Wednesday, February 18, 2009

Sotong paprik


Resepi ni utk cik roy kita yg sibuk nak resepi hari tuh (roy..gigih aku tulis resepi nih utk ko ye..aku tulis resepi ni sambil-sambil duk buat simulation transformer CST..kihkihkihkih...loft...shell..KHz.WCS..tak paham??..x yah paham,,kihkihkih...)

Bahan-bahan:

Sotong
halia
serai
daun limau purut
bawang putih
bawang besar
bunga kobis
kacang panjang/buncis
sos tiram
cili kering
garam


Cara-cara:

Bersihkan sotong, buang kulit, hiris bulat, cuci, toskan.
tumis bawang putih dan halia yg ditumbuk kasar.
Masukkan bawang besar (hiris kasar), tumis-tumis kejap.
Masukkan cili kering, kacau...kacau...kacau...masukkan serai (ketuk),
masukan sos tiram, kacau rata.
Masukkan air sedikit, kacau hingga mendidih. (kuah tu ikut suka nak letak banyak mana).
Masukkan sayur-sayuran..biar hingga layu. Kacau.
Masukkan daun limau purut, kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan sotong.
kacau 2-3 minit, angkat dan hidang.



2 comments:

Unknown said...

catz..best arr nampak sotong paprik ni..nak try buat la..

CATZ said...

roseazmi,
dah try belum...hiks...senang je kannn