Thursday, June 26, 2008

Jom Ikan Bakar

Catz surf on internet for another makan place in Langkawi..and i get this info from one of the internet forum.
Macam best kan...rupanya tempat ni sangat popular and pack during lunch hour. So kalau nak makan sini kena dtg awal or else takde apa yg tinggal. Pukul 11 lebih dah boleh dtg makan..catz tak sure lah pukul berapa they start business hour, but people who experienced regularly eating here said..pukul 11 dah buka utk lunch.
This kedai makan called 'JOM IKAN BAKAR' served masakan kampung, ikan bakar , ulam-ulam and plenty choices of lauk pauk. So sapa suka masakan kampung datang lah sini. Ikan di bakar segar, u can choose several types of fish like siakap, ikan keli etc.


Lihatlah betapa packnya time lunch. Ni pukul 12.45 tengahari lebih kurang. Selain local people, bas pelancong pun berhenti di sini, so sgt pack oke...and makcik kedai sangat busy..wow..good business lah..

Untuk memudahkan, air di sediakan secara layan diri. Derang dah bancuh air siap-siap. Masa tuh ada sirap limau dan teh o ais . So sila lah ambil gelas sendiri dan amik sendiri air ok...
Dan masa ku tengah meletakkan air ke dalam gelas..i heard someone said to me " Dikk...akak nak teh o ais 3.." dgn anak dia merengek-rengek..maklumlah kedai sgt ramai manusia ok..and time tuh hujan (aku sampai je terus hujan..). So mak relakan hati menolong lah...and lepas tu bila aku dah bagi gelas berisi air teh o ais kat dia, aku pun angkat gelas aku nak pi meja..and this lady said "..ehhh..kena amik sendiri ke?".. hhehe...aku senyum-senyum jek.. Muka mak ni sure mcm waitress kedai makan kann..hiks..ada bakatt..hiks..Oh ye..air segelas sgt murahhh... 50 sen je.


Nasi dan lauk pauk pun layan diri. So amik le nasik dan lauk sendiri. Masa tu terdpt pelbagai lauk, sotong, ikan kari, ayam, asam pedas, sayur-sayuran, pejeri nenas plus terung, ulam-ulaman dan ikan bakar yg dah siap dibakar. Terung bakar pun ada. Ikan dibakar segar , so sgt best nampaknya oke..

Catz had ikan siakap bakar, terung bakar, ulam-ulam, sambal belacan and pajeri nenas campur terung dengan nasi putih.

Pajeri nenas ni sangat best dan sedap, catz bagi A++..dan nenas dia besar-besar, dicampur terung..syiokk..


Selain dalam kedai, palanggan boleh makan kat pondok-pondok kecil (eh..benda ni kita panggil pondok ke??)..ada meja dan kerusi kat pondok tu...so boleh le menikmati lunch itu dgn bestnya.
Kedai ini terletak dekat dengan lokasi Beras Terbakar. Kalau dari situ menghala ke Padang Matsirat, keluar ke main road, belok kiri..terus je..jumpa satu trafic light dekat dgn masjid. Kedai ni dalam 200 meter je dari trafic light tuh.
Jom ikan bakarrr!!!

6 comments:

Mimi said...

menarik tempat nieh.. kan besh kalau ada kat sini...

btw baju catz sama cam waitress dorg ke? heee...

CATZ said...

memang menarik...aku suka sebab dia takde kat sini cozz..kalau ada..habislah kita semua jadi semakin kembang..hahhahhaha.
baca aku x sama ok..waitress derang takde uniform okey..tuh yg dia hengat gua ni wautress situh..huhuuhuh

Penang - Used Item said...

apasal aku baca blog ini macam maria tengku sabri punya ayat... anyway.. good photo journey and makan.. the pajeri really look very good!

CATZ said...

hi azibam..
erk..cam maria tenku sabri?..erk..next time TV3 nak tak ek panggil catz jadi host rancangan jln2 cari makan tuh..huhuhu...catz pakai ayat rojak jek..
pajeri tuh i tell u..sgt mableshh okeyy..best..sedap..meletopsss..makan tak hengat..

SYUKS said...

lawalah pondok pondok makan ... very the kekampungan.. i like...amboi catz..gambar gambar u sekarang dah meletop letop..jumpa shah dan abang BM hari tu..kita nak ajak catz satu hari untuk klik klik,,, boleh??

CATZ said...

yer..memang lawa..pondok-pondok tuh..
besttt makan situ..kedai ni kedai biasa je..tapi food dan suasana dia best lahhh..next time kalau pi sini definately akan pi kedai ni,,kedai ni jumaat tutup..

klik-kilik,...erk..encik..saya sgt malu coz tak reti lagi guna kamera..ambil gambar sgt hentam saja..lainlah u olsss...dah terer..
tapi..menarik juga cadangan ituh...u ols can be the sifu eh...