hari ni kena attend meeting kat putrajaya,,,kat kementerian kesihatan Malaysia (KKM)..PARCEL E..
Nasib le senang parking..itupun dah nak ketepi jalan nu ha..and sib le blok yg aku nak pi tuh takde le jauh sgt..jalan dalam 5 minit gituh..dah sampai ..bagi IC utk dpt pass..wah..tak sangka.kakitangan kerajaan yg duk kat kaunter zaman ni berhemah dan lemah lembut gitu..
ehm..meeting with people with different agencies..most of them are medical doctor (ENT), pakar dari universiti, SIRIM, Org kemenyerian kesihatan, org kementerian sains, technical people (including me)...Aku dtg jetak ramia yg dah sampai..hemm..kena tunggu pulak..and the chairman said " since we are stil waiting several impotant people, wut if u have minum pagi first..aku brkenalan dgn org keliling aku sat..andsebelah aku..pakar bunyi/acoustic..sebelah plak doctor dr hospital putrajaya (pakar ENT)...and i also say hi to my old fren at KKM..and a fren (indian lady) which i met in international EMF conference last few months.
Aku nak makan..tapi..isk.kenyang lagi.aku dah makan mee pg tadi..and tgk pun tak rasa nak makan..karipap..kuih manis...and nasi goreng yang veryyyy oily lah..isk..aku minum jek.terpaksa lah pura2 minum..kehehhehe..and masa minum i just say few word dgn org lain yg kat situ..mostly my fren di KKM tuh...
then 9.30 baru start (oit.kata start kul 9??).
Chairman said: Ok...Good morning all..we are here for a very important job..which will effect our country..we have to discuss matter that very important to our country...we have time to 1pm to get desicion and lunch is provided"
(hahaha..n le bestnya meeting kat opis kerajaan ni...ada makan minum..ada lunch lagi)..
and masa ni dah semua duduk..and sat opposite to 3 doctor (pakar ENT)..and they still happy eating with full plate of nasi goreng, kuih2..wow..?..that is not suppose how doktor eat kots??
1st agenda is presentation from KKM on subject matter..amd this 3 doktor kdg2 nyampuk and still makan with full mouth...aku keep wonder .." are they doctor or wut??"....
then dalam pukul 10.45..dah capai desicion..hihihih..i just gave a very litte opinion.hihihi..tak kisah le.janji aku bagi input kan..
terkujat aku..alaaa..belum pukul 11 dah siap?..coz the things yg kami diskas very obvious lah..danger gitu...hehe..and the chairman said: "Now i can see this comittee is very efisyen.."
Baguslah..aku tak sabar nak balik...and nak balik derang pelawa minum lagi especially my fren indian lady tuh..terpaksa le minum lagi...then ters angkat kaki balik...
hhee.aku pi merayap2 lagi kat area putrajaya...
i keep wonder kompleks kat sini besar.komplek pentadbiran kerajaan, tapi parking amatlah susah..hingga kena par tepi2 jalan besar..mcm tak masuk akal je...bila kat komplek keraajaan tuh.nampak banyak parking bawah tanah..(bwh bangunan)..tapi ditulis " HANYA UNTUK KAKITANGAN KEMTERIAN ETC..ETC..DAN PEGAWAI BERKENAAN SAHAJA"..huh..is it?...abih kami pengunjung kena take risk parking tah kat mana2..parking jauh2..hiskkk"
crispy popia..aku mkn dlm kete..habis seketul.
kereta kena parking kat tepi jalan besar.macam tak logik je..
Thursday, October 25, 2007
Putrajaya lagi...
Posted by CATZ at 9:26 PM 0 comments
Labels: Cerita-ceriti
Wednesday, October 24, 2007
Dari putrajaya ke Universiti Malaya
Hari ni..pagi2 aku dah masuk opis. pukul 9 aku nak bertolak pi UM..ada appoinment dgn lecturer aku...supervisor aku lah...so ding dong ding dong..aku ckp kat bos.." saya nak pi UM..".
Bos said ok..so aku drive ke UM..bdah nak sampai tol, lecturer sms." jumpa kul 2, i nak pi klinik"..aku said..ok.. then alamak...camna nak u turn nih?..ada simpang ke kiri ke cyber jaya, putrajaya..ehm..ok...aku terus masuk kiri..hala ke Putrajaya..hihihi..dlm 5 minit aku dah sampai putrajaya...mana nak pi nih..aku round2 pi Parcel komplek2 kerajaan tu..saja round2..then aku pi area masjid dkt selera putra tuh..ramai jugek orang ujan2 renyai ni..banyak pelancong yang beriya2 posing depan masjid..depan seri perdana..ihihihi..bersungguh2 posing..kejap dgn payung..kejap letak payung..hihihi..aku duk perati je dari dalam kereta..biasalah, pelancong kan..aku kalau gi melancong pun gitu, mcm nak rak posing..hahahah.then aku snap few photos..dah buring, aku masuk kete balik..ujan..nampak depan masjid tuh banyak khemah, gamaknya kat sini kot venue jamuan raya..aku nampak ada banner Jamuan Raya, 27 Oktober..
Then kawan aku call..ajak makan kat kedai mamak kat bdr baru bangi.eh..ok le..so aku terus ke BBB..ehm..tgh duk parking kete..nampak Cat Farish and wife dia..mkn kat sebelah meja kawan aku..depa duk perati aku beriya memaking kereta depan meja dia..hhehehe...maklumle..kete aku ni kete spot...hehhe..rim je yg spot..kuikukiukui..
Then order teh ais dan roti bawang. Kawan aku order nescafe ais dan roti cheese..tu sebab kawan aku panggel kedai tuh 'cheese'..so kami2 paham le..kedai mamak tu..aku pun dr dulu if mkn area tuh..mmg makan situ walau kat area tuh ada 4 kedai mamak yg besar...kedai ni roti canainya besar dan murah plus crispy and takberminyak..and teh aisnya..puhhhh...biasa aku mmg minum 2 gelas...hehhehe...mableshhh..
Then lepas minum and makan, aku pi soping complex terdekat..cari henpon, coz henpon aku dah rosak...huhuuh..kedai2 baru bukak..dlm 1.2 jam..akhirnya dapat henpon baru..yuhuhu...
then aku bertolak ke UM..on the way singgah kat shell before sg besi (dulu projet)..beli roti..hahha..aku dah lapor...then drive terus ke UM..awal pulak..sampai kat gate UM (KL gate)..aku drive slow. Sorang pak guard tgh duk berckp dgn wakie talkie...dia tak tahan kete aku..tiba2..jeng2..dia nak tahan satu motor tuh..dinaiki oleh 2 org mamat...dia buat isyarat tangan tahan motor tu ( aku rasa dia dpt nfo dr guard lain kot..tu yg ckp kat walkie talkie kan..)..then.motor tuh bila dah delkat kat Pak guard..iba 2 pecut.sket lagi langar guard u...bengang je Pak guard tuh...aku dlm kete nak giggle2 kikikiki..sian gak Pak guard tuh...budak naik motor tu cam student..tapi tak taw le...kot org luar.tah curti motor ke..apa ke kan..tiba2 je pecut,.then aku terus masuk..awal lagi..singgah cafe ni..minum milo..then tepat pukul 2 pibilik lecturer kat fakultoi engineering...diskas2...aku bagi dr wan kuih raya...and we talk bout next seminar/conference nak attend..
1.Melaka - 4-6 dec (paper ku dah siap..hehhe)
2.Athens..
3. madinah
4.jordan
5.Itali...
huhuuhuh
balik je..hujan along the highway PLUS.laparr.singah Mc D sg besi..dkt hotel MINT tuh..drive tru.coz hujan.hihihi
aku order kenang goreng dgn mc Flurry oreo..and dasat tak dasat, aku drive kete sambil menyudu Mc Flurry oreo ke mulut..and mkn kentang goreng.hhehheh..kebulur tull..aku drive tak le laju pun ..70km/hour je...enjoy my Oreo Mc Flurry.yummy...
sampai opis dkt pukul 4 ptg..
Posted by CATZ at 8:05 PM 0 comments
Labels: Cerita-ceriti
Tuesday, October 23, 2007
Ayam masak merah
Bahan-bahan:
Ayam - 1/2 ekor potong 8 dan cuci bersih
cili kering kisar ( 3 sudu)
sos tomato - 4 sudu besar
sos cili - 4 sudu besar
susu cair - 1/2 cawan
bawang besar - 1 labu hiris nipis
halia- 1 inci
bawang putih - 3 ulas
bawang merah - 4 ulas
minyak
garam
gula
Cara-cara:
Goreng ayam sebentar - ketepikan.
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumis bahan tumbuk bersama cili kering -hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula dan bawang besar hiris.
Masukkan susu cair dan jika terlalu pekat tambah sedikit air.
Seimbangkan rasa.
Masukkan ayam. Gaul rata.
siap..
Posted by CATZ at 8:57 PM 0 comments
Labels: Lauk pauk
Nasi minyak
Ni nasi minyak masak hari Ahad. Banyak bahan-bahan lebihan dari masak-masak hari raya.So maska nasi minyak, acar lobak, dalca sayur dan ayam masak merah. Acar buah ayong bagi sebelum puasa tu..
Nasi minyak
Bahan-bahan:
Beras basmathi- 2 tin
susu cair - 1 cawan
kismis - 2 genggam
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih - 2 ulas (hiris halus)
halia- 1 inci (hiris halus)
kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
marjerin (untuk menumis)
air
karot -hiris dadu
Cara-cara:
Panaskan marjerin dlm periuk, tumiskan bawang besar dan putih, halia hingga naik bau.
Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan beras dan kacau sebati sebentar. Masukkan air 3 tin dan garam.
Bila dah mendidih, masukkan susu cair. Tutup semula. Bila dah nak kering masukkan kismis dan karot. Biar nasi kering. Siap..
Posted by CATZ at 8:34 PM 0 comments
Labels: Aneka Nasi
Lontong goreng
Lepas raya biasanya banyak bahan-bahan makanan dan masakan yg lebih dalam peti ais..paling biasa, nasi impit lah kan...so aku tak nak benda ni bazir buang coz rendang pun dah habis, so aku masak lontong goreng.
resepinya:
Bahan-bahan:
Nasi impit - potong dadu
bawang merah- 3 ulas
bawnag putih - 3 ulas
ikan bilis segenggam
udang kering - segenggam (rendam)
kacang tanah (lebihan buat kuah kacang)
cili kering (blended) - 2 sudu
minyak
fish cake - 2 keping (hiris nipis)
tauge - 20 sen
daun sup - 2 tangkai
bawang goreng
garam
air
Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan blis dan udang kering.
Tumis bahan tumbuk dgn cili kering, hingga agak garing.
Masukkan kacang tanah tumbuk dan fish cake, bubuh sedikit air dan garam.
Masukkan nasi impit,gaul rata. Masukkan tauge, kacang tanah goreng. Gaul rata.
Bubuh bawang goreng dan daun sup. Hidang.
Senang je kan..so takldelah terbuang saja. Boleh dijadikan hidangan sarapan pagi yang lazat.
Posted by CATZ at 7:54 PM 0 comments
Labels: Aneka Nasi
Monday, October 22, 2007
Kuih raya yang meriah
Aku suka tgk kuih raya yang meriah warna warni gitu..
kerepek ,rempeyek tuh mak aku buat..dgn biskut makmur tuh..
yang lain beli kot..hehhe.gula-gula tu aku beli..
ni gambar kuih raya rumah ayong aku.... enjoyyyy!!
Posted by CATZ at 8:47 PM 0 comments
Labels: kuih raya
Beraya rumah ayong
Kakak aku dan sikin tgh sibuk berlakon (aku suruh..ahahha)
Raya ke -4 aku berhari raya kat rumah kakak sulong. Aku bawak mak dan abah sekali...
kakak aku masak nasi dan lauk...sambal belacan pun ada..then ada kuih dan macam-macam kerepek..
Sampai je tgk rumah kakak aku dah lain. Dah direnovate gitu....
Ni gambar makanan yang kakak aku dan anak sedara aku si sikin masak..
Masa tengah makan emak dan kakak aku duk kepoh2
pasal rempah merah,
apabenda le aku ingat..rupanya abah tak makan kalau rempah adabi..dia makan if kita masak guna rempah merah (beli kat kedai jual bahan2 berian)..tapi bila abah dah ke depan..kami duk ngemas kan..aku tanya..n rempah merah ke?? kakak aku said...taklah..rempah adabi..mak aku gelak cam nak golek2..patut le abah mkn selera je..dia ingat rempah merah..cehhh..hahahaha
Posted by CATZ at 7:53 PM 0 comments
Labels: Cerita-ceriti
Perjalananku di hari raya
Ini bekalan makanan disediakan oleh emak untuk anak-anaknya
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...OPS SIKAP 13...
Itulah perkataan yang sering di dengar, di TV, di baca di surat khabar apatah lagi ianya berkumandang di radio yg tentunya didengar oleh para pemandu g dlm perjalanan tak kira lah balik mana pun ..balik raya..pi keje etc..
Tapi statistik kemalangan tetap juga meningkat..dari sebelum raya lagi kerajaan dah umumkan Ops Sikap, suruh berhati-hati, peringatan tentang saman on the spot 6 kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalalangan ..pembekuan cuti raya kepada sebahagian besar anggota polis dan keselamatan. Tapi bagi aku apa pun yang pihak kerajaan dan polis buat tak akan mendatangkan kesan apa pun selagi sikap pemandu tak berubah..letak lah sejuta anggota polis sekalipun, tak kan ada perubahan selagi sikap pemandu tetap di takuk lama. Melanggar lamp isyarat, potong di garisan berkembar (double line), memandu melebihi had laju, potong barisan dan banyak lagi kesalahan lain..cam takde akal je kdg aku rasa manusia yang mcm ni..kat highway macam berlumba. Hujan lebat pun bawa kereta laju-laju..then suka pulak cucuk-cucuk orang depan, follow rapat-rapat (org mcm ni gile ke??)...macam-macam le kalau aku nak bebel pasal benda ni..
Perjalanan balik dr kg..hem..biasa je..Yang luar biasanya kereta aku penuh dengan kuih dan kerepek..and mak pun bekalkan macam-macam..nasi dan lauk, nasi impit, sambal goreng jawa, ayam kampung masak kari..baunya semerbak dalam kereta..tak sabo aku nak makan oi..
Aku tumpangkan adik aku dan kawannya hingga ke bus stand Muar coz derang nak balik UITM segamat.dr situ derang naik bas terus ke Segamat (ni kes tak dpt tiket)..then aku terus lagi..wah..bestnya, banyak orang jual Kupang kat tepi-tepi sebelum Pekan Rawang (Muar)....aku tak dapat nak snap gambar coz memori kad kamera dlm laptop rupanya..bengang je..tapi banyak gerai buah dan orang jual Kupang...aku pernah beli dulu..sedap, kupang baru kan..rebus dgn bawang, halia dan cili kering.meletops gitu..
Kereta tak banyak..baguslah...aybe sebab ni dah raya ke -6, ramai oarang dah balik awal and dah start keje..aku e kot yg cuti lama..hahaha..tapi sampai je Melaka...hujan lebat.Eh??..banyak nya tow truck berarak..eishhh..suspen ni....alahai..ni aku takut ni. Aku takut sikit memandu time hujan, so aku bawak slow je..bukan nak kejar apa kan..rumah aku tak larik punya...dah dkt Negeri 9 hujan dah renyai-renyai..aku bawak steady je..then sampai je area Pedas Linggi, ada kemalangan pada lorong bertentangan di highway Utara Selatan (PLUS) iaitu menghala ke selatan..jem le jawabnya dkt 5 km aku rasa..wow..beberapa kereta exsiden..ada yg remuk depan etc.Ramai polis , Plus ronda dan tow trak.aku rasa depa ni berlanggar masa huja tadi kot..tu lah dia pe'el sesetengah orang ni kan..Suka bawak laju dan follow dekat-dekat..tah hapa2 kan..Yang aku kagum lorong hala ke KL tak jem...bagus ah..selalunya kalau ada kealangan lorong bertentangan pun akan jem gak kan..Rakyat Malaysia kan perihatin gitu..nak tgk..bukan tolong pon...tapi kali ini tak jem..yahuu..aku bleh drive laju lah...tapi aku bawak tak lebih 110km/jam lah..aku ikut peraturan..ak tak suka drive dalam peasure..konsep aku " lambat sket tak pe..janji selamat sampai..toksah tension2 nak bawak laju..memandu dgn gumbira"..gituh..
Sampai je rumah terus makan nasi impit dengan kari ayam kampung...alahai..sedapnya mak aku masak..masih terasa-rasa kat tekak nih...
Posted by CATZ at 7:22 PM 0 comments
Labels: Cerita-ceriti
Kek coklat Hari Raya
Hari Raya tahun ni aku banyak buat kek coklat...mableshhh gitu..ni antara rupa kek yg aku dah buat..ada yang makan sendiri, ada yang orang tempah...kek ni masak cara kukus, senang sgt buatnya..
Posted by CATZ at 6:59 PM 1 comments
Labels: Kek
Nasi ayam versi raya
Raya ke -5 - Hidangan adalah nasi ayam...
Ini adalah nasi ayam versi raya..my mom's friend datang rumah berhari raya during the lunch time..dah beritahu awal-awal..so sempat le pegi pasar dan prepare nasi ayam.so ni le dia nasi ayam tu..yummy...
Posted by CATZ at 6:48 PM 0 comments
Labels: Aneka Nasi
Friday, October 19, 2007
Aktiviti Raya
Masak...masak..dan masak...itulah aktiviti ku..
Raya ke -3 : sepupu bertunang..makan nasi ayam..then kawan aku call..dia org Melaka,rumah mak mertuanya di JB..on the way nak balik Melaka dia call aku..." weh aku nak dtg rumah ko.."
ops..lepas lunch kat umah sepupu, aku terus balik, tak sempat nak tunggu majlis habis...
aku sms kwn aku : ko kat mana? Dia ckp : "skudai"..oh..ok...
aku sms dia:" ok..aku nak pi belakang rumah..sembelih kerbau..kuikuiuiu"
then pikir nak masak apa..mujur ada bahan nak masak..so buat mee bandung ..dan cekodok ikan bilis..
kawan aku sampai dkt pukul 4..kesian dia..gigih sungguh beraya. Aku ckp kalau aku jumpa hutan, tak jumpa le umah aku.tapi dia still nak dtg..dia dtg dgn husband dan anak-anaknya..
Yang aku kesian, dari highway lagi hujan lebat dan jem masa nak masuk dan keluar tol...gigihnya dia pi beraya..dia nak balik Melaka, umah maknya di Merlimau. Sampai umah aku, terus aku suruh makan, mak dan abah pulak dgn rela hati mem-babysit kan anaknya yg baby (5 bulan)..dan anaknya yg umur 2 tahun lebih makan le ngn maknya..lama jugak dia lepak umah aku. Dekat pukul 6 baru dia bertolak balik setelah makan2 kerepek dan kuih...
Malam tu pi bandar dgn mak dan adik2..pi rumah kakak dan pi makan KFC..aku belanja..
Raya ke-4
Bangun pukul 6 pagi, lepas subuh aku buat sarapan..then kemas2 dapur, kemas rumah. dlm pukul 9 aku dah start masak lunch..aku masak tempe goreng dan tahu goreng buat sambal kicap, sayur bayam masak air dan kerang rebus.
Then aku buat kek coklat...kek ni sedap dan simple cara membuatnya..kek coklat kukus..
ada orang tempah, nak bawak balik KL ptg tu..aku buat 2 biji..
satu untuk anak sedara, satu untuk org KL tu ..
Tup-tup pukul 12 ada org dtg mengejut..2 kereta. sedara lah..so aku cam lipas kudung masak mee goreng..fuhhh..siap gak..tak sampai hati nak hidang tempe goreng..hehhehe
then masa derang tgh lunch tu..aku kat dapur tg bubuh topping coklat kat kek, tiba2 sumer dtg tgk aku buat keke tuh..hahaha..malu giller aku...cesss...segan sehh.. Malam pulak pi raya rumah kakak..
Raya ke -5
Pagi-pagi pergi pasar dengan abah.. beli lauk dan paling best mkn kat warung dengan abah..abah makan lontong dan aku makan soto..teh ais dan kopi O..lama dah tak pi ngeteh dgn abah. Balik terus jek masak nasi ayam..kawan mak nak dtg..aku jadik chef..kawan adik pun datang..so wort lah..masak banyak-banyak...
ptg aku pi beraya rumah jiran dan umah makcik aku...
Posted by CATZ at 8:20 PM 0 comments
Labels: Cerita-ceriti
Drama Raya
Raya pertama:
Tgk TV (menonton tv okayy)..
Aku banyak tgk TV RTM walau aku ada astro..coz cenel lain asyik rancangan nyanyi-nyanyi. Aku tak minat..aku suka tgk drama..
so lepas makan, aku tgk TV..TV1 kot..lupa tajuk ceritanya...tapi sinopsisnya gini:
Ada dua adik beradik..si adik pompuan tgh bertunang, si abang (Azman Noor-adik Rosyam) dah kawen. Abang ni buat bisnes kedai jahit bersama isterinya . Mereka berpakat takmo balik kg beraya, tapii nak bwk mak abah nya ke KL beraya di KL.. Mak abahnya mulanya tak setuju, tapi dah didesak setuju juga akhirnya. So mak dan abha buat le persiapan ke KL..kelakar..siap suruh jiran hantar dgn lori ke busstand coz di angkutnya kuali besar, buluh lemang, ayam,periuk belanga, kayu api dan sebagainya utk dibawa ke KL. Then sampai bus stand dibubuh semua barang dalam bas. Dah half way, ayam keluar dari beg dan terlepas dalam bas..kecohle bas tu..hahaha..akhirnya sampai juga ke puduraya. Si abang jemput le dgn isterinya. Dari jauh dia tgk mak dan abahnya..duduk. Ditanya..mana beg? then ditunjuk le ke satu sudut..hahhaa..nak pengsan tgk..dgn kuali,periuk besar, buluh lemang etc plus ayam 2 ekor ditambat kat tangga puduraya..hahhaha..aku cam nak tergolek ketawa..dah le bawak kancil je..so kena angkut dua kali..kuikuikui..then sampai umah anak2 tuh..rupanya duk apartment..so dilongggok segala barang kat parking area..dah kecoh..orang marah..ngadu kat Pak Guard..kecoh jadinya.. Then malam2 si abah ni pasang pelita letak kat tepi2 apartment, so jadik hitam2..dah jawatankuasa penduduk marah and ngadu ngn anak..
masa anak2 pi keje, mak dan abah ni buleh plak buat lemang, kacau dodol, so asap berkepul2..jiran yg nampak dari jauh siap call bomba coz ingatkan rumah terbakar..hahhaah..lawak...yg watak pak guardnya kelakar..si Osman kering dgn sapa tah sorg lagi.bomba datang..kelam kabut..and kol le si anak..
so mak abah ni ckp.."gamaknya camana org KL ni beraya, takde pasang pelita, takde masak lemang, dodol.."
Si anka ckp: kat sini semua boleh beli..ayam boleh beli..lemang, dodol semua boleh beli..
Then si anak bengang..marah2..malu...jadik sedih la pulak.. last2 balik kg gak beraya kat kampung..
gitu le..
Posted by CATZ at 7:57 PM 0 comments
Labels: Cerita-ceriti