Masak...masak..dan masak...itulah aktiviti ku..
Raya ke -3 : sepupu bertunang..makan nasi ayam..then kawan aku call..dia org Melaka,rumah mak mertuanya di JB..on the way nak balik Melaka dia call aku..." weh aku nak dtg rumah ko.."
ops..lepas lunch kat umah sepupu, aku terus balik, tak sempat nak tunggu majlis habis...
aku sms kwn aku : ko kat mana? Dia ckp : "skudai"..oh..ok...
aku sms dia:" ok..aku nak pi belakang rumah..sembelih kerbau..kuikuiuiu"
then pikir nak masak apa..mujur ada bahan nak masak..so buat mee bandung ..dan cekodok ikan bilis..
kawan aku sampai dkt pukul 4..kesian dia..gigih sungguh beraya. Aku ckp kalau aku jumpa hutan, tak jumpa le umah aku.tapi dia still nak dtg..dia dtg dgn husband dan anak-anaknya..
Yang aku kesian, dari highway lagi hujan lebat dan jem masa nak masuk dan keluar tol...gigihnya dia pi beraya..dia nak balik Melaka, umah maknya di Merlimau. Sampai umah aku, terus aku suruh makan, mak dan abah pulak dgn rela hati mem-babysit kan anaknya yg baby (5 bulan)..dan anaknya yg umur 2 tahun lebih makan le ngn maknya..lama jugak dia lepak umah aku. Dekat pukul 6 baru dia bertolak balik setelah makan2 kerepek dan kuih...
Malam tu pi bandar dgn mak dan adik2..pi rumah kakak dan pi makan KFC..aku belanja..
Raya ke-4
Bangun pukul 6 pagi, lepas subuh aku buat sarapan..then kemas2 dapur, kemas rumah. dlm pukul 9 aku dah start masak lunch..aku masak tempe goreng dan tahu goreng buat sambal kicap, sayur bayam masak air dan kerang rebus.
Then aku buat kek coklat...kek ni sedap dan simple cara membuatnya..kek coklat kukus..
ada orang tempah, nak bawak balik KL ptg tu..aku buat 2 biji..
satu untuk anak sedara, satu untuk org KL tu ..
Tup-tup pukul 12 ada org dtg mengejut..2 kereta. sedara lah..so aku cam lipas kudung masak mee goreng..fuhhh..siap gak..tak sampai hati nak hidang tempe goreng..hehhehe
then masa derang tgh lunch tu..aku kat dapur tg bubuh topping coklat kat kek, tiba2 sumer dtg tgk aku buat keke tuh..hahaha..malu giller aku...cesss...segan sehh.. Malam pulak pi raya rumah kakak..
Raya ke -5
Pagi-pagi pergi pasar dengan abah.. beli lauk dan paling best mkn kat warung dengan abah..abah makan lontong dan aku makan soto..teh ais dan kopi O..lama dah tak pi ngeteh dgn abah. Balik terus jek masak nasi ayam..kawan mak nak dtg..aku jadik chef..kawan adik pun datang..so wort lah..masak banyak-banyak...
ptg aku pi beraya rumah jiran dan umah makcik aku...
Friday, October 19, 2007
Aktiviti Raya
Posted by CATZ at 8:20 PM
Labels: Cerita-ceriti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment