Tuesday, October 23, 2007

Lontong goreng


Lepas raya biasanya banyak bahan-bahan makanan dan masakan yg lebih dalam peti ais..paling biasa, nasi impit lah kan...so aku tak nak benda ni bazir buang coz rendang pun dah habis, so aku masak lontong goreng.
resepinya:


Bahan-bahan:

Nasi impit - potong dadu
bawang merah- 3 ulas
bawnag putih - 3 ulas
ikan bilis segenggam
udang kering - segenggam (rendam)
kacang tanah (lebihan buat kuah kacang)
cili kering (blended) - 2 sudu
minyak
fish cake - 2 keping (hiris nipis)
tauge - 20 sen
daun sup - 2 tangkai
bawang goreng
garam
air


Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan blis dan udang kering.
Tumis bahan tumbuk dgn cili kering, hingga agak garing.
Masukkan kacang tanah tumbuk dan fish cake, bubuh sedikit air dan garam.
Masukkan nasi impit,gaul rata. Masukkan tauge, kacang tanah goreng. Gaul rata.
Bubuh bawang goreng dan daun sup. Hidang.

Senang je kan..so takldelah terbuang saja. Boleh dijadikan hidangan sarapan pagi yang lazat.

No comments: