Tuesday, January 27, 2009

Menelusuri Jln Malioboro

Sekiranya ke Jogjakarta, antara destinasi yg pasti dikunjungi ialah ke Jalan Malioboro. Kiranya cam destinasi membeli belah paling terkenal di Jogjakarta. Sepanjang lebih dari 1 km, kita boleh menelusurinya..boleh pilih samada mahu membeli di dalam toko (kedai) atau sidewalk shops yg terletak di kaki lima depan-depan kedai.
hari pertama, belum ada agenda jadi lepas checkp-in, solat dan rehat sebentar, destinasinya ke malioboro. Di sini juga terdapat Mall seperti Malioboro Mall.

menelusuri kawasan Malioboro, kita boleh pilih pelbagai kenderaan. yang terkenal ialah beca dan kereta kuda atau lebih dikenali sebagai andong di sini. Tak payah susah-susah nak cari kerana mereka terdapat di merata-rata. Meraka yg akan offer mahu menghantar ke mana-mana. Ikut destinasilah charge nya dan perlu tanya dahulu harga serta boleh tawar menawar. if derang tahu kita apelancong memang akan di letak harga mahal. So pandai-pandai lah tawar. Dan kalau naik beca, if nak naik berdua, baik tanya diap-siap harga utk dua org sebab..kdg derang ckp "10 ribu ". tapi bila turun, dia minta 20 ribu, bila kita argue dia akan cakap " siapa bilang 10 ribu utk satu beca, 10 ribu satu kepala, ibuk berdua, jadi harus bayar 20 ribu"..so kena tanya siap2..



Selain kedai-kedai menjual cenderahati, batik-batik dan etc, ada juga dijual makanan...kat Jogja ni, mmg tak akan lapar punya sebab terlalu banyak org berniaga makanan..so boleh pilihlah..nak mkn di rumah makan (restoran), Lesehan dan juga gerai/warung etc, jika tqk kisah, boleh je makan kat mana-mana. Lesehan ni tempat mkn di tepi jalan, mcm deretan warung, tempat duduknya atas lantai..alas tikar getah. Cuma nasihat saya, berhati-hati makan, tgk tempat dulu, bersih ke tak...etc..if perut tebal tak pe. Saya mmg tak berani mkn sembarangan, takut berulang ke toilet dah lah kat tmpt org. Takut perjalanan dan plan terganggu, so mkn kena hati-hati juga ya.....peniaga berada di semua tempat. It was like..jln 5-6 langkah jumpa stall..jln sket jumpa org jual food..uihhh..cam tuhlah..rasa teringin juga try segala local food yg dijual peniaga di sepanjang jln sekitaran, cuma sebab fikir macam-macam, dan trip saya sgt pendek, terpaksa tahan selera..iskk...rugi juga rasanya.
oh ya...pesan guide saya, if nak mkn di lesehan, tanya harga dulu dan sediakan wang kecil sbb masa mkn tuh..akan adaaa je org dtg minta wang..mcm mintak sedekah kot...so sediakan duit kecik..1000 rupiah gitu...
aku tanya.."mmg kena bagi ke??"
pak wibowo kata.." di sini, mcm budaya ..so kenalah bagi.." isk..


Untuk membeli belah, boleh pilih samada beli di kedai kaki lima atau di dlm kedai. Terdapat begitu banyak kedai yg menjual batik Indonesia. Saya berkesempatan membeli belah di sini. Tapi bagi saya, terpulang lah nak shop di mana, cuma ada sesetengah benda lebih baik beli di toko-toko. Contohnya, batik, bagi saya if nak yg berkualitas dan cantik, baik beli di toko walau harganya agak mahal tapi worth. Mcm cenderehati, t-shirt etc...beli di kaki lima pun oke..kalau pandai, boleh dpt harga berpatutan dan berkualiti.Sila guna skill kepandaian anda menawar ya. If tak bagi kurang, tinggal je pi kedai lain. Hiks...dan rugi lah sebab masa ni aku tak guna lagi skill bahasa jawa aku..RUGI! sebab, menurut pak wibowo, aku akan dpt harga jauhh lebih murah if dia ingat kita org tempatan.
tak banyak photo dpt ambil. Masa ni hari Ahad, org terlaluuuuuu ramai oke..dan jln kena lah hati2 bagai, so mmg tak sempat sgt le nak snappy2 nih...
Ternyata shopping di malioboro sgt worth if pandai cari yg murah dan kulaiti yg bagus. semua kedai, peniaga berlumba2 nak tarik pelanggan, so mcm2 cara promosinya...mcm kat bawah ni..

Hiks..JUALAN RUGI katanya...hahahah..

Setelah letih kaki, serious la..tak cukup masa..plus hujan lagi..tak byk kedai saya masuk...sempat singgah ke malioboro Mall...singgah Jco donut..haus dan lapar..uhhh..



Malioboro di waktu malam

bersambung....

8 comments:

Unknown said...

Waduh..waduh..ibuk..kok jalan lagi? ngak ngomomg-ngomong sama saya...heheheh..seronoknya..banyak shopping..gila saya tengok kain kayan tu..

makdaracute said...

baru berkesempatan utk baca blog catz...last week terlalu bz...bestnya dapat jenjln...terus rasa bangga jadi anak jawa ya? hehehhe...akak pun anak jawa gak...jawa batu pahat..

Anonymous said...

wah jualan rugi pun ada ka? kalau rugi nak beli pun takut.
isk best nyer jenjalan. mesti barang murah kan??

CAHAYA said...

JCO kat sana rasa lain x Catz?

CATZ said...

roseazmi,

plan last minute lah...tetiba decide nak pegi..takdelah soping banyak mana..short trip je..kat sana..batik2 mmg cantik..pilih je yg mana..

CATZ said...

mak dara,

catz pun jawa BATU PAHAT!..
hihihihii..samalah kitaaaa kan...

CATZ said...

anaiz..
yup..siap buat jualan rugi tu..hehhehee...nak kata murah..murahlah jugak..cuma kena pandai menawar..if dia tak bagi..blah je pi kedai lain..

CATZ said...

CAHAYA,
eh..lain ke ek..
catz rasa lebih kurang sama je..
catz kat KL pun tak pernah pegi Jco..mkn sebab org beli..hahaha.Jco ni asalnya dari Jakarta...tuh yg sjaa try yg originally indonesia..hiksss