Friday, October 19, 2007

Operasi memasak di Malam Raya














My 1st task was cooking the Rendang Raya. This is my mother's recepi.
And i called my mom yesterday to ask about the indigridients..aku dah
banyak kali dah masak rendang ni..saja je lah..kan..nak make sure tuh..Oleh sebab siang tuh aku dah prepare bahan-bahan, bawang2nya..halia, serai, jintan,ketumbar, daun kunyit, daun limau, cili kering..sumer dah blend dahhh..so aku tinggal bukak je fridge, kuarkan bahan dan panaskan minyak dlm kuali dan tumis lah bahan2 tersebut..tumis garing dan masukkan daging, kacau dan goreng lama sket baru masukkan santan. Mulanya aku bubuh santan cair dgn kuantiti yg anyak utk mengempukkan daging lah..biar mendidih dan sesekali tu kacau le..karang hangus pulak bawah tu..

Then bila daging dah agak empuk, boleh le bubuh santan pekat pula..bubuh garam, gula,air asam jawa...masak lagi then baru bubuh kerisik, kacau hingga kuah pekat betul-betul,masukkan daun kunyit yang dihiris, daun limau,kacau rata..ehm..time ni aku ambik pinggan kecik, amik sket kuah dan daging tu..nak rasa asam garamnya, cukup ke idak..mableshh ke tak..hehhe..sedapss.Then masukkan kerisik utk pekatkan dan lemakkan rendang ni. Kerisik ni aku buat sendiri yer.bukan beli..senang aje buatnya, goreng kelapa tanpa minyak hingga coklat sket warnanya.Then tumbuk lumat hingga kelapa jadik warna gelap dan keluar minyak (memerlukan kesabaran semasa sesi menumbuk tu yer)..

Bila kuah rendang dah agak kering, masukkan kelapa yang telah digoreng tanpa minyak dan dibubuh sedikit kunyit (supaya warna agak kuning). Kacau rata dan api tu kecil je supaya rendang ni perlahan-lahan garing sedikit..sudah siapp..

Masak rendang ni tak le susah, Cuma masak rendang ni amik masa yang lama. Sambil-sambil masak dan prepare sayur utk masak lodeh aku tgk cerita kat TV..citer TV3 , Rosyam Noor, Umi Aida, Fauziah Nawi, Faizal Hussin yg berlakon…best jugek..cerita sedih gituh..sambil2 gituh siap gak bahan sayur, esok pagi tinggai masak jek…

Huarghh…pukul 12 malam baru siap rendang aku..hah?..gas habis..?..ayohh…hhehe..sib baik ada tong gas spare yg berisi..so tukar tong gas and continue buat kuah kacang..

Oh ya..lepas maghrib before kuar tu aku dah start masak nasik impit segera dlm rice cooker..so dlm kul 10 mlm masa nak start buat rendang tu nasi impit dah masak elok dah..aku tos dan biar sejuk. Kalau kat kg aku bestnya masak ketupat..aku pakar anyam ketupat. Ketupat bawang, ketupat sate, ketupat pasar, ketupat etc.Tapi tahun ni aku tak anyam ketupat..sedihnya..sobss..sobs…takut lupa jek..nanti lah aku carik reben praktis..kalau lupa skill anyam ketupat ni rugi woo..aku start pandai buat ketupat time darjah 2..hehe.terer tak?.ngeheeee..

Dalam pukul 1 pagi, nasi impit, rendang dan kuah kacang dah siap. Tgk rancangan Tv semua rancangan nyanyi2..erk..tak minat aku.. tido dulu, plan nak bangun pukul 4 pagi..nak buat lodeh dan ayam masak kurma, bawang halia semua dah ku blend siap2. Ayam pun dah siap siang dan basuh. Hahhaha..aku terbangun pukul 6.00 pg..kuikuikui..

Gitu gini, 6.30pg baru aku start masak..tapi takde lah apa sgt.just buat lodeh dan masak kurma ayam..mableshhh lah coz pakai santan betul,selama ni aku masak guna santan segera je..azab jugek lah nak memerah kelapa yg dah beku. Aku tuang air panas kat kelapa tuh, buh dlm blender, blend..and lepas tuh perah. Adoi..adoi..panas woo.buh air sejuk sket.uih..sodapnya lodeh dan gulai kurma aku tuuu…mableshlah gitu…takde org nak puji, so aku pujilah diri aku sendiri.

No comments: