Bahan-bahan:
udang saiz sederhana -10 ekor (matik la kena kira)
sotong besar - 2 ekor
kupang - 15 (apa ek penjodoh bilangan yg seswai?..ekor/biji?
pasta sauce
tomato segar - 2 biji
sos cili- 4 sudu
bawang putih - 3 ulas
bawang besar (kuning) -1/2 labu
sos tiram - 2 sudu
olive oil
corriender leaves
garam
Cara-cara:
Rebus spaghetti hinggan lembut (ikut arahan kat pembungkus) - asingkan.
Tumbuk bawang putih dan bawang besar hiris dadu
Tumis bawang putih dan bawnag besar hingga naik bau (guna olive oil).
Masukkan pasta sauce, agak2 le nak banyak mana.
Masukkan tomato segar yg sudah dihiris dadu. masak hingga tomato hancur. Tambah sedikit air supaya berkuah. Masukkan sotong, udang, kupang.Masukkan sos tiram dan sos cili. Biarkan sebentar hingga seafood masak.Kacau-kacau, tambah sedikit garam. Taburkan corriender leaves yg dihiris halus. Gaul rata. Bleh dihidang dgn spaghetti.
No comments:
Post a Comment