pekan kecil, tak jaug dr kampung catz. Tujuan nak beli buah dan tangan pulak gatai nak snap2 photo..

Hiks...

Ramai u ols yg volunteer nak jadik model catz..mula2..cat just snap2 gitu jek...kan..pastuh..si abg penjual daging ckp.."haiii...tak nak amik gambar abg keww"
alamak jadik segan lah pulak..catz jln laju ke gerai buah, nak beli limau and longan. So sambil
dik penjual limau itu menimbang buah-buah itu, aku pon snap2 lah gambar buah dia...errr..gambar buah limau dan longan oke..sesambil tuh adik limau tuh ckp " kak...masuk surat khbar ke kak??"..sure dia ingat aku wartawan metero ke..kosmo kew..ekekkeke..
aku ye kan je lah.."a'ah...nak masuk paper..."..
and adik tuh nak aku amik gambar dia...tu dia...volunteer gituhh.....sorilah dik..aku cuma nak amik gambar objek mati..bukan gambar org okeyy...


Yg ni beli 2 kilo..

Buah limau ni pebret abah catz..so beli 2 kilo...

Pastuh catz beredar ke gerai jual jagung rebus..nak beli jagung lah.. anddd..abg penjual jagung suh aku snap photo dia..aku jadik seganlah...so tak snap pun...nak amik gambar jagung pun malu lah pulak...anddd..abg sebelah tuh..penjual ikan bakar sound2.."dikkk.amik lah gambar abang dgn ikan abg ni"..tuh dia..volunteer lagi..tapi aku dah malu lah pulak...kan..terus ku masuk kamera dlm beg aku yg besar cam beg alam flora/beg doaremon tuh....hihihihi..
so kesimpulannya cuma dpt gambar limau je..hahhahaha...yg lain gambar buruks..

and bila aku beredar dr beli jagung aku dgr abang-abang tuh mengumpat aku...ops..

derang ckp " ala..tuh nak pi kenduri kawin lah tuh...photographer kenduri kawin...amik gambar org kawin"...
erk..u olss..rupa mak nih ada cam cik kiah photographer kenduri kawen kewwww.....hikssss....
pegang kamera pon tak betul lagik...hahahhaha....err..logik jugak ek..kan hari ahad tuuu...banyak majlis kawin..

so harus ke aku tukar profesion nih....

agaknya routine aku akan bertukar di hujung minggu...

" Cik Kiah Photographer"....
(gigih mencari rezeki...on the way ke lokasi kenduri kawen di hujung minggu)..hiks..


weekend extravaganza...

Hah....apalah yg extravaganza sgt tu kannn??? Ok..catz balik johor on last weekend..yey,....balik tgk mak abah dan family..
ehmm...kalau balik kampung, tentulah windu nak makan masakan emak..kan..kan..??
Mak tanya nak makan apa..catz kata.."lontong"..hiks...tanpa menyedari aku nih now on diet program...ala....bukan selalu jumpa mak....walau aku suka masak, tapi rindu juga masakan
emakk..
so weekend ni, on sunday only lah..mmg tak amik air rumput....so i ate real food!!

ayam kari

sayur lodeh

telur rebus (sbb mak yg rebus, aku buh juga gambar telur rebus ni)

sambal tumis ikan bilis

ehm..balik je sampai rumah mak, dah siap dah masak..ni kira breakfast lah coz cat sampai rumah mak awal pagi..ehm..kat johor, lontong ni kira makanan sarapan..tapi lupa catz nak amik gambar nasi impit. So semua lauk-lauk di atas di makan dgn nasi impit . Yang best tuh mak buat sendiri nasi impit, bukan yg paket2 beli kat supermarket tau..
p/s: err...noreh jones...ko jgn jeles okeyyy..

Lepas makan-makan dan lepak kejap dgn family, terpaksa beredar sebab nak hantar someone ke KLIA. Hem...so shoot to Muar..then ke KLIA...then ke Bangi pula...

Then, sampai Bangi,
Another family gathering makan-makan... at Bandar Baru Bangi..masa ni dah pukul 2.30 ptg.. lapar. haus dan panas....

and some one was craving for nasi beriyani...so ramai-ramai mkn di Kedai mamak famous di Kompleks Diamond..(lupa apa namanya..)..

nasi beriyani

udang goreng

ayam madu

sotong goreng, acar timun dan dalca

So semua org makan, takkan ai nak tgk je cam pasu bunga kann..so "terpaksalah makan"
sebagai denda..esoknya tuh, aku cuma minum air rumput dan makan epal hijau 2 biji je for the whole day..huhuhu...
agaknya..berapa juta kalori dan kolestrol masuk dlm badan aku on weekend tuh kan...???

NGV..??

ehmm..mulai hari ini, aku akan selalu ke kampus..(jauhnyaaa..) sebab now petrol dah mahal...
so costly lah kan...
so..smlm masa balik dari KLIA ..nampak byk teksi dan sedikit kereta sdg beratur utk mengisi NGV...catz duk terpikir utk install NGV ke kereta catz..ehmm..berapa costnya???
aku rasa dlm 3.5k kot..agaknyalah..tapi kalau ku kira2 sgt berbaloi...tak sampai 10 bukan dah balik modal lah kiranya...bila sellau ke kampus..aku ada pilihan utk re-fill NGV tuh samada di Sg Besi, KL atau KLIA (ada 2)..erk..sanggup ke aku nak beratur panjang nanti??kena pilih waktu yg strategik kot...lagipun bila pakai system NGV tuh kalau gas abih kita bleh switch mode ke petrol semula..ni menurut kata driver teksi yg catz naik utk ke airpot last week. Dia cerita experience dia guna NGV..sgt jimat ..ehmm..so now...mcm..dah buat decision utk guna NGV dan survey kat mana nak install system NGV dgn tank dia tu kan...survey price semua lah...

t-i-b-a---t-i-b-a...

checked my mailbox..ada e-mail.... "kemalangan NGV di gas stesyen.." or,..."bila NGV meletop"..mcm tulah tajuk e-mail tersebut..ekkk..
erk....dgn gambar tangan putus, kaki putus dan cedera parahhhh ..erk....akibat letupan NGV kat kete dia kot masa re-fill gas tuh menyebabkan ku fikir 1000 X pulak nak install NGV tuh..

u ols....bahaya ke NGV tuh....??
pendapat plis...