Seronoknya..aku dah lama tak makan Nasi Ambeng (some people call it Nasi ambang which is totally wrong ok!).. Mak aku buat kenduri ..nak puasa ramainya org buat kenduri..dan bagi kami masyarakat Jawa, Nasi Ambeng adalah hidangannya..
Ni adalah sejenis makanan orang jawa..
Ia adalah set hidangan yang mengandungi:
1.Nasi putih
2.serunding kelapa
3.mee goreng atau bihun goreng (salah satu)
4.sambal goreng jawa (mengandungi suhun, tempe, tahu, kobis,kacang panjang,)
4.sambal goreng jawa (mengandungi suhun, tempe, tahu, kobis,kacang panjang,)
5. ayam masak kicap /kari (salah satu)
6.pajeri nenas
7.Tauhu masak sambal kacang
8.sayur (biasanya kacang panjang tumis)
Dalam senarai tu, tak semestinya semua ada..ada bermacam version..ada yg bubuh ikan masin, tempe goreng etc..yang ni versi mak aku..aku tolong-tolong mak aku masak dan inilah hasilnya..set nasi ambeng kami..
Petang tu kami gotong royong(aku, mak dan adik aku)..selepas siap masak kami bungkus2 utk sedara mara dan jiran2..bungkus nasi dan kuih utk mereka..then aku jadi despatch ngn anak sedara aku...coz hujan so aku le jadik despatch..penuh keretaku..( 21 bungkusan).untungkan jadi org jawa ni..kenyang manjang..and aku sampai sesat2 terpusing 2-3 kali nak cari antar kat rumah sedara sorang tu..maklumlah aku dah lama tak pi umah dia..anak sedara aku si sikin yg kuharap jadik tukang tunjuk jln pun tak boleh harap..sampai pi umah nenek aku pun terlajak.. and dlm pada rushing2 maghrib tu aku sempat singgah pekan dgn anak sedara aku . Aku pi soping barang dapur untuk nenek aku and pi makan mee bandung..hahhahaha...sampai le mak aku duk sms :
mak aku: oi budak2..korang hinggap kat mana?
aku : Warung..nyum-nyum .
aku and sikin share mee bandung satu pinggan..
And balik tuh aku tgk mak aku dah goreng cempedak, karipap dan kuih lain etc..
dah aku tgk ada jugak tapai utk cuci mulut..rajinnya mak aku neh..mcm2 ada..cempedak tu mak aku kata sampai dah tak termakan...so goreng je and hidang utk jamuan kenduri,...
Malam tu mula2 takde elektrik (ayarkk!!)..tapi dkt2 kenduri berlangsung ada plak letrik...so selamat....yg klakar abah aku biasalah..dia akan cek2 semua benda nak bawak hidang ke depan..sampai kami plak tension...hhhiihihi...
No comments:
Post a Comment