Tuesday, October 23, 2007

Nasi minyak



Ni nasi minyak masak hari Ahad. Banyak bahan-bahan lebihan dari masak-masak hari raya.So maska nasi minyak, acar lobak, dalca sayur dan ayam masak merah. Acar buah ayong bagi sebelum puasa tu..


Nasi minyak

Bahan-bahan:

Beras basmathi- 2 tin
susu cair - 1 cawan
kismis - 2 genggam
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih - 2 ulas (hiris halus)
halia- 1 inci (hiris halus)
kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
marjerin (untuk menumis)
air
karot -hiris dadu

Cara-cara:

Panaskan marjerin dlm periuk, tumiskan bawang besar dan putih, halia hingga naik bau.
Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan beras dan kacau sebati sebentar. Masukkan air 3 tin dan garam.
Bila dah mendidih, masukkan susu cair. Tutup semula. Bila dah nak kering masukkan kismis dan karot. Biar nasi kering. Siap..

No comments: