Tuesday, May 5, 2009

Pasar Besar Siti Khadijah (part 1)

klik to enlarge

Pasar Besar Siti Khadijah terletak di kawasan Buluh Kubu, Kota Bharu. Ia dibina Oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ia dibuka pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.


Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu

Pasar ini merupakan destinasi wajib kalau ke Kota Bharu. Bagi Catz, ia sangat unik. Nama asalnya ialah Pasar Besar Buluh Kubu, tetapi di tukar kepada Pasar besar Siti Khadijah oleh Menteri besar Kelantan pada tahun 1997. Ini adalah untuk memberi penghormatan kepada golongan wanita yang menjadi majoriti peniaga di sini.


Pasar ini merupakan bangunan 3 tingkat yang bersegi lapan. Satu pemandangan yang amat mensrik sekiranya kita mengambil gambar dari atas. Catz dah pernah sampai sini sebelum ini, tapi belum pernah ambil gambar. Unik dan menarik pemandangannya dari atas. Sudah pastinya tiada di tempat lain.

Boleh dilihat bahawa majoriti peniaga adalah terdiri dari kaum wanita.

Di pasar Siti Khadijah, kita boleh membeli belah, dari barangan basah hinggalah bahan kering, peralatan dapur, makanan, tudung. kain baju dll.



Tingkat bawah ini dikhaskan untuk jualan makanan basah, ikan dan sayur-sayuran. kalau nak beli ayam pun ..haa...kat sini lah. Saya tertarik dengan pemandangan lensa kamera saya. Cantik!



kelantan terkenal dengan serunding dan kuih muih. Kalau nak mendapatkannya, haa..pergilah ke tingkat 1. Terdapat juga makanan-makanan lain seperti dodol, keropok dll.


kedai makanan kering di tingkat 1

mari..mariiii.....

keropok..keropok..!

serunding daging

senang kata, kalau nak mengenali Kelantan, pasar ni adalah tempat yang wajib pegi kalau ke Kota Bharu. Ramah-ramah belaka peniaganya...

6 comments:

Unknown said...

seronoknya Catz...! saya kalau balik ke kelantan pun tak sempat nak ke wakaf che yeh tu. belum pernah jejak kesana, percaya? hahaha

makdaracute said...

pernah gak sampai ke pasar siti khadijah nie..memang kagum sebab majoriti peniaganya adalah kaum hawa...uniknya sebab diaorg duk bersila masa berniagakan....

DrSam said...

pasal Siti Khadijah memang destinasi yang pasti dikunjungi kalau pergi ke KB. lagipun saya memang suka ke pasar - bukan apa, sebab biasanya disana banyak subjek menarik dan berwarna-warni sesuai untuk fotografi.

CATZ said...

tunfrida..
u patut pi sana..u kan food lover jugak kann....hiksss...best tau..macam2 adaaa....
the original kelantan food.

CATZ said...

makdara,
sgt unik...tak terdpt di tempat lainn...sebab tu suka ke sana..
knp tmpt lain takde buat konsep mcm ni kan??
tentu menarik..

CATZ said...

DrSam,
saya setuju, bila ke Kb..tampt ni mesti pegi...bagi saya pasar adalah temlat yg best...lagi2 di pasar siti khadijah...unik..melambangkan budaya..
penuh warna warni..dan boleh dpt mcm2 di situ...food dan segala benda..
best sgt..
kan best kalau konsep ni di bawa ke negeri2 lain..
mmg best ke situ..sbb bleh jadi subjek fotografi kan...
sgt colouful..