Sunday, May 31, 2009

Chatuchak Market, Bangkok

Chatuchak market (Bangkok, Thailand) adalah salah sebuah market yg terbesar di dunia. Ia terletak berhadapan dengan bus terminal lama di Phahonyothin. Luasnya lebih kurang 35 acres, dan terdapat lebih 15,000 gerai di dalamnya. Pasar Chatuchak adalah weekend market yang cuma buka pada hari Sabtu dan Ahad. Ada juga kedai yg buka hari biasa, tapi tak banyak. Gerai di market ni buka seawal 7 pagi hingga lewat malam. Tapi eloklah pergi lepas pukul 9 pagi sebab time tu semua gerai dah buka time tu. Biasanya terdapat sehingga 200,000 pengunjung pada Sabtu dan Ahad.

Macamana nak ke Chatuchak Market ni??

Cara paling mudah ialah naik Skytrain dan turun kat station Mochit. Station ni memang dekat sgt dgn bazar ni.Selain itu, boleh je naik teksi bermeter.

Ni map Chatuchak market. Tempat ni besar gila..so kena pandai-pandai le tuju arah ikut hala mana nak tuju.Kalau nak round semua, Catz rasa at least u need 5-6 jam kot. heheheee..aku idokle gigih..aku rasa aku kat sini around 2 jam je kot..

So, sebelum masuk ke kawasan market, dapatkan lah peta free dari information kiosk...ada beberapa kiosks. Dari situ kita bolehle plan nak ke mana mengikut warna zon. Stalls dalam tuh bernombor, tapi entah le..aku pun mcm dah lost lah..main jalan ikut kaki bila dah sampai dalam market tu.

warna-warna zon mewakili bahagian stall. cthnya, pakaian dan fesyen, perhiasan rumah, art dan colectible item, plants, makanan dan sebagainya.Duh, macam-macam benda dijual dlm ni. Dari beg, kasut, buah-buahan, buku, lukisan, hiasan rumah, pokok, rempah ratus, dan lain-lain.kalau malas nak tgk peta, macam aku, ikut jelah kaki, teragak nak masuk simpang kiri, kanan, just jalan je..tahle.aku malas nak beriya sebab takdelah plan nak beriya shopping pun. Tapi aku sure sgt, ramai org yg suka gila pi sini. nak cari fake item, brg antik, CD , dan macam-macam lagi. Kalau gila shopping, sinilah tempatnya. Sebab Catz tgk ada brg2 yg sama mcm di jual kat Shopping complex kat sini. Haa..kalau gilakan accesories, beg banyak gila pilihan. macam rantai manik-manik, gelang, anting-anting, dan mcm2 lah....memang RAMBANG MATA lah cik Kiah....sampai tak tau nak beli apa lah... puhhhh..

Duk aku terpusing-pusing tak tau nak start dari mana, nampak gerai ice cream ni...terus rasa nak sebab ice cream kelapa ni nampak best gila..dah le cuaca panas terik. Aku pun actually baru balik dari sungai. Nampak org duk kerumun gerai ni..especially pelancong Mat/minah salleh. Nampak sedap gila ok..dah le tuh, dapat pula minum air kelapa secara percuma...sruppp..air kelapa ni sedap gila..manisssss....

ni le ice cream kelapa, ia dijual dalam tempurung kelapa muda. Siap dgn isi kelapa sekali tau!! dah siap2 di korek isi dan atasnya dibubuh ice cream kelapa muda dan kacang..nyummmm....sedap gila oke...

Ok..masuk ke market ni...wowwww...sendat ok...so..kalau nak ke market ni, dinasihatkan pakai baju nipis..sebab dalam ni ruang sempit, kedai rapat-rapat dan orang ramai sangat. So suasana dalam ni mmg agak panas. Disamping tu, di celah-celah stall/kedai ada pula peniaga menjual makanan..tgh ko jalan-jalan tetiba ada makcik tgh duk tumbuk2 cili buat perencah somtam kat celah-celah tu..hehhheee....
Oh ya..kalau pi beramai-ramai, lebih mudah kalau jalan berasingan, 2-3 org je satu group sebab org terlalu ramai, so kalau jln in big group, susah nak bergerak..
Ni antara benda yg dijual..buku-buku terpakai..


Antara kedai-kedai dalam Chatuchak market..

tips nak membeli belah dalam ni, kenalah tawar. Dan kalau dah tawar harga tu kenalah beli..i mean..kalau nak beli barulah tawar...tawar 50% kurang dari harga asal. Haa..pepandailah ko Kiah...guna skill penawaran. Aku tah le..tak berapa menjadik kali ni plus..kdg benda yg dijual tuh dah cukup murah so pandai2 lah nak tawar menawar lagi...tapi apa2pun kalau dpt tawar sikit pun jadiklah..aku pun bukan beli sgt pun..sebab penat dan rasa nak balik je..


nak beli apa?..jeans....baju....t-shirt, baju feminin, blouse, dress....skirt..kalau tak kisah sgt pasal label, ha..kat sini mmg boleh dpt dgn harga yg murah....

barang perhiasan rumah..cadar, sarung bantal..etc

pilih lah...macam-macam kaler ada...

aksesori..

topi...nak??

Banyak juga stall jual makanan dalam market ni...dari yg jual air sampai le makanan, lauk pauk..TAPI harus hati-hati. Ada gerai makanan muslim yg halal dekat dgn Clock Tower. Tapi aku tak jumpa pun tempat tu sebab tempat ni besar sgt lah..plus aku malas/tak larat nak beriya carik. So nak restore energy, aku beli juice (yg diperah/squeeze/blend) fresh kat gerai air dan buah...rasanya..??..puh..sejuk...maniss....paling aku suka jus limau (limau yg kulit hijau tu), rasa fresh sgt...best...! sambil tubeli buah, makan..haaa..kenyang gak!

macam-macam ado..

kalau lapar, beli je buah-buahan...jus...yummy..!

periuk kera pun ada jual...eh..aku teringat time sekolah dulu, aku masuk pertandingan Alam dan manusia..kami buat ketupat guna periuk kera..aku ingat lagi nama cikgu yg bagi idea tu..cikgu Sidek namanya..kami dapat no 2.
hahahah..masa tu aku darjah 5 kot..

tgk buah laici niii....eiii..sedap!!

jambu....


ngapp..!!

Macam-macam yang kita boleh lihat kat sini, makanan..kuih.buah-buahan...mcm2 kuih yg pelik-pelik catz tgk..

Aku dah penat..actually banyak gambar amik kat dlm ni..tapi penatlah nak edit...aku buh ala kadar je lah..
oh ye...selain chatuchak, boleh juga shopping kat Suan Lum Night Bazaar atau pun ke Pratunam Night market.
Nak balik tuh, Catz naik je teksi dekat2 market tuh...oh..make sure tanya dulu derang tau tak mana tempat yg kita nak pegi..dan tgk samada boleh berkomunikasi dlm bahasa Inggeris. Cat tanya 3 teksi kot baru dpt yg ok..
Walaupun dia tak tau exactly tempat yg Catz nak pi tapi bila tunjuk peta..dia tau..ok lah..selamat sampai.

Saturday, May 30, 2009

Menyusuri Sungai Chao Phraya di hujung minggu..

Get set go...
satu jam berada atas Sungai Chao Phraya untuk mengenali dan melihat kehidupan masyarakat di sini... (ewah...skema ayat aku siot..kehkehkeh.....meh...jom belajar geography..hahaa..)..
Sungai Chao Phraya ialah sungai yang utama dan menjadi medium pengangkutan utama di Thailand. Sungai ini mengalir dari Utara ke Selatan Thailand sepanjang 372km. Banyak syarikat boat beroperasi menyediakan pengangkutan air seperti boat, water taxi etc utk penduduk tempatan dan pelancong.Ada boat mewah..boat kecil dan besar. Pilih je nak yg mana..
Banyak juga tourist attraction di kiri dan kanan sungai. So boleh beli day pass and ko bleh turun naik boat utk jalan-jalan..dah habis jln naik le boat semula. If naik BTS skytrain tuh, turun kat stesen Saphan Thaksin...then boleh naik boat kat sana..

kaki kucing...

bot ni laju oke..kdg terhentak-hentak atas air...bila lalu kat canal baru dia slow..
tgk muka tour guide aku yg cam poyo itewww..

zroooommm....zrooommm...

Sepanjang sungai ni kita boleh menikmati pemandangan kota bangkok. Di tebing sungai terdapat penempatan, so boleh tgk pelbagai bangunan, bentuk rumah..dll. Secara tak alngsung dpt kita lihat juga kegiatan ekonomi penduduk kawasan ini.


ni antara rumah paling mahal kat tebing sungai ni..dibuat dari kayu jati..

wahh...cik kiah...nak ke mana tuuu???

bergosipan gituh..cerita apa tuh pakcik-pakcik..

Di tebing sungai ni terdapat kedai makan....

banyak deretan kedai makan..so org yg lalu kat sungai ni boleh singgah makan dan minum lah..

wah..makcik..buat apa tuh...tgh tumbuk lada buat somtam ke???

ni rumah orang kaya..

kat canal...

tiang letrik dalam air koo..


Banyak juga yg boleh dipelajari sepanjang menelusuri sungai dan canal.. corak kehidupan, kegiatan ekonomi...(wah..ayat aku sgt geografi oke...heh heh)

Kat tepi sungai ni ada satu tempat kita boleh bagi makan ikan...kena bayar 70 Bath. Aku tak buat pun..malasss.....


Banyak pokok apa ek..yg daun dia kembung-kembung tuh..terapung atas air...

Ha..sebelum ni aku ckp u ols boleh shopping di mana-mana pun walauupon tgh sungai..hehhee..
salah satu kegiatan ekonomi..berniaga...kagum aku lah dgn makcik ni. Bersampan di sungai, berjualan barang cenderahati, snacks dan drinks. Boat aku berenti utk bagi peluang makcik ni berniaga...


"madam..buy madam...buy..." makcik ni beriya pujuk aku beli..aku menyesal pulak sebab tak beli. mcm kejam lah aku ni..bukannya mahal pun benda yg dia suruh beli..iskk..aku duk teringat ni..sedih pulak...isk..iskk..alaaa...nyesal laa..kesian dia...mungkin dia sebaya dgn mak aku...alaa..lagilah aku sedih...

Dalam perjalanan pergi dan balik, berselisih dgn banyak bot yg bawa pelancong....kira sungai ni salah satu punca rezeki org Bangkok..

Bangkok dari sungai chao phraya..

tata..

nextt....chatuchak market..