Friday, June 27, 2008

Riwayat sebiji kek coklat

Hi..nama saya kek coklat..


Catz sedang bancuh saya, sambil tgn sebelahnya pegang kamera, kalau kamera masuk dlm adunan ni, jadik kek kamera bersalut coklat.hahahha!

Ini lah bahan-bahan saya:

3 biji telur ayam
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak (minyak masak biasa or minyak jagung)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Aluminium foil

Cara-cara:

1.Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder bersama-sama. Letak tepi kejap.
2.Campurkan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk kecil, letak atas api kecil dan kacau hingga semua bahan cair sebati (api kecilllll saja taww). Letak tepi sebentar supaya suhunya turun ala2 hangat ke arah sejuk gituh (apa istilah aku pakai nehhh...kweng-kweng).
3.Panaskan pengukus (kejap lagi nak kukus kek nih).
4.Pecahkan telur dalam bekas lain, pukul dgn sudu atau garfu sebentar, tak payah sampai kembang. Pukul-pukul manja je...hehhe.
5.Campurkan telur ke dalam adunan bahan tadi. Gaul rata. Kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit, gaul rata sebentar saja ye.
6.Masukkan adunan dlm loyang. Tutupkan loyang itu dengan aluminium foil supaya nanti air kukusan tak jatuh menitik atas kek. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. Tutup.
30 minit pertama jgn buka penutup pengukus tu. Kalau nak intai ke, tunggulah dah 35 minit ke..
(cat suka intai kek coz nak tau tahap kenaikan dan kegebuannya...kehkehkekh..
7. Lebih kurang 50 minit, try cucuk, if takde melekat lagi ke pencucuk tu, dah masak lah tuh.
Sejukkan sebentar sebelum keluarkan dr loyang dan menghiasnya.


Haaa... inilah rupa saya setelah dikukus selama 50 minit...

Catz sedang double boil cooking chocs utk mandikan saya dengannya..again..tgn sebelah dia sibuk dgn kamera..cara double boil ialah ambil satu periuk, didhkan air. amik periuk kecil lain, buh coklat masakan tu dan letak atas air mendidih tadi. Campurkan sedikit susu cair dan butter.
Kacau hingga cair sebati.

Tengok..catz dah siram saya dgn coklat guna scrapper itu...ehmm..hangattttt..


Kemudian catz bubuh coklat rice ke atas saya...

ehm....nampaknya ada org nak makan saya..opis mate catz....catz bawa saya ke opis dia utk dimakan beramai-ramai.... tata...!!! (Saya dengar, kwn-kwn catz kata, rasa saya sg sedapppss..hiks)..

10 comments:

Anonymous said...

Hi Catz,

I'm one of your silent readers. Teruja plak tengok u buat kek tu...boleh kongsi resepi tak?

Thanks.
Zue

CATZ said...

hi zuridah..

welcome to my blog..hiks..thanks sudi baca blog i..
resepi kek tuh saya akan updet letak kat entry tuh...
anyway..thanks for visiting my blog..

catz miow miow..

Bangla Tambak Johor said...

apsal ko tak letak hiasan/badam..straberrry atas dia nyaaaaaaa

Bangla Tambak Johor said...

ko hias yang camni nyahhh..
http://puterihani.jugem.jp/?page=1&cid=5

ada entry tajuk choco choc again tuhh

CATZ said...

ada plan nak letak..tapi malas ah nak pi kedai beli, lg pun aku nak habiskan stok benda2 yg ada dlm kitchen kabinet tu dulu before stock up barang-barang dapur. Now aku jarang balik ke apartment, karang berkulat. Nanti lain kali aku beli bhn kuih kat bakery nak stock up badam flakes etc.now nak kasi clear semua stock lama dulu.

SYUKS said...

ya Allah.. very the creamy and chocolathy.... sedapnya ... bila aku nak try rasa ni Catz ??? jemputla kita kita orang ni... huaaaa

CATZ said...

hehhe...yup..sgt chocolathy..melekat kat tekak makan...ehmm..nyum-nyumm..
nak rasa..?..ehmm...apa kata u try dulu resepi tuh..kalau tak jadik baru i buat tuk u olsss.

hotcocoa said...

catz, bole tak i bakar kek ni? n nak tau rs kek ni dh cukup manis ke? or mmg kene letak topping baru ok. tq :)

CATZ said...

hi hotcocoa,

saya tak pernah bakar..tapi ada yg buat bancuhan sama dan bakar.derang kata jadik..tapi kalau nak moist..gebu...mmg kukus lah...
dgn bahan yg di bubuh, dah cukup manis dah....toping tuh utk cantik je..
hiks..

:)

hotcocoa said...

catz, i dh buat weekend lps. i bakar, menjadik n sedap. i x buat topping pun abis sekelip mata. tq!