Tuesday, June 17, 2008

udang goreng kari


Nak masak udang..tapi tak tau nak masak apa? catz ada simple resepi. Cepat dan sedap.

Bahan-bahan:

15 ekor udang sederhana besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu serbuk kari
2 tangkai daun kari
sedikit butter

Cara-cara:

Bersihkan udang, gunting bhgn belakang, buang hitam-hitam tu, cuci bersih.
Goreng udang sebentar dalam 1.5 minit - 2 minit.
Angkat, toskan dan letak tepi.
Tumbuk bawang putih dan halia.
Masukkan butter dlm kuali, cairkan. Dah panas masukkan daun kari.
Dah naik bau, masukkan bahan tumbuk dan serbuk kari, goreng hingga garing.
Masukkan udang tadi kedalam kuali, kacau.
Angkat dan hidang.


2 comments:

syukur said...

menyelerakan... tak nak buka restoran ker.. atau buat buku resepi ker?? boleh buat duit tu.

Catz said...

restoran??
soon..hehhehehe...ala masak main2 jek le..nanati dah terer baru pikir nak bukak restoran...

buku resepi?..saya pernah menyumbangkan resepi utk buku resepi yg dijual utk kutip tabung MAKNA last year..tahun ni mungkin ada lagi..