Monday, November 3, 2008

Sambal hijau sotong

Sambal hijau sotong

Ni masak hari sabtu..

ada sotong kering, tapi tak tahu nak masak apa..nak buat sambal tumis cili kering tuh dah selalu buat..nak le lain sikit, tapi konsep sambal..
so ku tukar cili kering merah tu, guna lada hijau lah...simple je..

Bahan-bahan:

sotong kering (direndam)
bawang putih - 4 ulas
bawang besar (kuning/merah) - 1 labu
cili hijau -5 biji (besar2)
belacan - 1 inci
halia - 1/2 inci
jus asam jawa
garam
gula
minyak


Cara-cara:

sotong yg direndam itu dihiris ikut suka (catz rendam 5 jam) , masa nak wat bekpes pg tuh rendam le...ada juga yg rendam semalaman..ikut suka..
tumbuk/kisar cili hijau dengan bawang putih, belacan dan halia.
bawang besar dihiris kasar.
tumis bahan kisar hingga agak garing, masukkan bawang besar dan jus asam jawa.
Masukkan sotong, kacau rata, tambah sedikit air utk memasakan sotong itu.
Biar mendidih, kacau sesekali hingga kuah agak pekat.
Masukkan sedikit garam dan gula utk perasa..terpulang nak masin camana, If tak suka letak gula, tak payah letak pun tak apa..
kacau sebentar...angkat dan hidang.

8 comments:

CAHAYA said...

sedap lah!

nazzman ibrahim said...

wahhhh baru masuk terus nampak n3 makanan hmmmmm nampak sedap nihhhh

atty's said...

sodapnya,sutun

Josh said...

Tak pernah pun tengok sotong kering dimasak dengan cara ni.

Nak rasa!

Catz said...

cahaya..
mana u tau sedap..ekekkeke..tapi memang sedap pun (kejinya aku puji diri sendiri..tapi sapa nak puji kan..sebab aku je pun yg makan..ehehhe..so aku pujilah diri aku sendiri..heeheheh)

Catz said...

hi nazz..
nampak je sedap..hehhehe,,
kalau nak try cuba lah resepi rekaan ku ituh..hehhe

Catz said...

atty,..
yup..sutun kering sedap..aku rasa lebih sedap dr sotong basah

Catz said...

hi josh..
ni 1st time saya masak cam nih.,..biasa guna lada kering yg merah tuh..kalau nak rasa,,cubalah resepi rekaan ku itu..hiks..