Tuesday, April 14, 2009

randoms...


1. tiap-tiap hari aku lalu federal hiway depan mid valley..
last week..aku menyaksikan satu peristiwa sadis...
tgh duk aku lajuuuuuu tetiba...ternampak dari jauh...anak kucing comellll sedang duduk ketakutan dekat tengah-tengah highway (depan angkasapuri)..kalau u ols biasa lalu...jalan tu 5 lorong kot..2 lorong naik ke kerinchi link, 2 lorong ke PJ/s.alam dan satu lorong naik ke kerinchi....
kucing tuh duk tgh2 highway... muka tgh takut gilaaa (aiyooo dah dekat 5 hari aku masih terbayang muka dia)...sedihhh oke..nak bunuh diri ke apa..aku sempat elak dia..tapi org lain??
aku mcm rasa je yg kucing tu tak panjang umurnya..dgn kereta bertali arus yg menderu laju...takat mana miow tomel tuh dpt bertahan..iskk...sadis lah.. yg pi jln2 tgh highway tuh wat pe..pegi le jln2 kat taman sana..isk.

2. ..isk..Thail@nd bergolak lagi..penyokong2 pro Th@ksin duk lah merusuh sana sini..
isk...oklaaa...for wutever reason laa kan..why lah tak nak idup aman damai je..let the pemerintah do their job, bagi peluang. kenapa nak huru harakan keadaan. Dah di istihar darurat pulak.
Disebabkan itu, kerajaan dah keluarkan arahan, jgn melawat B@ngkok now ni....so..my BKK trip akan di kansel/ tangguh?..huh..jgn le cari nahas cik kiah.


3. dah 2 hari,aku duk mengidam mkn burger pulak. (tengok blog org, ada gambar burger terus mengidam..mentel ek...ek..pastu time-time tu jugak nak makan).
Hujan pula satu hari sampai malam, tentulah susah nak carik org jual burger sbb aku ngidam burger 2 hengget yg jual kat stall tepi jalan tu..kalau setakat burger mc donald, senang je nak beli kan..
hari ni aku beli 2 pek daging burger (di ulangiiiiiiii...20 keping = 2 pek). konon dinner nak buat burger.
Tapi....seantero daerah ni..segala supermarket aku redah (ok..aku tipu..aku pi 4 tempat je termasuk Tesco, Speedmart, the Store, kedai runcit) TAKDE jual ROTI burger. kesian tak??
abih..aku nak buat burger tuh camana? terus turn off .
ZZZZZzzzz.........

5 comments:

purp said...

pakai jer roti gardenia... i prefer it drp roti burger....

Linda Abdullah said...

20 keping daging burger?? haaa nak buat kenduri makan burger ke apa Catz oii..ha.haa

anne said...

kesiannya kucing tu....harap dia selamat:-(

laaaa, roti burger dah jumpa belum. meh sini kat mydin banyak.

Anonymous said...

Catz

Aku terbaca entry ko pasal milo dinosour tu, sebagai Warga Bangi ko boleh dapati di Kedai Kopi Kawan milik Puan Ezzah Aziz Fauzy kat seksyen 3, Belakang Petronas Bangi 3
kat situ pun ada banyak kedai makan
Cat Cafe milik Cat Faris penyayi Ruffage....

Anonymous said...

Catz

Aku terbaca entry ko pasal milo dinosour tu, sebagai Warga Bangi ko boleh dapati di Kedai Kopi Kawan milik Puan Ezzah Aziz Fauzy kat seksyen 3, Belakang Petronas Bangi 3
kat situ pun ada banyak kedai makan
Cat Cafe milik Cat Faris penyayi Ruffage....