Monday, October 19, 2009
Saturday, October 17, 2009
Come dine with me : versi raya lagi...
ni event minggu lepas..
perjumpaan rakan sekolah..
kawan sekolah menengah...
just a small gathering....
so ajak jiran-jiran terdekat sekali dtg rumah...
dan juga beberapa kawan..
just jemput yg dekat-dekat je sebab aku rushing pukul 4 nak ke KLIA.
so kejap je kitarang jumpa-jumpa tu..
around 11 pg lebih sampai pukul 3 ptg...pastuh bersilat mengemas....
kunci jam 5.30 pagi...
kringggggggg!!!...kringg!!!
padahal tidur pukul 2 pagi, duk hiris sayur sambil tgk TV..eheks.
aku bajet pukul 9.30 pagi, i have to finish all the cooking task...and mengemas mop lantai bagai.
so menunya simple je:
nasi impit
rendang daging ayam
sambal goreng jawa
kuah kacang
lodeh
mee goreng
kuih raya
kerepek
kek - ni jiran bagi....
air sirap laici dan siren (sirap+oren)
memenangi anugerah tetamu contoh..hahaha...dtg awal dan balik last sekali siap tolong basuh periuk kuali pinggan. Sgt sesuai dibuat menantu..kitarang duk bangi tapi dah berapa tahun tak jumpa..dia keje oso busy travel...
Thanks to Inah dan kawan-kawannya yang sudi dtg meramaikan majlis....
aku tak sure nak letak gambar yang lain, so aku tak letak, sebab tak mintak permision.
ha..ni kek sedap-sedap ni jiran kucing saya yg bagi..bila dua kucing berjiran..untunggg u ols.
mereka dtg tapi saya tak letak gambar kerana tak amik gambar dan aku oso tak berani curik2 amik gambar.privasi sebagai jiran..
OR...
roy dan anaknya??? roy..few months mak tak jumpa ko tetiba ko dah produce seorang budak??
ehh??
just kidding..anak jiran...comelll
hahhaha..
hahahhaha...ihiks.
ada yg aku tak sure nak letak ke tak sebab belum dpt permision...
walau dah kenal, kena hormat hak orang lain kan...tak boleh lah memandai-mandai dedahkan identiti orang. respect each other.
sebagai blogger, faham-faham je lah.
:)
Posted by
CATZ
at
3:21 AM
5
comments
Labels: Jom makan
Ayam ungkep lada hijau
nampak org jual ayam tua, yg seswai utk masak ungkep..beli seekor.
aku teringat resepi ungkep mak...
kitarang biasa buat ungkep ni..tapi simple je bahannya.
kalau ikut asalnya..ungkep itu adalah bahasa jawa yg maksudnya masak ayam tuh dlm tempoh yang lama...
aku duk surf internet, ramai yg letak cili api bagai..
aaa..tak pedas ke??? aku takut dgn kepedasan melampau..
kaanggg terlompat2 kena panggil bomba..dah le musim cuti perayaan ni...
so aku gantikan beberapa bahan, dan tambah beberapa bahan dari resepi asal.
ok..
bahan-bahan:
ayam tua (ayam biasa oso can, tapi ayam tau lagi best utk resepi ungkep ni)
cili hijau - 6 biji 9if nak pedas, tambah cili api)
lengkuas - 1 inci
halia- 2 inci
bawang besar - 2 labu
bawangg putih 5 ulas
serai -2 batang
kunyit hidup - 1/2 inci
biji ketumbar (2 sudu)
jintan manis - 2 sudu.
asam jawa (amik jus) or if suka bleh guna asam keping.
minyak
garam
Cara-cara masak:
Beli ayam-suruh abang ayam eh, abang jual ayam potong terus.
cuci, toskan.
rebus ayam dgn halia+ kunyit+garam. Rebus hingga ayam empuk. nak senang, masuk je dlm rice cooker or preasure cooker.
Blend bawang-bawang semua, cili hijau/cili api, ketumbar, jinta, halia, lengkuas, kunyit hidup.
Tumis bahan blend diatas hingga garing, masukkan serai sekali.
then masukkan ayam yg dah empuk tadi. (ayam tua ni liat2 sket..tuh yg aku suka..)
gaul, kacau sebati mesra-mesra alam.
if rasa kering sgt tambah lah air sket supaya rempah2 sebati dgn ayam.
Masukkan jus asam jawa sket dan garam.
Masuk gula sket jika suka.
Dah cukup rasa semua..angkat dan hidang.
Posted by
CATZ
at
2:40 AM
3
comments
Labels: Lauk pauk
Sambal goreng jawa
so terpulang nak bubuh apa..kecuali tempe, tahu suhun tuuu...haa..itu identiti sambal goreng jawa.
ok..jom tgk versi cik kiah ni.
Ok..bahan-bahan asas:
Bawang kecil - 3 ulas
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
bawang putih - 4 ulas
ikan bilis - 1 genggam
cili giling / cili kering yg sudah dikisar - 3-4 sudu (ikut suka).
cili kering - 5 tangkai/biji (hiris nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis).


Dan antara bahan penting lain ialah suhun dan tahu kering. Rendam meraka dan hiris .
* kuantiti bahan adalah anggaran je,..ikut kesesuaian.
Jom tengok cara masak.
Mula-mula,
Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis. Kalau malas,boleh je blend. Tapi catz suka tumbuk sebab sekejap je masa menumisnya. Tumbuk kasar pun ok..tak yah le sampai tumbuk halus tangan kuar muscle bagai. azab sgt tuuu...
Masukkan cili kering yang dikisar. Tumis hingga agak garing.
Masukkan pula cili kering hiris dan cili hijau hiris tadi.
Kacau sebati.
Masukkan paru yang telah direbus, hiris dan goreng tadi. Kacau sebati bagi meresap bumbu yang ditumis oke.
Then masukan kicap manis.
Gaul sebati, besar kan sket api tu.
Tambah sedikit garam (secukup rasa). Garam jgn banyak tau! sebab kicap tuh dah lemak2 masin + manis. Gaul sebati.

Kacau sebati baru masukkan pula suhun dan tahu kering.
Dah sebati semua, angkat.Hidang.
aku suka mkn dgn nasi impit, atau ratah je mcm tu..makan sorang-sorang. Abeh..jiran aku tak jadik dtg, eh bukan tak jadik, tapi masalah komunikasi..terbaring kat kerusi kat playground kaedahnyaaa....takde jodoh lagi masa tu.
Posted by
CATZ
at
1:04 AM
7
comments
Friday, October 16, 2009
Fremantle part 2: Shipwreck Gallery
Galeri ini terletak di Maritime Museum..
Haa..sapa cakap cik kiah cuma suka makan-makan je..
cik kiah pegi museum oso...
Cik kiah pi travel oso...biasanya pi muzium jugak..
Bukan makan-makan dan makan dan masak je...
haa...cik kiah pun takde claim kata blog cik kiah ni blog masak-makan-makan - makanan je.
ok..cukup di situ.
JOm kita naik bas pegi museum...mariii.....!!! naik bas kucing oren (walauuuu kucingnya warna itam).
Shipwreck galeri ini diiktiraf sebagai 'foremost maritime archeology museum' di southern hemisphera.
Di shipwreck gallery ni kita boleh melihat pelbagai tinggalan shipwreck, ada serpihan kapal, barang-barang yang dijumpai dlm shipwreck seperti pinggan, cawan, duit, barang-barang logam,
sauh, dan bahagian-bahagian kapal, skru dan sebagainya.Juga terdapat serpihan kayu dari kapal Dutch VOC, Batavia yang karam dan pecah pada tahun 1629.
klik-klik! staff muzium ni tak kisah je kitarang amik-amik gambar dalam ni..takde larangan bawa kamera atau amik gambar..
tata...
cik kiah nak masak.
ops..nak cuci kuali dan periuk dulu.
Posted by
CATZ
at
10:44 PM
0
comments
Labels: Australia, Jalan-jalan, Vacation
Jalan-jalan ke Fremantle (part 1)
Perth merupakan pintu masuk ke Western Australia.
Tak heranlah berjalan di sini sgt mudah, banyak kemudahan penginapan dari hotel mewah hinggalah back pack, B&B.
Dari Perth, kita ke Fremantle..
Jalan-jalan balik hari je.
Sebenarnya kalau nak drive sendiri pun boleh kerana sewa kereta di Perth amatlah berpatutan.
kalau pi bertiga atau berempat, berbaloi sebab boleh singgah banyak tempat.
Tapi travelling di Perth amatlah mudah, boleh je naik train ke mana-mana seperti ke Mandurah, Fremantle dll. Kutip peta di hotel, airport and u are ready to travel!Catz sempat ke Fremantle, a must go tourist attraction kalau ke Western Australia.
Terletak lebih kurang 30km dari Perth, kita boleh naik cruise, bus atau train.
Bgai saya anak train lah paling senang sebab tambang berpatutan dan around 30 minit dah sampai. Selesa. Lagipun stay kat Holiday Inn, walking distance nak ke train station.
Kalau naik bas sejam lebih.
eh bukan hari2 dpt tgk pemandangan macam ni..di kejiranan dan belakang rumah cik kiah takde benda-benda cam ni...
boleh lepak-lepak kat pelabuhan, minum hot coffee, makan aiskrim. (eh..aku mesti mention pasal makannnn je kan....)
makcik yg aku jumpa tuh duk ulang kali ckp.."haaa..u naik bas yg warna oren mcm ni..(tekan-tekan jari kat warna oren bus stop tu..)..yg warna ORENNNNN macam ni tauuuuuuu"
aku : ye makcik..ye makcik..ye makcik.
(kena layan orang tua bercakp dgn sopan tau)
Nak jalan-jalan..senang je...ada OREN CAT bus...atau naik tram. Tram tu bayar 22 AUD. Oren CAT bus FREE!! so kita naik bassssss!! pI BUS STOP oren, sebab kat situlah bus oren kucing ni berenti. Terjumpa seorang makcik tua yang sgt ramahhh...kitarang borak-borak...hahha..makcik oramputeh ni sgt friendly ok..dia around umur 68 tahun...dia bagi guide camna nak travel dan dia kata baik naik bas ni. percuma dan ko bleh turun naik mana-mana stesen..jalan2..naik bas lagi...
kekerapan bas 10 minit sekali, tapi start pukul 10.30 pg pada sabtu dan ahad.
hari lain start lebih awal.

aku suka biru laut ni..biru gelap yang cantik!
macam nak terbang tudung cik kiah bila angin kuat tetiba bertiup.
Kami dtg awal pagi, so byk kedai yang baru buka. Oh, market ni hanya bukan on Friday,Sat, and Sunday. Aku tanya seorang pekedai, hari lain kenapa tak buka? buat apa? dia ckp susun stok, kemas kedai etc.. pelik jugak ek.tapi sebab ni kira tempat pelancong, maybe hari lain org tak ramai.
pandai2 lah nak tawar menawar..
eh..apesal ek..makan kat mana-mana, kedai mamak ke..kedai melayu ke..derang suka letak extra gravy/kuah atas nasik sampai banjir nasik tuh dgn kuah. Oh..cik kiah kenot eat mcm tu..biasanya mmg terpaksa amik extra nasik kosong. aku boleh mkn if kuah diletak sikit2 atas nasik. That's why nasik kandar aku KUAH ASING.
kat kedai Indonesian tu dpt diskaun banyak, brgnya berpatutan, murah..borak-borak gak dgn owner kedai ni..
papa belanja...
Lepas makan aiskrim, minum coffee, kami sambung jalan-jalan. naik CAT bus, singgah ke beberapa tempat seperti museums, gallery dan jln area town ..amik-amik gambar..
Posted by
CATZ
at
12:58 PM
0
comments