
I'm NOT asam pedas lover.
But it doesn't mean that i never cook asam pedas. i'm johorian.
Aku reti jugaklah masak.
Oh....banyak kali rupanya aku masak asam pedas.
And..i took photo of my asam pedas. BUT.. i never blog about my asam pedas recipe..
Why?
coz, i was thinking that my asam pedas is TAK SEDAP.
Kira ala-ala masak dgn bahan yg betul tapi tak sedap.
Tapi kan....actually i dont know how to measure kesedapan asam pedas itu, coz some people said that asam pedas Muar is something to die for...sedap nak mapuih..but not for me. For me...it is just asam pedas. And sometimes i went there, eat/tapaw just becoz people said.."kalau pi MUar tak makan asam pedas rugiii laaaaa..paling sedap dlm dunia..pernah masuk tibi 3"..eh...kat Papua New Guinea ada asam pedas ke?
And i was once went to Asam Pedas yg dikatakan antara tersedap di Batu Pahat. Melimpah org makan sampai terkeluar dari kawasan kedai (haha..exagerate nyaa). Pagi-pagi pulak tu. Moskel. So aku gigih la pi mencari kedai tu...sorang2 pulak tuh pagi2. Tak ada meja u ols. Full house! So aku tercangak-cangak le. dengan moka tak malu belum mandi tumpang meja org yg angkat muka sket je mengangguk bila aku ckp nak tumpang duduk. Kosentret yang amattt lah tu menghirup asam pedas tu...camana lah rasa asam pedas tu ek. Moskel mak nih. So i ordered asam pedas..lupa lah ikan apa. Andddd..makkk...pedasnyaaaa! Masam pulak tuuuu. eh..dah nama asam pedas tentulah masam.weng. Tak sedappp ( mungkin terlalu pedas utk ukuran tekak aku). And aku makan tak sampai separuh..bayar and balik dgn kehairanan. Bukan melayu je tau...tapi cina pun makan juga. So?.aku salah kedai ke?? TAKKK SALAH. ada kwn catz yg family dia selalu gila mkn kat situ. And aku rasa dekat 100 kali aku tanya.. " eh nyahh, sebenarnya kan..kedai asam pedas mana yg keluarga ko makan tuh?..mak kompius laa.." . And from the description and direction...yes..that kedailah..ehmm..ok..maybe aku kena tanya kali ke 101 kali kot utk kompem..betui ke kedai tu? Or ada kedai lain.
Moskel. Apakah tokey kedai tu....ehm...(tak baik berburuk sangka)..heheh.
Andd...oh..Melaka also famous with asam pedas. Yes...mcm signature dish jugakk kan? betul tak org melaka?. No wonder when i was in Melaka last year, to attend an International Conference at Renaissance, asam pedas is a must in the buffet spread during lunch. And to some people..it taste weird..of course lah...dah mcm2 org ada situ...anddd..to some people...wah bestnya..tak payah merayap satu melaka carik asam pedas. Makan ajalah yg free tu. And not enough with that, aku merayap juga cari asam pedas kat Melaka tuh. Mengada tol..so hampir seminggu ber asam pedas Melaka.
Ada gadget tak utk measure kesedapan asam pedas? ada?..kalau ada please tell me coz i always wanted to be expert in preparing asam pedas. Aku nak beli oke.
I was asked by one of my blog reader to put asam pedas recipe..ehm..so terdetik utk korek2 koleksi gamabr asam pedas ku...
Ini asam pedas ikan pari 2.5 tahun yg lalu rasanya. Dalam periuk lagi. Masa tu aku join forum (belum kenal dunia blogging).. Forum masak-masak.So everytime masak akan put photo kat forum. Semua ahli forum tuh pon mcm tuh...tukar2 resepi. Lepas tu pakat2 buh ayat cliche.."eh...sedapnya masakan u..."..hahhaha. And we shared thousands recipe. Mudah kan? Maklumat di hujung jari kan cik Kiah... (cik senah, cik Melah pun sure setuju).hiks.
Eksperimen asam pedas ikan patin. ni aku rasa was 3 bulan yg lalu kot. Sedap jugaklah bila patin di asam pedaskan...
Ni asam pedas 6 bulan yg lalu rasanya...ikan kembung
Ni asam pedas setahun yg lalu kot. Tah hapa2 kan. Aku buh mangga muda dlm asam pedas..improvise kononnya. Ok jugaklah. Tak mendatangkan mudarat memakannya.Memandai-mandai je aku ni.
Ni asam pedas ikan pari 2.5 bulan yg lalu. Ok jugaklah rasanya (masa tuh aku rasa...eh..sedapnya asam pedas pari ni.pandai aku masak)..hahaha..perasan kejaps. Kembang idong aku japs.
Ni aksi asam pedas pari tadi dalam periuk.
I learn to prepare asam pedas from emak. and i like asam pedas emak. She likes tu put nenas in her asam pedas. Thats make the asam pedas, masam, pedas2 sikit, ada rasa manis sikit, masin etc, balance. And mak never put daun kesum (which is to some people is a must), coz abah said bau dan rasa daun kesum tuh mcm kumbang (eh..abah pernah termakan kumbang ke??). and yesss..i agreed. But, when i grow older, chewahh...and mixed with people came from different state.. during my university time,work in few places..i can adapt the taste of different kind of food, daun2, tempoyak, cencaluk etc. No big deal lah. So i kind of suka asam pedas with kesum.
And just few months back, i learn to cook asam pedas in many ways. Such as some people said..
blend the chilies, bawang2, halia with oil, i mean cooking oil lah. Dont put water while u blend it. So it will taste different when u tumis. oh.,.ok. And some people said..bubuh daun kari..oh?? and supprisingly the taste was amazing. Aku dah cuba.Sedap!
So to me..cooking asam pedas is just like an experiment, in lab. Cuma takdelah kaki retort, kelalang kon, kertas turas, bikar and buku laporan makmal, etc (eh...aku ingat lagi nama benda2 tuh..hehhehe.teringat zaman sekolah).
Why i said so?
Coz i never had accurate measurement for my asam pedas like 4.5 bijik bawang, semangkuk perpuluhan lima air asam, 1.7 inci halia, etc. Ok..it is just like...put everything yg patut (agak2 laa...)..and rasa-rasa..i mean keasamannya, kepedasannya, kemasinan etc.OK. and..pernah jugaklah...asam pedas ku sgt pelik rasanya..so utk menyelamatkannya, aku bubuh kicap manis lah..sos cili lah..sos tiramlah.. mengarut betol kan...hahhaha. Marah org yg invent resepi asam pedas ni karanggg..ampunnn nek, cucu ni tak reti masak.huhuhu.
So..here we go..finally to my experiment asam pedas. Resepi ni standard je..ikut bahan2 yg mak bubuh dlm asam pedas dia. Sukatan agak2 je lah.
Bahan-bahan:
2 keping ikan pari (atau sebarang jenis ikan).
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
satu inci halia
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
7 biji cili kering
1/2 mangkuk air asam jawa
air
gula
5 batang bendi
daun kesum
Cara-cara:
Bersihkan ikan, basuh, toskan.
Kisar cili kering, bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia.
Tumis bahan kisar hingga agak garing.
Masukan serai yg diketuk.
Masukkan air asam dan tambah air biasa satu mangkuk. ikut suka nak pekat camana.
Biar mendidih. Masukkan garam, gula sket (hujung sudu je).
(sesetengah org pantang letak gula dlm masakan..so kalau tak letak pun tak apa).
Masukkan daun kesum.
Rasakan kuah tuh dari segi kemasaman dan balance rasanya . Kalau kurang masam ke masin ke tambah le bahan berkenaan.
Masukkan ikan. Biar mendidih dan ikan masak.
Masukkan bendi. Biar layu sebentar.
Hidang.
Simple je respi catz ni.
Cuba jaya.