Monday, January 28, 2008

Sup ketam


Hari Sabtu ..hemm..bohsan sungguh..internet problem menda tah..stremyx slow sgt dan banyak laman web tak boleh buka..termasuklah blog...e-mail pun takleh bukak...tensionnnn jek...nak hapdet blog pun takleh..tapi mmg last week internet connection slow and problem je manjang..yahoo mesenger pun takleh guna...hemmmmmm..
Sabtu aku masak sup ketam..sup simple je..just tubuk bawang, halia, tumis2..buh kayu manis dan rempah sup sket..buh air...masuk ketam..lada hitam ,buh daun sup...and bawang goreng.

Friday, January 25, 2008

Kempis...

Pecal or to be exact it should be pronounced as pecel (sebutan dlm bahasa java Ok)

Today lunch time..i had tight schedule hahhaa...
I went to Se** H*ng...kedai letrik tu le...yg hok kaler hijau merah nuu...hem..nak cari TV dan peti ais..saja ku cari kedai yg berhampiran dgn rumah baru utk memudahkan kalau berlaku apa-apa nanti. Ho..ku survey-survey, rege di kedai ini mahal lah jugek.and sale asst nya cam tak berapa nak layan aku.(ni bukan 1st time)..ok..tak pe...masa tu aku duk survey TV. Macam layan tak layan je..mentang-mentang le aku pakai selebet je..so i walked away,and selang dua kedai ada satu lagi kedai letrik...Jual benda yang sama lah..haaaaa...kat sini sales person nya sungguh berhemah dan harga barang kat situ jauhhh lebih murah dari kat kedai Se** H*eng tu. So aku dah berkenan dgn satu TV...52 inci..hok LCD yg bleh melekap kat dinding tuh...mak aihhh..sgt berkenan..nak fengsan le tgk regenya... ekkekekke..tak yah le..so aku beli le TV yang berada di tahap kemampuan ku..sales person tu tanya.. " berapa budget u?" aku jawab " RM400.00" ...hahahha..dah semekin dah lately ni..kempisss...so dia tunjuk le a few brand yg OK..within my budget..hem...ok le..idok le kecik sgt..21 inci.Tapi lawo le jugek..ala..aku bukannya duk nak tgk TV 24 jam..tah-tah sesekali je aku duk sini..sekadar bersinggah-singgah..janji keluar gambor sudah (ni kata-kata org yg poketnya sudah teramat berlubang..ekekke)..

pastu aku nak pilih petisejuk pulak..hem..sudah berkenan dgn peti sejuk 1 pintu pensonic..kalau org lain maybe tak hendak kot brand pensonic ni..nak tau napa aku berkenan?..Sebab lawa...kekekkeke..bukan le sebab fungsinya ke menda..ekkeke..pesen baru...hehe..tapi sales person itu sudah promote2 aku hok dua pintu, lagi jimat karen katanya..yg hok satu pintu ada frost, so lagi kuat karen...ye le tu...aku udah kompius..hok 1 pintu ke 2 pintu? last2 aku kuar dari kedai..and pi kedai Se** H*ng semula..sales asst yg tadi layan haku...hem..aku duk beriya2 ke bahagian peti sejuk..then dia duk kempen2 aku macam2...(sebenarnya aku dtg situ nak compare2 rege je).ada satu peti sejuk tu aku dah berkenan..and rege nya ok le kot..aku ada kad ahli Se** He*g so dapat le kurang RM180.00...and aku pulak konon2 beriya nak beli..and dia cam paksa2 aku pulak..hehe..aku pulak siap tanya..bila bleh hantar..ehhehe...then aku ckp.." bleh amik gambar tak peti sejuk ni?.." dia tanya.."kenapa?" aku jwb " nak bagi husband i tgk..i nak MMS dia..tgk dia berkenan tak?.."..ahhahahahha.....ekekkeke.." dia ckp.."boleh...boleh.." aku pun snap2 la..and konon2 pi ke sudut..buat kol..konon2 kol laki..kekekkeke...padahal berlakon je..and bila dia nampak aku tgh duk berkol2..dia pun duk jauh sket..dan sesambil le bertelepon yg konon2 itu...aku kuar dari kedai..ekekkekekke..

Then aku masuk balik ke kedai satu lagi..ku compare model yg ku nak itu.wow..jauhhhhhh bezaaaa....and nak dpt less tak yah pun kena jadik ahli bagai...dah hasil aku mebodek dan menawar lagik..dapat less lagik..and TV tu pun dpt less lagik...ekkee..so akhirnya ku beli TV dan peti sejuk dikedai itu....hehhehhehe...hari ahad ni depa anto..
Kesimpulan aku..kedai Se*g He*g tuh mahal...dan depa duk suruh kita jadik ahli tu pun cam nipuu jek..konon2 jadi ahli dpt less...hem..xmo dah pi kedai tuh lagik...babai le...

Then haku pi beli nasik..beli pecal makan kat rumah..atas lantai..pastu tidur cam ular sawa tertelan ayam...fuhh.....pastu pi opis semula..

and petag tadik balik ke rumah..ku singgah tesco...beli barang2 asas utk rumah baru. etc..erk...sopping lagik...fitam..

Nasi goreng 10 minit



Ini nasi goreng versi campak-campak malam tadi..sangat mudah..boleh makan dalam masa lebih kurang dari 10 minit...(aku guna timer masa masak ni..hehhe)
10 minit adalah proses keseluruhan dari kupas bawang hinggalah nasi goreng itu masak...


Bahan-bahan:

Bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
cili api - 5 biji
ikan bilis- segenggam
Nasi - satu mangkuk
telur - 1 biji


Cara-cara:

Goreng telur (mata kerbau) , asingkan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan garam (agak-agak le)..
Kacau dan masukkan nasi. Gaul rata. krong-kreng..krong kreng..kacau-kacau..gaul-gaul..
Siappp...
Aku bagi nama ..NASI GORENG 10 MINIT
p/s: Saira..this nasi goreng is for you..hikss..try ek..




Thursday, January 24, 2008

"Terima kasih Nak....moga murah rezeki"


Peristiwa malam tadi:

Malam tadi aku makan kat luar...kan..kat entry aku sebelum ni...sdang duk tunggu order ku sampai..tengok le berita kat Tv yg terpasang tu..tiba-tiba..

"Nak..beli kerepek..."..datang seorang tua ke meja ku ..dengan menjinjit 2 plastik besar kerepek. Pelbagai jenis, ada kerepek ubi, kerepek pisang, tumpi, rempeyek , mini karipap etc..
Plastiknya sangat besar dan berat..di dalam platik besar itu terdapat kereke dan juga satu pek beg plstik sederhana (hok merah jambu tu) utk mengisi kerepek yang dibeli oleh pelanggan. Makcik tu telah meletakkan pelbagai kerepek di hadapanku..di longgok gitu..makcik itu kelihatan sangat letih mukanya. Dengan tangan terketar-ketar, dia mempromote kepada ku.."Nak..beli la..RM10.00 3 peket..boleh campur-campur"... Tuan punya kedai/restoren itu duk merenung kepada ku dr kaunter dan dia seolah2 tidak senang dgn gelagat makcik itu. Dia memandang ku seolah2 hairan dgn aku kerana duk layan makcik itu. Makcik itu duk terbongkok-bongkok di tepi meja sambil mengemas beg plastik besar berisi kerepek itu. sambil itu matanya memandangku..minta belas kasihan..dengan harapan aku membeli. Tuan kedai mcm nak bergerak ke arah mejaku...maybe nak suruh makcik itu beredar,jgn ganggu customer dia nak makan. Dan aku perasan juga org di meja berlainan duk pandang-pandang aku. Before that makcik tupi meja derang and derang tak layan and buat derk and suh makcik itu beredar.
Aku cepat-cepat tanya makcik tu..."makcik ni berapa?"..aku mengunjuk sepeket rempeyek kepadanya.." RM 4 nak..beli 3 peket RM10.00"..aku senyum kepada makcik itu. TOkey kedai tak jadi ke meja ku. Tapi dia memandang tajam kearah aku. Aku berkata " makcik, bagi rempeyek ni 3 yer.." . Makcik itu cepat2 bongkok, keluarkan beg kecik utk isi rempeyek ku.
Aku hulurkan duit. Tangan tuanya yang nampak kering menyambut duitku dengan terketar-ketar. "Terima kasih nak.moga rezeki anak murahh"... Dia mengambil semula segala kerepek yg dilambakkan di depan ku tadi dan terbongkok-bongkok memasukkan semula ke dalam beg plastik besarnya..
Dan tuan kedai teus menghampiri makcik itu menuruhnya beredar" Tak boleh jual sini, ganggu pelanggan saya makan". Makcik itu tersipu-sipu beredar tapi sempat memandang aku.." Nak..terima kasih ye"....

Emak siapakah itu..berniaga malam-malam..masa tu puku 9 lebih. Mengheret beg plastik dgn muka letih. Umurnya dalam 50 gitu kot..Kurus. Hem...aku berasa sungguh kasihan. Sepatutnya di waktu begin, wanita seusianya, mungkin berehat menonton TV, atau makan bersama keluarga, atau beribadat..berehat di rumah. Dan dia meredah kegelapan malam, jalan kaki menuju di mana-mana ramai org..terutamanya kedai makan..mencuba nasib, ana tau kerepeknya terjual yang mungkin untuk rezeki dirinya dan anak-anak mungkin? Dan mungkin itulah rezekinya utk malam itu..utk mengisi perut.
Bila hidangan ku smapai..penuh mejaku..teringat makcik tadi...sudah makan kah dia?...pukul berapa dia sampai rumah agaknya?..

Tiba-tiba teringat emak ku di kampung..apa agaknya mak makan malam ini?..
Melihat rempeyek disudut mejaku...teringat lagi emak ku...rempeyek emak...hem...

Makan malam di Kesuma

Malam tadi aku pi Bandar Baru Bangi..uh..off day pun ke Bangi..1 hour drive gitu untuk menghantar sedikit barang ke rumah baru. Hem..hantor tong gas dan beberapa peralatan asas..

So solat maghrib di rumah itu dan menggodek-godek dapur..yey..! Biasalah..aku suka hal berkaitan hok masak memasak ni....so hal dapur2 ni aku obsessed gituh..rasa lapar so pi makan di SELERA KESUMA. I ordered nasi putih, tomyam campur, sup ekor, kailan ikan masin, daging masak merah, sotong goreng tepung dan air nenas.

Kailan ikan masin

sup ekor
sotong goreng tepung
sambal belacan dan timun

Actually ni salah satu favourite makan place ku di Bangi. Eh..aku dah pernah le buat entry pasal ni dulu...tapi biasanya aku datang siang..tapi kali ni dtg malam..ramai jugak org makan kat sini..Makanan kedai ni sedap. Cuma daging masak merah dia kureng lah.Yang lain OK...Bagi aku aku sukalah tomyam, sup ekor dia..mahal sikit dr kedai lain but worth for money lah..suasana kedai ni ok lah.macam cozy sket..overall puas hati lah... Kedai ni terletak belakang petronas di seksyen 15 Bandar Baru Bangi (berhadapan NIOSH).

Wednesday, January 23, 2008

Sup bebola ikan

Tadi catz rasa nak masak sup ketam, sebab semalam selain kerang, kubeli ketam jua. Tapi udah 3-4 hari bebola ikan aka fisball ini bertapa di peti sejuk ajaib ku itu..ku masak lah dia dulu. Lagipun ada barang yang tak cukup utuk sup ketam itu..beberapa item telah missing dari peti ajaib itu...tangan siapakah yang melakukannya itu? Ketam..u have to wait lah ek..u turn will be..tah malam ni atau esok...tungguuu...sementara tu ko beramah mesra la dgn ikan dan lain-lain teman sepersejukan mu dalam peti itu...

Bahan-bahan:

Fish ball (terpulang le nak banyak mana)
pati ikan bilis
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis -segenggam
daun sup
daun bawang
tauge
garam
sedikitttt minyak..
bawang goreng

Cara-cara:

Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Kalau boring menumbuk tuh sambil-sambil buleh le nyanyi lagu 'Aspalela'..hehhe..
Tumis bahan tumbuk dengan sedikittt je minyak hingga naik bau.
Masukan 2 mangkuk besar air (sukati le banyak mana).
Biar mendidih dan bubuh garam serta masukkan pati ikan bilis.
Masukkan fish ball.Biar sebentar. Masukkan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.
Masukkan pula tauge. Kacau sebentar dan siap untuk dihidang.
Masa nak hidang tu tabur le daun sup dengan bawang goreng lagi...uhhh...sedappp..

Sup ni catz makan dengan nasi dan ikan goreng.Ikan goreng ni takdelah gambarnya. Sekadar ikan goreng kembung yg dibubuh garam dan kunyit. Tak payah buh gambor pun dah bleh imagine..kan...kan? Dan makan juga dengan sambal kerang dan ratah kerabu kerang itu..
hem..nyum-nyummm...nyummmmmmmmm....

Cukup le setakat ini memasak untuk hari ni..tapi tak tau le kot malam ni ke catz nak masak lagi..kuikuikui..

Sambal kerang


Tema kerang lagi..ngeh-ngehhh..sambal kerang le pulak untuk makan tengahari time cuti ni..

Bahan-bahan:

Kerang - rebus dan ambil isi.
cili kering (blend) -3 sudu
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 1/2 inci
cili api - 5 biji
bawang besar - 1 labu
sos tiram - 1 sudu
garam
gula
minyak

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan halia.
Tumis bahan tumbuk bersama cili kering hingga agak garing.
Masukan sos tiram dan bawang besar.kacau sebentar. Masukkan kerang. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Biar kerang sebati. Tambahkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
Siap untuk dihidang.

Kerabu kerang dan tauge


Tema kerang le dr malam tadi sampai le siang ni di cuti hari Thaipusam ni...kweng-kweng-kweng...teringat kerabu kerang plus toge yang dibuat oleh kawan lama..entah kat mana dia berada sekarang ini...so this s my version of kerabu kerang dan tauge menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais ku..

Bahan-bahan:

Kerang (rebus dan ambil isi)
kelapa parut (1 mangkuk)
tauge- 1 mangkuk
bawang besar - 1 labu
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
cili hijau- 1 biji
jus limau nipis - 2 sudu
cili api - 6 biji
tomato
garam
gula


Cara-cara:


Tumbuk lumat bawang merah, cili padi dan bawang putih.
Masukkan kelapa parut, tumbuk bersama bawang tadi. Masukkan garam dan gula. Goreng bahan tumbuk tersebut tanpa minyak hingga agak garing dan naik bau.Jangan terlalu kering.Rasakan gula dan garamnya. Ketepikan.
Hiris bawang merah, tomato (buang biji) dan cili hijau.
Masukkan kerang, tauge, bawang besar, cili hijau dan tomato ke dalam mangkuk. Campurkan sedikit jus limau nipis. Masukkan campuran bawang dan kelapa tadi. Gaul rata.
Hidang.



Cekodok bawang

Pagi ni sarapan pagi tak tau nak masak apa..tengok dalam bekas ada tepung lagi. Buat le cekodok ikan bilis campur dengan bawang. hasilnya rangup dan gebus..Senang je buatnya...

Bahan-bahan:

tepung gandum
ikan bilis
bawang merah/bawang besar
cili hijau
telur
garam
air

Cara-cara:
Hiris lada dan bawang.
Campur semua bahan iaitu tepung, ikan bilis bawang dan cili. Pecahkan telur kedalam adunan dan gaul rata. Bubuh air, kepekatan agak-agak le, jgn cair sgt. Tambahkan garam, kacau sebati.
Gorengg...chessssss...kreng krong..kreng krong...siap..
Makan dengan sos cili je..
Minuman pula teh hijau kurang manis...uhh..nyaman..

Makaroni kerang


Malam tadi balik rumah rasa lapar..duk pikir nak masak apa...buka peti ais terus terfikir nak masak makaroni goreng...disebabkan petang semalam aku singgah Tesco beli kerang, so..terfikir lah pulak nak masak makaroni kerang.

Bahan-bahan:

Makaroni - 2 mangkok (yg telah direbus)
Kerang - direbus sebentar (ambil isinya)
tauge - 20 sen
lada benggala hijau (capsicum)- 1/2 biji
bawang besar kuning - 1 labu
cili boh/giling/cili kering yg telah diblend - 2 sudu
sos tiram - 2 sudu
sos cili - 3 sudu
sos pasta - 3 sudu besar
kicap manis - 2 sudu kecil
serbuk rempah kari - 2 sudu
lada hijau- 1 biji
garam
minyak
bawang goreng

Cara-cara:

Hiris dadu bawang besar dan tumis hingga naik bau.
Masukkan lada kering/cili giling dan tumis hinggaagak garing.
Masukkan sos cili, sos pasta, kicap dan sos tiram dan serbuk rempah kari. Tambah sedikit air, kacau sebentar dan masukkan kerang.
Kacau hingga kerang sebati dengan sos. Masukkan makaroni dan gaul rata.
Masukkan pula lada benggala dan lada hijau yang telah dihiris. Jika suka tambah sedikit garam secukup rasa. Bila sudah sebati dan masak, masukkan tauge, kacau selama 2 minit dan angkat.
Hidangkan dengan cili hijau dan bawang goreng.
Selamat mencuba..!

Cuci-cuci

Semalam tengahari adalah kali pertama ku makan kat rumah baru...hiks....hem..bersih dah rumahku...hiks...rumahku dah siap dicuci sehari sebelum aku datang tu. Aku makan nasi bungkus sorang-sorang atas lantai...makum le now konsep rumahku ialah 'konsep surau"hehehe..lapang gitu..belum ada perabut.Lepas makan aku tertidur atas lantai tanpa bantal..dengan air-cond full blast..huhu..macam ular sawa kekenyangan ek..ekkeke...kiranya selain makan, aku pun dah tidur kat rumah itu..hehe..
Yey..finally aku dah leh check-in ke rumah itu.Pemalaskah aku kerana tidak mencucinya sendiri?..Oh tidak....aku bukan malas. Aku cuma tak rajin je...ekekkeke..aku tidak rajin untuk beriya2 menyental lantai, mengikis sisa simen yg melekat di dinding dan lantai dan sebagainya,,,dah terbang gak le RM200.00 untuk upah mencuci itu..bagi aku mahal le jugek..bye-bye duitku..dan smlm juga aku membayar semua baki upah renovate rumah itu..again..bye-bye duitku..! and contractor tu memang le untung, coz derang hire pompuan indon utk keje-keje cleaning tuh..and derang cuma bayar RM40.00 je utk satu rumah kepada mereka itu. Camana aku tau?..coz ada satu hari tuh aku duk bual-bual dengan contaractor(tokey) itu (contractor ni buat renovation dan deco). Tetiba datang sorang perempuan Indonesia bagi 2 kunci kepada tokey itu.And tokey itu telah bertanya kepadanya." u cuci dua rumah kan?" the indonesian lady said "yes".. and tokey itu telah menghulur duit sebanyak RM80.00 kepada perempuan itu..dan perempuan itu ckp " kalau ada job lagi u panggil sama saya ye"...wow..can u imagine...berapa tokey itu untung saja-saja atas angin..kaum C***** ni memang pandai buat duit kan..so kaedahnya..kalau setiap rumah dia charge RM200.00 so dia untung RM160.00!!! puhh...and aku tetiba tanya kat tokey itu.." erk...ada keje kosong ke?..ekekkek"..tokey itu hanya tersengih2..agaknya dia tgk aku mmg takde tokoh pun nak wat keje-keje cleaning...ehhehehe..makan buleh le..ekekke
erk..ku tiba-tiba nak rasa nak buat bisnes cleaning service le..ekekekke..sesapa nak wat part time let me know yehh....hiks..
Haaa...verangan lagik...
Bercakap pasal cleaning2 ni semalam masa driving balik rumah, kuterdengar iklan kat radio filem apa tuh....CUCI ke...yg Hang Ishak ops..Hans Isac, sawie ops..awie, aflin dan AC Mizal berlakon tuh....haa...best ke ek citer tu...citer tuh di shooting before Hang Ishak dan Era gaduhkan ops..terbergosip pulak...ehm...nak tgk ke ek..?

Balik ptg semalam kusinggah dikedai jual pinggan mangkuk dan kedai hardware..sesi mencuci mata..waa...besar kedai ni...jual macam2 le.terasa mcm kedai pinggan kat langkawi le pulak..ni 1st time aku dtg kedai ni..besar kedai ni..2 lot dua tingkat...macam-macam pinggan/periuk etc ada.Tapi yg kuminat adalah pinggan putih dan cawan putih2 ni..so lenkali nak singgah lagi utk membelinya pulak utk melengkapkan set white yg sedia ada....ni dek kerana terpengaruh dgn pinggan2 yg chef kat program masak2 kat TV tu guna lah ni..huhuuh

Tuesday, January 22, 2008

Mix vege


Malam tadi masak sayur ni, sayur campur. Sedap dan sihat....
Bahan-bahan:
Cendawan butang (dlm tin) - 5-7 biji
lobak merah (hiris dan rebus sebentar) - 1 batang
capsicum hijau- 1 biji
jagung muda - 2 biji
fishball - 8 biji
tomato
bawang putih - 4 ulas
bawang besar kuning - 1/2 labu
sos tiram - 2 sudu besar
minyak utk menumis
tepung jagung - 2 sudu
Cara-cara:
Bawang putih ditumbuk kasar. Bawang besar dimayang halus.
Hiris capsicum,jagung, cendawan, tomato dan fishball.
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
Masukkan sayur-sayuran hiris tadi dan juga lobak serta fishball. Tambah secawan air dan biar sayur masak.
Bancuh sedikit tepung jagung dgn air. Masukkan dlm sayur tersebut utk pekatkan kuah. Jika suka lebih masin masukkan sedikit garam. Bila kuah agak pekat, matikan api.
Siap untuk dihidang. Sedap dimakan begitu sahaja.

Monday, January 21, 2008

Makaroni bakar

Sila makan...jemput..jemput...nyum-nyum...




Dah lama tak buat makaroni bakar..semalam catz buat untuk breakfast..

Bahan-bahan:

Macaroni
Daging (rebus dan hiris kecil)
Lada bengala/capsicum hijau
Lobak merah
Cendawan butang (dlm tin)
Bawang besar (kuning)
Sos paste
Sos cili (sapa suka pedas buh le banyak-banyak)
Telur – 6 biji

Kuantiti untuk bahan-bahan di atas sukati....ikut suka

Cara-cara:


Rebus macaroni sampai lembut. Toskan.
Hiris sayur-sayuran termasuk cendawan.
Bawang besar di hiris dadu..
Tumis bawang besar sebentar hingga naik bau, masukkan daging, sos pasta dan sos cili.
Kacau sebentar.
Masukan semua sayuran dan gaul,sebati, ketepikan biar sejuk sket.
Pecahkan telur dan kacau. Bubuh sedikit garam.
Amik dulang pembakat/mangkuk keserol ke..Masukan macaroni dan sayuran tadi. Gaul . Masukkan telur sedikit demi sedikit. Akhir sekali, jika suka bubuh le sos pasta dan sos cili lagi. Ratakan cantik-cantik. Ok.r.eady to oven..Bakar lebih kurang 25 minit.
Catz guna microwave..so kejap je dah siap…
Biarkan sejuk dan potong..terus ..nyum..nyum..


Bahan-bahan

Ready to oven..

Sambal tempe


Bahan-bahan:
Tempe- 2 keping
lada hijau- 1 biji
cili api - 4 biji
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis - satu genggam
belacan - 1 inci
minyak
Cara-cara:
Hiris tempe kecil-kecil (ikut suka)
tumbuk lada hijau,cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan belacan. kacau rata dan tumis sebentar.
Masukkan tempe dan sedikit air. Kacau rata selama 5 minit. Siapp..

Jantung Pisang masak lemak


Selain buat ulam, jantung pisang enak juga dimasak lemak putih. Aku amik separuh dari jantung pisang yang ku nak buat ulam tu untuk masak lemak putih. Jom tgk resepi:


Bahan-bahan:


Jantung pisang
bawang merah - 3 ulas
bawangputih - 3 ulas
ikan bilis - satu genggam
santan
garam


Cara-cara:

potong hujung jantung pisang dan buang beberapa kelopak.
Belah, cuci dan rebus. Toskan dan hiris ikut suka.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Masukan santan ke dalam periuk dan masukkan bahantumbuk, kacau atas api. Masukkan jantung pisang, kacau dan biar mendidih. Tambahkan garam secukup rasa. Siapp!!

Ulam jantung pisang

Ulam jantung pisang dn kuah asam tomato.slurpp...segarr.
Hari ahad aku masak sayur kampung, jantung pisang. Beli jantung pisang ni kat Tesco, murah je. Sebiji RM1.49. Untuk pencicahnya aku buat kuah asam dengan tomato segar. Resepi sihat..hehe gabungan rasa jantung pisang dan tomato segar dalam kuah asam..pedas-pedas, masam-masam. Segarr!!



Jantung pisang di potong hujungnya, buang beberapa kelopak dalam 4 lapis. belah, cuci dan rebus. Cuci dan toskan. Hiris ikut suka.





Bahan kuah asam tomato:


tomato- 2 biji

cili api - 4 biji

bawang putih - 2 ulas

cili hijau - 1 biji

bawang besar- 1 labu

air asam jawa - 2 cawan

garam

gula

Cara-cara:
Tumbuk cili api dan bawang putih.
Hiris bawang besar, tomato dan cili hijau.
Satukan semua bahan, tambahkan air asam serta tambahkan garam dan gula.. siapp..














Pulut kuning dan rendang daging unta


Hari sabtu ialah hari Asyura..so untuk buka puasa catz masak pulut kuning (pulut lagii?…hehe)

Bahan-bahan untuk pulut kuning ialah pulut, air, garam dan serbuk kunyit. Ada orang suka letak santan tapi aku guna air je..
Rendam pulut selama 4 jam. Kukus pulut (alas daun pisang) dan bila campur kan degan serbuk kunyit dan garam masa nak kukus tu..gaul rata..kukus, lebih kurang 30 minit).siap…
Aku hidang dengan rendang daging unta, resepi aku tak bubuh coz dlm entry lauk pauk ada dah resepi camana aku buat rendang..

Experiment on Saturday


Lukis org jadi monyet..lukis monyet jadi orang..
Hem..tu biasanya istilah yg aku dan kawan-kawan guna dulu la..tak reti melukis..so lukis benda lain jadi benda lain…So aku rasa pepatah ni boleh le aku apply kan kepada apa yang berlaku kepadaku …during the Saturday cooks…
Menu yang nak ku masak ialah desert untuk berbuka puasa…Pulut Tai-Tai namanya..
Ini adalah untuk menghabiskan pulut yang kasih banyak lebihan masak untuk Raya Haji.
Pulut –Tai-Tai ni hidangan Nonya. Aku tgk ni dalam rancangan masakan nyonya kat TV..senang je buatnya..so hari ni aku nak bereksperiemen la..Bahan-bahanya simple iaitu, pulut, bunga telang (utk amik pewarna birunya-rendam dgn air panas), santan dan garam. Tapi manalah ku nak carik bunga telang ni kan…so aku plan nak guna pewarna hijau dan perasa pandan. Buat benda ni kena rendam pulut dalam 4 jam, kukus 40 minit then keluarkan pulut, bubuh pewarna biru (separuh je) dan gaul dengan santan..so warnanya akan putih kebiru-biruan lah. Tapi aku nak wat versi hijau. Tup-tup aku bukak peti ais, huwaaa…sapa amik/buang/cughik pewarna hijau dan perasa pandan ku hah? Aku terasa hangin la pulak..pulut tu dah aku kukus pun so nak buat kaler apa pulak ni?? Nak guna pewarna merah mcm tak best..oren?…nop…strawberry?? nop! So aku cairkan gula melaka..tapi warna gula melaka ni coklat cairrr sgt...boleh le..janji ada.. So lepas kukus 40 minit, pulut tu aku keluarkan, bahagi dua, separuh aku campurkan dengan gula melaka dan separuh lagi biarkan putih. Then gaulkan santan (dibubuh garam) kedua-dua bahagian pukut tersebut dan kukus semula selama 10 minit. Amik bekas 4 segi, alas daun. Tuangkan pulut tersebut secara berselang-selang warna (coklat dan putih) dan padatkan dalam bekas tersebut. Kalau boleh hempuk dengan batu bata bagi padatt. Ehh..aku tak tipu la…betui..hempuk dgn batu bata..ni aku tgk kat rancangan masak kat TV tauu..dia bungkus batu bata dengan aluminium foil dan tindihkan atas pulut. Sejukkan selama 4 jam. Masa nak makan potong kecil-kecil, makan dengan kaya atau ada org makan dengan lempuk durian. Dalam kes aku pulak..udah resepinya teramat dagh spoilnya..aku ubah le..aku buat sos coklat ( susu cair+gula+serbuk koko, panaskan atas api perlahan, kaacau rata) dan buleh le tuang atas pulut..ehm..nak bagi nama apa ek resepi modified ni..pulut catz-catz kot!?? Tu la..nak wat benda lain bleh jadik benda lain..
Rasanya sedap juga, lemak-lemak dan manis (sos coklat tu manis)..sedappp…

Dek kerana buat resepi mudah ni, pengukus aku hangusss…aku terlupa tambah air masa air tuh dah kering…tiba-tiba berasappppppp..sib baik pulut ku tak hanguss………..so kenalah beli pengukus baru walaupun pengukus tu still guna lagi….itam dah tempat letak air dia….uhuk…
(alasan ank beli hok baru…hehhe)

Saturday, January 19, 2008

Missing in action..MIA

sapa le buang/ambik pewarna hijau dan perasa pandan dlm peti ais aku....nak kena jentik tangan ke....? catz tgh wat kuih ni...grrrr....pulangkan...pulangkannnn (ala2 sore maya karin dlm filem pontianak harum sundal malam..)

Friday, January 18, 2008

Chit chot...

I met my friend this afternoon, lunch our. Actually, this is my second time to meet her. She is a friend that i met at the conference in Malacca last Disember. She is a post grad student (master) in UPM. She is still young, so lucky no need to work after get her degree, stay with parents who provide her car etc..then she continue her Master degree (Engineering) just like me. So we kind of..ehm..same wavelength or same frequency le kot.. (and i like her because she keep saying that my age is 24..hahahah....kelezzz akak...)

So i fetched her somewhere near her house which near to my workplace. So i took her to Secret Recepi..to have our lunch..on my treat..ehhee..so we chit chot almost one hour...and she said ..


" kak catz...i belum mandi sebenornya..ekkekekke" and i said.." ko...yg kepoh2 napa..aku tak tau pon ngko belum mandi yang oii....erk..dah tengahari ko belum mandi?"....best ek..bangun tengahari takyah pikir kerja..

the conversation basically on this topic:

-about our study..her research..my research..because we strudy in different university..then about next conference to attend...humm..

- pasal kawin her mom allready sebok suruh kawin..and she feel so worry about it.she feel that she has no hope lah...sapalah nak kawin dgn aku...ekekke..and she said..kak catz..aku nak amik anak angkat le..and i said .."ko umur berapa?..dah 40 ke?..keje pon belum..belum jumpa2 orang..sibuk nak fikir macam tu.."..but yes..now this is the trend..amik anak angkat..normally for those ladies who has not married yet..is that ok? ok ke?..i am not against this..but i'm so impressed to those did it..bujang and ada anak...anak angkat..hem..good idea eh? but i can't imagine lah..the responsibiliy. hem..pikir 1000 kali lah..

And she complaint that her life is so plain..so boring...weekend..just stay at home..etc..no friend.kawan2 yg lain dah kawin..keje temoat lain..jauh...so i suggest her to get friend tru the internet..this is the trend now isn't it?..and she said .."tak nak laaa...internet fren..eiuwww".. i said..eh normal lah nowadays, getting fren from internet..don't think about the negative..i also have many female friends which i knew them from internet u know..no harm lah to try"..she said.." jumpa org tru internet..ehm..takutlah..tah hapa2"..i said.."ko jgn le pi jumpa org dalam semak...oi..ko pikir apa nih..pi lah gathering ke...get new fren la..ayohhh..."..

tapi aku rasa best pulak hidup dia..biasalah budak Master. ada scholar..kelas seminggu berapa kali sgt lah kan..bleh bangun tidur sukati lah pukul berapa..jangan tak bangun terus sudah.tak payah pikir pegi keje macam aku...sioknyaaa aku rasa..huhuuh..i wish i can switch my life with her..hahaahahha..

so this is what we had for lunch..



tah napa..we didn't enjoy the food..wrong food selection kot..tah..i only eat half..and she also didn't enjoy the food..pedas sangat..hurm..she said.."lain kali ko bawak aku makan kat kedai mamak le kak."..and i agree..theee..theeee...and i spent RM60.52 for something that we didn't enjoy...a waste ahh...and aku still rasa lapar...hapa2 tah aku ni...actually i only enjoyed the drinks and the desert (tiramisu and banana choc cake)..

After send her home..on the way back to my office..i get keledek goreng (sweet potato ke?) from teh stall at the road side....hem...so oily and so yummy...i said..."uwaaa..berminyak nya "sambil ngap satu persatu ke dalam mulut..and every time nak masuk mulut..i said."uuu...so takut nak makan..so oily"..but..ngapp..ngap...ngapp....but serious..aku boleh rasa minyaknya mengalir ke tekak ku..uih....


The crunchy and oily sweet potato....ngapp..ngapppp...RM2.00 only.