Lala ni masak last week...saja masak coz tgk lala kat supermarket murah (ni alasan nak masak lah ni..logik keww??..aku kalau tak masak jadik tensi..)..catz masak simple je...free style punya campak-campak..gaya bebas.
Bahan-bahan:
Lala - 500 gm
bwng putih - 3 ulas
bwng besar 1/2 labu
sos tiram2 sudu besar
sos cili 2 sudu
sos tomato - 1 sudu
cili api 7 biji
halia - 1 inci
serai - 1 batang
air
garam
Cara-cara:
Bersihkan lala, toskan.
Tumbuk bwng putih , bwg besar dan halia.
Tumis bhn tumbuk hingga naik bau, masukan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
Tambah secawan air.
Masukan serai dan cil api (ketuk).
Biarkan sos mendidih, masukan lala.
Kacau-kacau, tutup sebentar supaya lala masak dan kuah pekat.
Kalau suka bleh tambah sedikit garam.
Gaul rata, angkat.
sedia utk dihidang....
lalallalalalallalalala.....
nampak cam plain je kan..tapi...ehmm.paham-paham je la..laallalalallalalala..
Monday, June 30, 2008
Lala goreng simple
Posted by CATZ at 8:42 PM 3 comments
Labels: Lauk pauk
Sunday, June 29, 2008
Dinner di dalam hutan bakau
Malam terakhir catz d Langkawi, rasa nak pi makan di Barn Thai. Ni sebab pernah tgk restoran ni dlm program Jalan-jalan Cari Makan di TV3 few weeks sebelum ke sini.
Nak rasa unique experience makan di dalam hutan bakau..hhehehe..Restoran terletak di Kg Belanga Pechah, Mukim Kisap. Ni menghala ke Tanjung Rhu, lebih kurang 15 km dr Pekan Kuah.
Ini adalah entrance ke Restoran ni..kena park kereta di sini, dan jalan kaki masuk ke dalam..sambil-sambil itu, nikmatilah pemandangan hutan paya bakau. Restoran ni idea oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir. Di bina oleh YTL.
Pengunjung kena melalui jalan ni sejauh lebih kurang 450meter jauhnya sebelum sampai ke restoran. Pemandangan hutan bakau ni menyejukkan mata lah. Mula-mula catz nak pi malam. bila fikir balik, apa yg aku nak tgk kalau pegi dah gelap kan.so went there around 6.30pm, onthe way balik dr Tanjung Rhu.
Hehehhe..bergambar dulu dengan pokok bakau sebelum makan. 450 meter nih aku rasa jauh sgt..kehkehkeh..tu lah..never exercise..jalan sket dah penat. Tapi ada beberapa pangkin rehat boleh duduk kejap kalau penat. Aku sampai duk pikir, ada ke restoran kat ujung jln ni..tak nampakkk punn..
Kalau tgk review kat internet kata ada Jazz band, masa catz dtg takde lagi...awal kot lagi masa tu..Struktur bumbung ni betul-betul terletak atas meja catz..
Haa..ni masa perjalanan balik..dah gelap. Masa ni pukul 7.45 mlm. Kalau dtg lepas kul 8, dan balik after 9..lagiii gelapp....hhehehe..takut...kalau pi ramai-ramai oklah..
Posted by CATZ at 9:12 PM 8 comments
Labels: Jalan-jalan, Jom makan, Langkawi, Vacation
Saturday, June 28, 2008
Friday, June 27, 2008
Riwayat sebiji kek coklat
Hi..nama saya kek coklat..
Catz sedang bancuh saya, sambil tgn sebelahnya pegang kamera, kalau kamera masuk dlm adunan ni, jadik kek kamera bersalut coklat.hahahha!
Ini lah bahan-bahan saya:
3 biji telur ayam
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak (minyak masak biasa or minyak jagung)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Aluminium foil
Cara-cara:
1.Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder bersama-sama. Letak tepi kejap.
2.Campurkan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk kecil, letak atas api kecil dan kacau hingga semua bahan cair sebati (api kecilllll saja taww). Letak tepi sebentar supaya suhunya turun ala2 hangat ke arah sejuk gituh (apa istilah aku pakai nehhh...kweng-kweng).
3.Panaskan pengukus (kejap lagi nak kukus kek nih).
4.Pecahkan telur dalam bekas lain, pukul dgn sudu atau garfu sebentar, tak payah sampai kembang. Pukul-pukul manja je...hehhe.
5.Campurkan telur ke dalam adunan bahan tadi. Gaul rata. Kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit, gaul rata sebentar saja ye.
6.Masukkan adunan dlm loyang. Tutupkan loyang itu dengan aluminium foil supaya nanti air kukusan tak jatuh menitik atas kek. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. Tutup.
30 minit pertama jgn buka penutup pengukus tu. Kalau nak intai ke, tunggulah dah 35 minit ke..
(cat suka intai kek coz nak tau tahap kenaikan dan kegebuannya...kehkehkekh..
7. Lebih kurang 50 minit, try cucuk, if takde melekat lagi ke pencucuk tu, dah masak lah tuh.
Sejukkan sebentar sebelum keluarkan dr loyang dan menghiasnya.
Kacau hingga cair sebati.
ehm....nampaknya ada org nak makan saya..opis mate catz....catz bawa saya ke opis dia utk dimakan beramai-ramai.... tata...!!! (Saya dengar, kwn-kwn catz kata, rasa saya sg sedapppss..hiks)..
Posted by CATZ at 9:19 PM 10 comments
Labels: Kek
Thursday, June 26, 2008
Jom Ikan Bakar
Catz surf on internet for another makan place in Langkawi..and i get this info from one of the internet forum.
Macam best kan...rupanya tempat ni sangat popular and pack during lunch hour. So kalau nak makan sini kena dtg awal or else takde apa yg tinggal. Pukul 11 lebih dah boleh dtg makan..catz tak sure lah pukul berapa they start business hour, but people who experienced regularly eating here said..pukul 11 dah buka utk lunch.
This kedai makan called 'JOM IKAN BAKAR' served masakan kampung, ikan bakar , ulam-ulam and plenty choices of lauk pauk. So sapa suka masakan kampung datang lah sini. Ikan di bakar segar, u can choose several types of fish like siakap, ikan keli etc.
Lihatlah betapa packnya time lunch. Ni pukul 12.45 tengahari lebih kurang. Selain local people, bas pelancong pun berhenti di sini, so sgt pack oke...and makcik kedai sangat busy..wow..good business lah..
Untuk memudahkan, air di sediakan secara layan diri. Derang dah bancuh air siap-siap. Masa tuh ada sirap limau dan teh o ais . So sila lah ambil gelas sendiri dan amik sendiri air ok...
Dan masa ku tengah meletakkan air ke dalam gelas..i heard someone said to me " Dikk...akak nak teh o ais 3.." dgn anak dia merengek-rengek..maklumlah kedai sgt ramai manusia ok..and time tuh hujan (aku sampai je terus hujan..). So mak relakan hati menolong lah...and lepas tu bila aku dah bagi gelas berisi air teh o ais kat dia, aku pun angkat gelas aku nak pi meja..and this lady said "..ehhh..kena amik sendiri ke?".. hhehe...aku senyum-senyum jek.. Muka mak ni sure mcm waitress kedai makan kann..hiks..ada bakatt..hiks..Oh ye..air segelas sgt murahhh... 50 sen je.
Nasi dan lauk pauk pun layan diri. So amik le nasik dan lauk sendiri. Masa tu terdpt pelbagai lauk, sotong, ikan kari, ayam, asam pedas, sayur-sayuran, pejeri nenas plus terung, ulam-ulaman dan ikan bakar yg dah siap dibakar. Terung bakar pun ada. Ikan dibakar segar , so sgt best nampaknya oke..
Catz had ikan siakap bakar, terung bakar, ulam-ulam, sambal belacan and pajeri nenas campur terung dengan nasi putih.
Selain dalam kedai, palanggan boleh makan kat pondok-pondok kecil (eh..benda ni kita panggil pondok ke??)..ada meja dan kerusi kat pondok tu...so boleh le menikmati lunch itu dgn bestnya.
Kedai ini terletak dekat dengan lokasi Beras Terbakar. Kalau dari situ menghala ke Padang Matsirat, keluar ke main road, belok kiri..terus je..jumpa satu trafic light dekat dgn masjid. Kedai ni dalam 200 meter je dari trafic light tuh.
Jom ikan bakarrr!!!
Posted by CATZ at 1:55 PM 6 comments
Labels: Jalan-jalan, Jom makan, Langkawi, Vacation
Ke Makam Mahsuri..
aCatz dah banyak kali ke tempat ni...tempat bersejarah Mahsuri..sebelum ni takdelah ambil gambar sgt..but this time coz dah ada camera vouge..saja lah klik-klik.. (aku takde modal nak blog sebenarnya..ehehhe)
sekian..
Posted by CATZ at 11:18 AM 2 comments