Thursday, August 21, 2008

why chicken wings???

Huwahhhh...
pukul 11.29 mlm..
dah berapa kali tah aku menguap. Mengantuk. Aku dikelilingi oleh buku, fail-fail, nota-nota. Dikelilingi je..tak semestinya aku buat kerja atau study atau buat keje ofis.Hehheh.
Memang pun..buku2 ni semua duk kat keliling ku..bersepahhh..atas sofa,atas lantai. Biarlah.
Hari ni busy gila. Pagi-pagi dah sampai ofis. Now ni pukul 9 pg tuh kira awal lah bagi aku.
1 jam drive. Letih.
Hari banyak keje..ada client minta report, etc. So need to prepare everything lah. Actually hari nia ku nak buat assignment dan slide presentation.Sudahnya sampai ptg aku duk belek report.
Pukul 3.30 baru aku start buat assignment, buat rujukan etc.uh...bunyik cam rajin dan poyo kan.
Lapar. Aku ke kantin beli sandwich dan air kosong.
Pukul 5.30 ptg.
Balik..dah siap-siap na balik..tetiba boss panggil. Diunjuk satu envelop.Apa?..assignment anak dia. Questionaire. Hoo..bos mintak aku isi borang questionaire. Soalannya berkisar kepada..baby diapers..kehkehkeh..ni patutnya org yg ada anaklah isi..bagi kat aku yg zero knowledge pasal baby diapers nih wat per kan. Boss kata..dia malas nak carik respondent seperti yg anak dia kehendaki. Ada ofis mate ku yg dah isi borang ni..tapi dia dah ada anak, ok lah..kira betuilah apa yg dia jwb. Ni mesti ada 2-3 helai lagi borang dan boss ku malas nak carik org lain. Kat opis ku yg dah kawin dan ada anak sorang je. Yg lain takde anak lagi. So utk menjawab soalan yg berbunyik..
'how important this product to you? Pilihan jwpn ialah 1-7. No 1 paling disagree. No 7 paling agree. So aku bulatkan 1. soklan seterusnya..bla..bla...How loyal u are to this XXX brand...
tah...no idea. And soklan berikutnya.. DO u think that this product contribute to the environment polution? Aku bulatkan je 7..yeke pembuatan diapers or pemakaian nya memberi kesan pd alam sekitar?? Tah ek..no idea. Kalau dah pakai pastuh main campak je kat mana2 mmg le mencemar alam sekitar..logiknya laaa.
and last sekali..aku terpikir pulak...anak bos aku ni amik course apa ek??..bukan IT ke kalau tak silap aku...so assignment apalah nih kan..aku pulak jadik mangsa.So aku bulatkan jwpn sesuka suki hati aku lah coz bos aku pun ckp ...'ala awak isi sembarang je...' .. (Boss aku ni kalau anak dia duk kumpul derma sukan sekolah ke..etc..kami dulu yg dituju..pandainya anak dia ni menggunakan abah dia kan...so mestilah kami layankan...kalau takkk....tau-tau lah..siap ada borang dan kena tulis nama, derma berapa dan tanda tangan..hhaaaahaa..)

Then...
catz ke mall japs. Beli contact lense. yg ku pakai ni dah nak expired. Beli 2 pairs.. and segala solution nya bagai. Dan check mata juga coz lately aku rasa agak kabur sket dgn current power nih. Optician tuh ckp mata aku power tak naik pun.Ooo...napa ek??
Pi sayur department, beli ikan, chicken wings dan veges.
Then beli kerabu mangga kat gerai jualan brgn dari Thailand tuh..

Zooommm...ke gym. ehm..buat cardio 30 minit . 1.2 liter air aku minum. Wow...aku rasa 30 minitg tu kejap je. PT ku ckp,ni tandanya stamina aku dah semakin baik..hiks. 2.6km and 220 kalori burnt. No bad hoo..
Balik rumah. Mandi, solat dan masakkkk.

Oh ya..masa naik rumah tadi..bahu kiri kanan, tangan sumer penuh dgn barang . Penuh dgn buku, fail beg. Konon2 nak wat keje tuh aku angkut segala buku, nota balik rumah. Konon2 lah kan.Sebab tuh mlm ni aku dikelilingi buku.
dinner tonite..chicken wings and kerabu mangga


Aku masak chicken wings..hahhahaha..napa ek?.pdhal ada beli chicken breast.Mula2 nak masak chicken breast tuh dan brokoli. tapii..why chicken wings?? sebab aku teringin. Senang je.amik halia dan garlic, tumbuk dan lumur ke chicken wings tuh. Amik BBQ sos dan kicap manis. Marinate kejap wings tuh..anddd...into the oven. 25 minit.
Sedappps (bunyinya cam perasan sendiri, tapi serius..lebih kurang or lebih sedap dari chicken wing 'pizza hot'. Hoh..
makan dgn kerabu mangga tadik.Ngappp...sambil tgk TV.. and dari tadi aku duk ckp nak cuci kain..api tak pegi-pegi pun. Oh ya..tadi aku mop lantai dapur..ehmm...aku sukaaa..
Dan aku dari tadi ckp nak tidur tapi tak tidur. Konon-konon nak bangun pukul 4 bagi buat keje/assignment. Well..hhahahaaa....tah ye tah tak ekkk....very de konon-konon.
ok..mata aku dah ngantuk..esok pi kampus. ada kelas.

tata.
ZZZzzzzzzzz.

4 comments:

Saira^_^ said...

nak chicken wing! nak chicken wing!

Catz said...

hi saira,
i miss u. teringat masa kita mkn chicken wings and kerang bakar. but this one lagik sedaplah..so ko bayangkan lah ek...sedap menjilat pinggan oke. Nanti dah jumpa halal mart ko masak le...

axim said...

HAI CATZ...HOW ARE YOU???

Catz said...

hi axim,
i'm fine TQ.