Wednesday, February 6, 2008

Mee goreng mamak


Duk belek-belek koleksi gambar, terjumpa gambar ni..ni masak dah 3 bulan lepas kot..saja nak buh dlm blog utk koleksi resepi.

Bahan-bahan:

Mee kuning -1/2
bawang merah - 3 ulas
bawang putih -4 ulas
cili kering (blended) - 3 sudu
tahu- 2 keping (goreng dan hiris dadu)
sawi - 1 batang (hiris)
telur- 2 bji
tauge - 1 mangkuk
sos tiram
daun bawang
minyak

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
tumis bahan tumbuk tadi hinggan naik bau. Masukkan cili kering, tumis hingga agak garing.
Masukan sos tiram, gaul rata. Tambah sedikit air.
Masukkan sawi, tauge dan tahu. kacau dan masukkan sedikit garam.
Masukkan mee, gaul rata dgn bahan tumis dan sayur. Pecahkan telur, gaul sebati hingga telur masak. Siap untuk dihidang.

No comments: