Monday, August 25, 2008

Mihun tauchu

Ehm...
catz confuse lah..meehun ke?mihun ke?bihun ke? or beehun? or mehoon? or beehoon? meehoon?
Masak ni weekend lepas. Mihun bertauchu. Nak habiskan stock tauchu yg dah lama duk dlm peti ais. Nka puasa ni nak clearkan barang-barang lama.



Bahan-bahan:

mihun - celur sebentar dan toskan.
tauchu - 3 sudu besar
cili kisar/giling - 3 sudu
bawang besar - 1 labu
bawang putih- 4 ulas
udang sederhana - 1o ekor
sotong sederhana - 1 ekor
tauhu - 2 keping (goreng dan hiris dadu)
sawi- 2 tangkai
tauge - 2 genggam
daun sup - satu tangkai
kicap manis - 4 sudu besar
minyak

Cara-cara:

Tumbuk bawang besar dan bawang putih (kalau malas tumbuk or takde lesung boleh kisar).
Tumis bahan tumbuk hinga naik bau,masukan cili kisar, tumis hingga agak garing.
Masukan kicap manis, tauchu dan sedikit air.
Masukkan udang dan sotong, kacau sebentar.
Masukkan sawi dan tahu, kacau sebati dan masukan mihun.
Gaul sebati.
Masukan tauge dan hirisan daun sup. Kacau sebentar. hidang.
*tak peyah letak garam coz tauchu dan kicap manis dah seimbangkan rasa masin, lemak dan manis.
jom makan.

2 comments:

AYU THE ENIGMA said...

tetibe rs nak mkn mihun goreng plak. nyum..esok nak goreng la :D

Catz said...

hi ayu,

dah masak ke belum mihun nya?..bak le barang sepinggan dua..hehhehe