Tuesday, June 16, 2009

Tarbush Restaurant

Masa kat Penang, sempat makan malam kat restoran ni..
Actually ada cawangannya di Bukit Bintang,Starhill, sunway Pyramid.
tapi yg ni..Penang mariii...


Restoran ni terletak berdekatan dengan Holiday Inn, Batu Feringgi. Jalan kaki je aku...saja lah nak ubah selera.
Dari balkoni bilik aku nampak dah restoran ni mcm memanggil2 gitu...

Restoran ni restoran arab, so hiasan dalaman konsep timur tengah..cantik...aku suka..

suasana yang tenang, cozy, menarik kan...

manu kat sini pelbagai, tapi maknan arab lah..terdapat pelbagai jenis appetizer, salads, pelbagai nasi yg dihidang dgn lamb, chicken, ada juga seafood, pelbagai desserts dll.

cantik lampu ni..

Masa catz dtg, belum ramai pelanggan, tak lama lepas tuh ramai, family2 arab yg dtg melancong ke Penang ni...
ok...makan apa??
drinks..honey dew, RM 9.00 kalau tak silap aku

Falafel

ni dipping utk falafel rasanya..

roti apa tah..lupa

sayur fresh dan sayur jeruk

eggplant fettush salad

beriani rice with lamb

beriani ni sedap...lamb pun lembut je..nyumm!!

overall food sedap walau ada yg mcm tak kena je dgn lidah ku ini..hehhe..maklumlah.. aku kan jawa..hehhehe..ambiance best, kuantiti banyak, tapi harga agak mahal..

jom makan!

Monday, June 15, 2009

Batu Feringgi

Stay di Holiday Inn, Batu Feringgi. Sebelum ni biasa aku stay kat area Penang Road atau area Bayan Baru atau area Bukit Jambul.
Tapi kali ni nak stay kat Batu Feringgi.


my room, Holiday Inn, Batu Feringgi..ada balconi menghadap laut. Nice!
hem..dlm tempuh 2 minggu, 2 kali stay kat Holiday Inn. In my opinion, HI bangkok farrrr better than this one.hurm..reason..banyak reasonnya. Tak yah lah cerita. malas.

day time

night time..same spot

kenderaan awam di area Feringgi ni sgt lah senang. Bas , teksi banyak. Kalau bas rapid Penang, naik bas no 101, samada dari komtar ke Feringgi, atau sebaliknya. Bas lain pun ada. Nak jalan dekat2..beca pun ada.

Kat Feringgi ni famous dengan pantai yang cantik dan pelbagai aktivit laut/pantai. Boleh le kalau nak join parasiling, nak naik jet ski ke..ATV pun ada...macam2 aktiviti. Aku takde ke mana pun.malas.

minum air kelapa masa jalan-jalan dekat-dekat hotel..

ni area kat jalan dekat2 hotel. Kawasan ni sgt terkenal,lokasi strategik pelancong. Pasar malam, tempat makan banyak kat sini. Banyak juga kedai makanan Arab. eh..pelancong arab suka kot ke penang ni kan..duk terserempak dgn depa je kat hotel. so mkn tak susahlah..walking distance je ada kedai Arab, seafood, warung tepi jalan pun ada..

catz rasa ni kali ke 3 pi sini kot...tapi napa ek..now ni aku rasa pasar malam ni cuma jual barang2 imitation je..ada lah beberapa kedai jual paiting, cenderahati, tapi yg lain semua jual fake prada, gucci, LV bagai..mcm dah tak best berbanding dulu...

gerai lukisan

ha..coach tuh....PRADA, LV, main gantung2 gitu je cik kiah..
aku dah rasa mcm jln kat pasar malam kat bangkok pulak..hiks...betul ko..yg jual pun mcm kat pratunam market kat bangkok tuh..hiks...

i likeeee this..

gerai cenderahati..

meriah area ni bila malam...lokasi strategik gak sebab duk area sini..nak pi convinient store , makan, jalan kaki je..
aku beli apa?..FRIDGE magnet 3 bijik je..
hihiiihihi..

Nasi Kandar Line Clear

Dari Bukit Bendera, naik cab ke Penang Road.. ke mana?? Nasi kandarr..jomm...
(driver taxi bagi discount RM5.00 dr harga sepatutnya..he he he..dia sgt ramah, berpesan supaya berhati2 dari pick pocket dan bersembang isu semasa di Pulau pinang..layankan aje la..)

Kalau ke Pulau Pinang, tak lengkap lah kalau tak makan nasi kandar...kan?? kan..?
Ada beberapa Kedai nasi kandar yang famous. Ada orang suka Kayu nasi kandar, ada suka line clear, ada orang suka Kassim nasik kandar, ada mcm2 lagi la nama kedai nasi kandar. kalau kat tengah-tengah penang ni..kedai nasik kandar merata. Yang makan pula, ikut citarasa masing-masing.
Honestly, aku pun bukan le tau sgt nak enjoy nasi kandar ni. Tak tau le sedap nasi kandar tuh camana, sebab kalau dah dicampur2 berjenis kari tuh, aku pun tak tau sebenornya kuah nasi kandar ruh sepatutnya camana. tapi aku tgk, org lainyang makan sgt beriya makan. Licin..puhh.
Ok..aku pi Line Clear kat Penang Road ni..
Dah banyak kali catz makan kat sini...tak tau le napa aku nak makan sini..sebeb dia glemer ke sebab dia sedap? serious...aku tak tau la..sedap nasi kandar tuh camana..

LINE CLEAR Nasi kandar

Nasi kandar...eh..kenapa takde kuah..tuh bukan nasik kandar le tu kan??

Ni hah..kuahnya..campuran kari-kari tu..aku tak lalu makan nasik tuh kalau kuah tu disiram selambak kat nasi..so bila ke kedai nasi kandar, sebelum tuan kedai tuh swinggg - swingg senduk2 kuah tuh kepinggan aku, aku akan ckp.."KUAH ASING!!"
pernah lah depa dah tersiram kuah, so aku orderlah satu lagi nasik kosong. Lepas tuh bila makan, aku buh kuah sikit2 atas nasi..sebab tu lah kot aku tak tau rasa sebenar dan camna cara nak enjoy nasi kandar ni..

nasi kandar kuah asing

sepatutnya bersiram kuah camni kan...

siram kuah sikit-sikit..

popodum ni aku suka..sedap..aku siap tapau RM2.00, makan kat bilik...snack gitu..sambil tgn TV.Best!

Nak tau alamat..haa...tgkle kat resit ni. No telepon pun ada.

Ha-ha. tau dok 1st time aku pi sini dulu. aku dukle carik mana le restoran yg famous amos ni..rupanya ia adalah gerai yg terletak di celah-celah deretan kedai. Ingatkan restoran lawa gitu.
Tapi walau terletak dicelah kedai, ia sgt popular...antara nasi kadar yg sedap le katanya.
Aku makan je..tah..tiap kali ke Penang mmg aku akan singgah ke mari. Selain food yg sedap dan pelbagai, servicenya pun bagus...cepat gitu. Kuantiti..banyak, Harga?..bagi catz, reasonable .
OK...jom makan!

Short trip to Penang


Ke Penang last week. weekend lepas yg aku duk beramazing race tu lah. Tapi macam-macam benda dan event jadi this week sampai le wekeend semalam..masa tak mengizinkan nak update blog.
So catz buat beberapa je entry ringkas trip penang ni.
Catz dah banyak kali ke Penang, kira Penang ni takdelah asing sgt bagi catz. Tahun- tahun yang lalu kdg setahun ada beberapa kali ke Penang, selalunya sebab kerja. kalau rajin selak entry dulu-dulu, ada gak entry Penang. So yg ni buat ringkas je sebab blog ni mcm travelling jurnal, so buat juga few entry sbg catatan.



Landing kat Penang International Airport pukul 9 pagi. Nak check in hotel pun awal sangat. So, amik cab ke Bukit Bendera. Oh..actually tak amik cab airport, sebab masa kat arrival tuh diapproach oleh seorg lelaki..(ni ulat ke istilahnya??).. dia ckp..dia charge RM30.00, teksi airport RM38.00. heh..jimat 8 hengget. kereta dia pun selesa. Selamat le sampai ke Bukit Bendera.

Harga tiket keretapi Bukit Bendera

Jadual perjalanan keretapi

Ni bukan 1st time tau aku naik Bukit Bendera. Last year aku naik dah, atas urusan kerja. Masa tu pergi naik keretapi, balik/ turun naik pajero. serams gila siot... aku duk pejam-pejam mata time tuh. Kalau tak kerana kerja, memang tak koser lah aku..hehhehe..

ok..tiket dah beli, nak naik train lama lagi. So sarapan dulu kat cafe stesen keretapi ni..mkn nasi goreng dan laksa (ceh..diet sgt le konon, padahal kat airport KL tadi aku dah telan sepinggan bihun). Aku kalau berjalan je tetiba perut berubah jadi perut dinosor.

duk tunggu keretapi..

tu dia...keretapi dah mari..

ok..jom naik..

padat dan sendat dalam train. ehm..how ek nak enjoy the scenery on the way naik tuh.. pack semacam je train nya.Lagipun now cuti sekolah. So pengunjung sangat lah ramai.

train bergerak..

keindahan pemandangan kiri dan kanan..enjoy..
Hutan malar hijau menutupi sebahagian besar Bukit bendera. Pada paras yang lebih tinggi pokok paku pakis, pohon konifer banyak ditemui. Bukit ini kaya dengan pelbagai hidupan liar dan pelbagai tumbuhan yang unik juga. Mamalia kecil, seperti tupai, monyet juga banyak di sini. Pelbagai jenis burung juga boleh ditemui.

Terdapat pelbagai lokasi menarik atas Bukit Bendera ni.
Ada masjid, taman burung, etc. kalau nak menginap, ada hotel. Ada juga warung teh. Kalau rajin nak menyusuri denai utk menikmati keindahan alam pun boleh. kalau waktu senja, dari atas bukit ni akan nampak penorama indah jambatan Pulau Pinang dan pandangan sekitaran yang menarik.

nice view..

pemandangan Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera

Terdapat gerai-gerai cenderehati, makanan dan minuman.

nak?

Pulau Pinang famous with buah pala..so haruslah ada dijual di mana-mana


Rasa best gak..kali kedua ke sini. So kalau ke Penang, jangan lupa, naik ke Bukit Bendera.

ha..letih dah...jom le..turun bawah..makan nasik kandar pulok....jom!

Friday, June 12, 2009

di kesempatan yg singkat..

catz di titik paling hujung selatan benua asia..peace yo!!

ke pontian, tanjung piai, kukup
masak2 with mommy..
masak rojak emak - hhehehhe..tetiba aku dah tau camno buat kuah rojak yg sedap cam rojak zaman dulu
3 kali 'mengeteh' with parents - ni org jawa je yg paham kot
mkn ABC with mommy + tgk monyet
tolong mak buat kuih bahulu gulung (ha-ha...aku cuma tolong pegi beli telur dan sapu jem je..kekeke.)
trip mee bandung Muar
McD with adik-adik



things to update, tapi masa tak mengizinkan + takde mood la.

1. penang trip last weekend - nasik kandar line clear, bukit bendera, etc
2. event kenduri, balik kampung, nasi ambeng original , very the meletopss


3. trip ke Tanjung Piai, bhgn paling selatan benua asia

bersambung...


harap2 mood nak berblogging datang semula..or should i stop blogging?
kenapa tetiba aku rasa camni?
rasanya?

eh..bersambung?

Wednesday, June 10, 2009

Tiba masanya..

pagi yang hening..
aku memandu ke tempat kerja..
duduk mendengar lagu dari corong radio dalam jem...
sesekali aku senyum sendiri mendengar celoteh DJ,
tiba-tiba...

kringggg..kring...henpon ku bernyanyi...
eh..siapa call pagi2 ni??
oh..
khabar sedih..
makcik siti meninggal dunia pukul 7 pagi tadi...oh...Innalilah....
aku masih terperangkap dalam jem...nak patah balik sgt amik masa..
aku call pak usu..katanya tgh tunggu pelbagai urusan..
so..lepas masuk opis sat, aku zooommmmm ke hospital XXXXX.

sampai hospital, call pak usu, dia ckp, pi rumah mayat terus.so aku menuju ke rumah mayat dgn tunjuk arah seorang mak guard yg sgt baik hati.
sampai di situ, saudara mara yg tinggal berhampiran, pak usu, mak usu dan jiran2 makcik siti dah ramai di sana.keluarga makcik siti kelihatan sedih.
aku bersalam dgn mereka.
oh..tengah tunggu giliran utk dimandikan, dikapankan.
muka nenek tenang, riak muka macam biasa tapi aku tau dia sedih.
ye lah..belum sampai 3 bulan yg lalu, kami kehilangan seorang pakcik iaitu anak lelaki nenek.
Kami duduk di luar rumah mayat, menunggu.
bila sampai masa, kakitangan yg menguruskan jenazah mahu mengemaskan kain kapan, dia memanggil ahli keluarga. aku sorong nenek yg duduk atas kerusi roda.aku ikut masuk sekali. sungguh tenang raut wajah arwah. nenek mencium makcik siti buat kali terakhir.
selepas itu baru aku nampak nenek menangis. aku yg tadi ok je, tetiba jadi sgt sebak. aku pun nangis sikit. Melihat anak perempuan bongsu makcik siti menangis di suatu sudut, aku jadi sebakkk sangat. tak semena2 aku pun menitiskan air mata. ye lah..dia kecil lagi. Tingkatan satu.
Kami menyaksikan kakitangan hospital mengemaskan lipatan kain kapan.
Setelah itu jenazah disembahyangkan, ramai yg turut serta. Jiran2 dan saudara mara yg ada di situ.
setelah selesai urusan, van jenazah tiba. Kami bertolak ke Johor. Suami dan 2 anak makcik siti, turut serta dalam van jenazah.Pak usu dgn keluarga dia satu kereta. Nenek pula naik dgn aku beserta sepupu dan sorang saudara. at least aku ada kawan nak drive.
aku tau nenek tak makan apa2 dari pagi.
aku berhenti di bandar baru bangi, belikan nenek nasi..dia nak makan dalam kereta katanya.
aku beli nasi, roti, air utk org lain juga. aku tau mereka tak lalu makan, tapi perut kenalah alas sikit, jauh juga perjalanan.
Nenek tennag di tempat duduk belakang dgn sepupu. Aku pujuk nenek makan. dia ckp tak lalu. kalau dia nak dia makan. oklah.at least dia minum.
Laju juga aku drive...aku bukan org yg suka drive laju2..tapi kali ini..aku rasa oke je..bawa 120-130km/jam. aku rasa 120 km/jam adalah sgt laju. sebab nak kejar van jenazah yg dah jalan lebih dulu dari aku tadi.
on the way, mak aku duk call tanya dah sampai mana.3 kali mak call.
Alhamdulilah..2 jam lebih..selamat sampai Johor. aku sampai 10 minit selepas van jenazah sampai.
Saudara mara sudah ramai di rumah nenek, dengan segala persiapan.
Jenazah di letak di ruang tamu, tetamu yg hadir baca Yasin.
Aku balik rumah mak kejap , tukar baju kurung. sebab tadi aku pakai seluar dan t-shirt je kan.
(aku rasa org pandang aku semacam)...
aku bawak adik2 kerumah nenek.
pukul 3.30ptg..jenazah selamat dikebumikan.
malam ni ada tahlil, disertai oleh adik beradik dansaudara mara.
sepatutnya mmg makcik siti pindah Johor, balik kampung sebab rumah dia dah siap, dekat dgn rumah nenek. dia ckp nak balik terus johor,tak larat dah nak duduk Kajang. Nak rehat balik kampung, Barang2 dia pun dah pack dan lori pun dan tempah. Patutnya, hari sabtu hari tu dia pindah Johor. Tapi..manusia hanya merancang, Tuhan yg menentukan. Memang makcik siti terus balik Johor dah sekarang ni. tiba masanya, kita semua pasti di jemput....
Al -Fatihah...

Tadi, aku lalu rumah makcik Siti yg dah siap tu...rasa sedih tiba-tiba..
....

sekian.


Monday, June 8, 2009

tag ..??

aku kena tag.
sejujurnya lah kan...
aku berterus terang.
sebelum ni aku banyak kena
tag..TAPI aku malas /takde masa/ tangguh2 nak buat/janji nak buat..tapi last2 tak buat.hehhe..maafkan aku.
tapi ni kucing oren punya entah kenapa aku nak layan. sebab
dia jiran aku kot.


tagnya cam ni..

Nyatakan 5 fakta tentang pemberi award :
eh...dah le ko tag aku, satu keje pulak aku nak study pasal kucing little Libya ni...

aku buh je lah ye...sukatik aku. kekekkeke..kucing...ko redho je ye..jgn marah.

kucing oren:

1. kucing oren ni jiran aku..tapi aku tak taulah..dekat ke jauh.
2. aku kompius dia ni kucing jantan ke betina..tapi aku rasa dia perempuan.

3.suka makan..macam aku.aku rasa dia pebret makan, makanan arab lah.
4. dia ni kelako..sebab tu aku suka baca blog dia.

5.apa ek....oh..aku dgn dia samalah...org JOhor dan menetap di Little Libya. (psssstt: kucing..ko kalau nak makan kat kedai arab depan tuh..ingat aku ye....ajak aku sekali...). Lagi afdal kalau ko belanja.kihkihkih.

Setiap peserta mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award /tag seterusnya :

(alaaaa...ni yg aku malas buat tag ni..aku tak cukup fakta tauuuu...iskk....)..
oklah..
aku buat jugak....disebabkan ko jiran aku kan kuceng...


1. aku suka makan : sebab tu tak kurus-kurus walaupun selalu berangan kurus langsing.

2.aku suka masak

3. aku suka pi pasar/hypermarket beli sayur/ikan/barang dapur dari shoping kasut/baju/beg. yg tu ada sedikit kemalasan. soping baju/kasut itu bosan. bila masuk pasar/ beli brg dapur mcm hilang stress gitu. Tgk ikan keli /patin baring atas tray ikan kat pasar pun mcm best.

best...best...jom shoping cik kiah..

4.aku ni nama je kucing, tapi aku takde kucing...kalau bela sure meninggal la sebab aku duk pindah randah ni...sapa nak kasik makan kucing aku nanti. Tapi aku suka belikan twisties eh..friskies la dgn susu..kat kucing yg merayap/buat lawatan/melepak kat opis ni.

5.aku ni makanan febret banyak dan bermusim. Tolak batu dgn kayu je. Bermusim maksudnya..kalau aku suka mkn satu benda tu , aku boleh mkn 2 minggu hari-hari berturut. contoh no 1, kalau aku tgh kemaruk mkn tempe, hari2 aku masak tempe. Contoh no 2,..lately aku suka makanan Arab, so dlm seminggu ni dah dua kali makan kat kedai Arab. so..sapa yg ingat aku tgh diet sebab dah insaf tu tertipu le sebenarnya. ke ke ke...

pssttt kucing oren, aku pun ada gambor tempe gak..banyak pulak tu..ni tempe batu pahat asli lagi tau...ko ado?..kekekke...

6. aku berangan nak keje sbg chef. diulang. Berangan je.

haa...kan aku dah ckp..tak cukup 10 fakta..nantilah sambung.aku nak sambung basuh kain sat.habis basuh kain kat sungai karang, aku buat entry makanan semula..hihihiiii...


Sunday, June 7, 2009

sibuk basuh kain


aku penat..
tgh sibuk basuh kain baju...cecececcececehhh... mak sebok memberus kain ala-ala cuci kain kat tepi sungai.
unpacking gitu...
amazing race sabtu ahad.
oh..
lagi isu henpon.
aku NYARIS hilang henpon. Ada org baik hati pulangkan handphone aku yg tercicir kat tangga bas.
puhhh...(dlm hati: kalau aku hilang henpon, aku x nak beli henpon lagi dah. Nak guna public phone je.huh.)
uh. SUDAH TIBA masanya aku memikirkan secara serious utk memiliki henpon saiz botol air. TAPI yang murah la.

TAKDE cerita pasal MAKAN/ MAKANAN kali ni.
(percaya tak??).
sila percaya.
.
.
.
.
.
tak caya sudah.

Friday, June 5, 2009

Pin-pin!!!!

kick!..kick!!
yeah...aku pi jugok kick boxing semalam...
hehhe..improved!!..heeeee...

so..malam tadi aku terbungkang kepenatan...
nak packing..tapi malas..duk tangguh..tangguh...DAN aku TERTIDUR !!...
terjaga 4.15 pagi..
ohhhhhhhhhhhhhh!
zassssssssssss!..zassssssss!!
awwww...lompat terus bangun...
i got to pack my things...!!..aaaa...tak cukup masa nihhh...
haih..mcm bersilat aku berkemas..
hoh..dgn charger kamera tah kat mana, dgn pikir baju mana nak pakai..nak bawak..apa nak bawak coz nak bawak back pack sajok..hoh..laptop aku pun bateri flat..haih...
szasss..campak baju dalam bag..charge lappy..gosok baju...kutip benda penting..mandi..bersiap..
buh telekong dalam bag..
and....

4.45 pagi

pin-pin!!!!!!!pin-pin!!! (haih..cepat pulak taxi datang ni....sat...sat..!!), patut dia dtg pukul 5..or aku harap dia lambat sket dtg pukul 5.15 ke...
taxi kena tunggu aku 15 minit bersiap...
then sambung ke dapur..simpan lauk..simpan nasik malam tadik..
ANDDD..
zzrommmmmmmmm to airport.. (aku sambung tidor dalam taxi sambil peluk bag..)
tak sempat aku nak berbedak berlipstik bagai okeh...(lagipun nak solat subuh kat airport..so jimat sket lipstik aku yg mmg dah tinggal tak sampai 0.001 cm panjangnya tuh.....)..

ZZZZZzzz..sambil bersungguh-sungguh peluk bag...hahahaha...

now..live blogging from..
...
...
......
......
......
......

Thursday, June 4, 2009

insaf..??

semalam..setengah hari berada di Hospital. Makcik SITI masuk ICU, tetiba collapse. Berkesempatan masuk tgk makcik yg terlantar di atas katil wad ICU. Doc kata, jantung ok, paru2 ok, buah pinggang ok, cuma GULA terlalu tinggi dalam darah. Makcik tak tau yg dia ada kencing manis.
Abah, nenek dan sedara mara dtg dari Johor..kami berkampung di rumah pak usu di Kajang Utama selepas balik dr hospital.

Aku insaf..
muka nenek mendung..yelah..3 bulan lepas, kami baru kehilangan pakcik K yg tiba-tiba collapse sebab masalah jantung.
oh..
berbual-bual dgn pak usu aku semalam di koridor depan wad..

pak usu: kita kena jaga kesihatan ...
aku: ye..kan...kena check selalu
pak usu: haaa..ye..kolestrol level tuh..kena tgk..eh ko ni (sambil jeling badan aku) mesti kolesterol tinggi ni..
aku: oi..ko nak ckp aku gemuk la ye sebenornya kan??
pak usu: ke ke ke ke..(mengilai2 ketawa)
sabo je kan..

ok..ok..aku dah insaf dah..ye ..ye...
tapi ptg semalam, aku bawa abah makan sate Kajang, di BANDAR KAJANG..
hiihihihi..
aku pulak yang makan lebih-labih..
eh..tadi bukan aku dah insaf ke?
Dan ku kirim sedikit buah tangan utk mommy..
Abah bertolak balik lepas isyak..
Alhamdulilah selamat sampai.

sate kajang, di KAJANG

ok..mulai hari ini, eh saat ini...kena jaga2 dgn apa yg masuk dlm mulut...
aku dah insaf ni.

Gulai nangka terubuk masin

Gulai nangka terubuk masin


Ni masak bersantan lagi..nak habiskan separuh lagi baki santan kotak yg diguna utk masak green curry. sebab tu masak lemak. Terubuk masin pula, beli kat Miri hari tu..tak habis lagi.
Nangka ni tah camana 'terbeli' hari tu..catz suka beli sayur/ikan....rasa best sgt..sebab tu terbeli nangka muda.

Bahan-bahan:

Bawang putih - 3 ulas
bawang merah - 3 ulas
cili api - 7-8 biji
cili hijau besar - 2 biji
ikan terubuk masin - 5 hiris
nangka muda - rebus hingga empuk, basuh dan toskan.
santan
serbuk kunyit
halia



Cara-cara:

tumbuk bawang putih, halia, cili api, cili besar, bawang merah.. buk-buk-buk ..if malas tumbuk blend je..sukatik.
tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan santan.
Kacau hingga mendidih, masukkan nangka.
kacau sebati. biar mendidih dgn apoi kecil..
masukkan ikan masin..
biar mendidih sebati..angkat.