Ini bekalan makanan disediakan oleh emak untuk anak-anaknya
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...OPS SIKAP 13...
Itulah perkataan yang sering di dengar, di TV, di baca di surat khabar apatah lagi ianya berkumandang di radio yg tentunya didengar oleh para pemandu g dlm perjalanan tak kira lah balik mana pun ..balik raya..pi keje etc..
Tapi statistik kemalangan tetap juga meningkat..dari sebelum raya lagi kerajaan dah umumkan Ops Sikap, suruh berhati-hati, peringatan tentang saman on the spot 6 kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalalangan ..pembekuan cuti raya kepada sebahagian besar anggota polis dan keselamatan. Tapi bagi aku apa pun yang pihak kerajaan dan polis buat tak akan mendatangkan kesan apa pun selagi sikap pemandu tak berubah..letak lah sejuta anggota polis sekalipun, tak kan ada perubahan selagi sikap pemandu tetap di takuk lama. Melanggar lamp isyarat, potong di garisan berkembar (double line), memandu melebihi had laju, potong barisan dan banyak lagi kesalahan lain..cam takde akal je kdg aku rasa manusia yang mcm ni..kat highway macam berlumba. Hujan lebat pun bawa kereta laju-laju..then suka pulak cucuk-cucuk orang depan, follow rapat-rapat (org mcm ni gile ke??)...macam-macam le kalau aku nak bebel pasal benda ni..
Perjalanan balik dr kg..hem..biasa je..Yang luar biasanya kereta aku penuh dengan kuih dan kerepek..and mak pun bekalkan macam-macam..nasi dan lauk, nasi impit, sambal goreng jawa, ayam kampung masak kari..baunya semerbak dalam kereta..tak sabo aku nak makan oi..
Aku tumpangkan adik aku dan kawannya hingga ke bus stand Muar coz derang nak balik UITM segamat.dr situ derang naik bas terus ke Segamat (ni kes tak dpt tiket)..then aku terus lagi..wah..bestnya, banyak orang jual Kupang kat tepi-tepi sebelum Pekan Rawang (Muar)....aku tak dapat nak snap gambar coz memori kad kamera dlm laptop rupanya..bengang je..tapi banyak gerai buah dan orang jual Kupang...aku pernah beli dulu..sedap, kupang baru kan..rebus dgn bawang, halia dan cili kering.meletops gitu..
Kereta tak banyak..baguslah...aybe sebab ni dah raya ke -6, ramai oarang dah balik awal and dah start keje..aku e kot yg cuti lama..hahaha..tapi sampai je Melaka...hujan lebat.Eh??..banyak nya tow truck berarak..eishhh..suspen ni....alahai..ni aku takut ni. Aku takut sikit memandu time hujan, so aku bawak slow je..bukan nak kejar apa kan..rumah aku tak larik punya...dah dkt Negeri 9 hujan dah renyai-renyai..aku bawak steady je..then sampai je area Pedas Linggi, ada kemalangan pada lorong bertentangan di highway Utara Selatan (PLUS) iaitu menghala ke selatan..jem le jawabnya dkt 5 km aku rasa..wow..beberapa kereta exsiden..ada yg remuk depan etc.Ramai polis , Plus ronda dan tow trak.aku rasa depa ni berlanggar masa huja tadi kot..tu lah dia pe'el sesetengah orang ni kan..Suka bawak laju dan follow dekat-dekat..tah hapa2 kan..Yang aku kagum lorong hala ke KL tak jem...bagus ah..selalunya kalau ada kealangan lorong bertentangan pun akan jem gak kan..Rakyat Malaysia kan perihatin gitu..nak tgk..bukan tolong pon...tapi kali ini tak jem..yahuu..aku bleh drive laju lah...tapi aku bawak tak lebih 110km/jam lah..aku ikut peraturan..ak tak suka drive dalam peasure..konsep aku " lambat sket tak pe..janji selamat sampai..toksah tension2 nak bawak laju..memandu dgn gumbira"..gituh..
Sampai je rumah terus makan nasi impit dengan kari ayam kampung...alahai..sedapnya mak aku masak..masih terasa-rasa kat tekak nih...
Monday, October 22, 2007
Perjalananku di hari raya
Posted by CATZ at 7:22 PM
Labels: Cerita-ceriti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment