Unpacking
cuci kain seluar baju
kemas..
kemas..
kemas...
sapu....sapu...
kulit kering..
bibir kering...
eh..balik satu flight dgn seorang YB ahli parlimen , dato dan datinnya. kebetulan 2 kali. Makan kat satu restoran kat perth, sebelah meja dgn mereka. Balik dlm flight oso duduk sebelah mereka.Penat aku senyum kat datin tu. ketat je mukanya..ye lah..mak ni rakyat biasa je...uhukssss. Sapalah mak nihhh....
eh...
sesambil aku buat entry ni..aku tgk cerita Rashid Sibir..
dialog yg buat aku tersenyum..
"asyik-asyik lauk ikan dgn kicap...ikan dengan kicap...ingat kucing ke apa kita ni?"
saboooooo je....hiks. Ikan tu sedap dan berkhasiat ok..aku makan nasik dgn ikan goreng tadi. 2 kali tambah.
eh...dah berapa kali citer ni diulang daaa...iskkk..asssterooooo nihhhhhh...
Wednesday, September 30, 2009
i'm bek....
Posted by CATZ at 2:59 AM 9 comments
Monday, September 28, 2009
laut itu biru...
Berkesempatan ke Victoria Quay, FREMANTLE, WA.
Hampa hatiku (Ungu feat lis Dahlia & 7 Kucarci)
Pernah kah kau merasa
Pernah kah kau merasa
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu
Chorus: 2x
Pernah kah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernah kah kau merasa
Hatimu Kosong
Buang saja smua kata cintamu
Buang saja smua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu
.
.
.
.
.
.
at Victoria Quay, Fremantle..
spend 1/2 hari je kat sini. Pi beberapa tourist attraction.kalau ke Perth mesti pegi sini....
Perth - Fremantle boleh naik cruise, bas atau train. or kalau berani maybe boleh sewa kereta drive sendiri. Sewa kereta murah je kat sini.
entry akan menyusul nanti..tempat ni cantik..
Posted by CATZ at 8:42 AM 9 comments
Sunday, September 27, 2009
sedikit catatan di Melbourne
sedikit catatan wisata ke Melbourne.
Aku tgh selsema ni.
Maybe cuaca sejuk.
Since hotel di Perth ni provide complimentary broadband internet, so aku gagahkan le utk menggunanya.
Kalau tak guna mcm rugi.
Sekadar sedikit catatan..
Ha..sebelum tu..adalah drama di airport kannnn...pasport aku tercicir!!
Dah masuk dlm flight..aku tak pasti camana passport aku boleh mencicirkan dirinya sendiri sebab seingat aku benda tu mmg sentiasa ada dlm beg hinggalah masuk dlm flight.
Dah siap kira penumpang bagai...tetibaaaaa..
"perhatian kepada penumpang bernama catz miow-miow!!!...catz miow-miow!!..sila kenalkan diri anda kepada cabin crew.." 2 kali ulang tuh..
ehhhhhhhhhh..tu bukan nama aku ke tuuuu??????
aku cepat2 kenalkan diri kat peramugari bertugas yg duk terkial-kial tgh nak tutup tempat simpan beg atas kepala aku. "saya catz miow-miow.."
cepat2 dia panggil kakitangan yg cari aku tu..
seorang kakitangan lelaki muncul dan ckp..." minta tunjuk boading pass"..
ehhhhhhhhhhhhh..aku dah suspen..aaaa...napa niii??? mak berdebar-debar dup dapp dup dap.
dia tgk dan ckp.."ni passport you..tercicir??"
aku terussssss ala-ala nak gugur jantung u ols..hah?? bila masa benda ni cicir..mcm pelik je..kan.
kakitangan tersebut ckp..
"passport u takde cop pun?? u lalu auto gate ke??" dan tanya aku berkali-kali.
Cop apa benda pulak??..kan aku ni warga Malaysia...
apa dia ingat aku ni warga ostolia yg nak balik negeri kewww???? muka aku ni ada mcm minah saleh ke?..muka jawa adalah kan.. or maybe dia ingat aku dah migrate ke sana..ala kan ramai je org malaysia dan jadik warga Australi@ ek..ek...
aku blank kejapppp...tah le...
dlm otak aku..nasib baik depa jumpa dan pulangkan...if dah sampai melbourne baru perasan passport aku tadek, kan haru..mau aku nangis tersedu-sedu karang...nak masuk melbourne tak leh..nak balik malaysia pulak nak masuk passport tadek...ala-ala sebelah kaki kat melbourne, sebelah kaki kat KL..camna tuh??????
tak ke very de drama tuuu?? Tak pasal-pasal mak kena makan tidur kat airport mcm cerita apa tuu.....yg tersadai kat airport takleh kemana-mana tu...apa ek..oooo...'The terminal ' ke..?
Memang rasa nak lempang diri sendiri sebab cuai.
Ni bukan 1st time aku terjebak dlom drama cam ni...
teringat few years back kat INCHEON airport, Korea. Haaa..dah masuk dlm flight baru perasan hand bag aku takde..yg ada kat tgn cuma passport dan beberapa airport shopping beg yg dlmnya ada coklat, teddy bear tah hapa-hapa.. Tu lah...leka duk shopping (pompuan ni selagi nampak kedai..sebelum masuk dlm flight asyikkkkkkk nak beli jugak..huh)...
so tak pasal-pasal berlaku drama marathon di airport...habis peramugari dan peramugara kat kat pintu kapal aku rempuh..naik korean air kot masa tu. peramugari tu siap jerit " u can't get out now...!"
aku dah tak kira....lariiiiiiii keluar ke tempat cek boarding pass tuu.hahhahaa.....ada la sorang mahluk terlibat dlm acara drama lari-lari aku ni..kehkehkeh..sure dia ingat punya. Setau aku dia baca blog aku..hehhehe...
Nasib beg aku jumpa..kalau tak sure aku nangis nak terjun kapal. Camana nak balik rumah.
Kunci rumah, beg duit segala benda dlm hanbag tu. Dah lah aku tinggal sorang-sorang..ada yg kena pecah pintu rumah ala-ala nak merompak karang nak masuk rumah.Eh nak balik pun camana..duit satu sen pun tadek.
eh...jauhnyaaaaa menyimpangg..kehkehkeh..
sambung catatan Melbourne...
Ketibaan di bumi kangaroo disambut oleh hujan yang agak lebat.
Penerbangan selama lebih kurang 9 jam yang meletihkan. Aku banyak tidur selain mendengar music..
haa..kan gatal mentel namanya..pi dengar lagu raya pulak. Aku ada bubuh beberapa lagu raya yang aku suka..
antaranya:
Dendang perantau
lagu sudirman
lagu salam lebaran
dan beberapa lagi.
Sayu pulak dengar lagu raya.....tapi takde lah sampai menangis pun.
Melayan perasaan dgn lagu-lagu jiwang..
Sampai di Melbourne dah malam.
Dan nasib jugaklah takde problem dgn beberapa benda yang dibawa. Declare siap-siap, melalui pemeriksaan dan ALhamdulilah beg aku cuma di scan je. Tak kena bukak pun. Ada pasangan pakcik makcik tu beg derang siap kena bukak dan keluarkan semua barang. Mungkin melawat anak kot sambil beraya, bawak macam-macam..maklumlah..raya...tak sah la kalau tak bwk benda-benda berunsur raya...kan.
Sebelum tu penuh tangan aku kutip segala brosur, peta dan segala info pasal melbourne kat arrival hall tu. Bagusnya kerana banyak versi peta dan info. So dari situ dan jugak research sebelum pegi..dah cukup lah utk jalan sikit-sikit.
memang takdelah plan nak berjalan beriya sgt..lagipun asyik hujan je.
Dah book bilik di Hilton...so straight away ke sana.
Malam, hujan lebat dan sejukkkk.... berlari-larian tarik beg. ewahhh...
Sampai bilik aku ala-ala terbongkang dah..penat sakit pinggang duduk lama dlm flight. Laparrr..
so ..settled with megi. Fuh..sedap gila aku rasa megi ni..mcm makanan tersedap dlm dunia lah kan...mandi..solat..berkelubung dlm bathrobe tebal , minum teh panas dan megi....uuhhhhhh..
Posted by CATZ at 6:02 PM 16 comments
awning terbakar....
baru bercita-cita...nak pakai tudung baru.
pesen apa tu yg tengah 'in' now ni..
tudung ikin..tudung indon..kan..
ala..yang ada 'awning' tuuu....
wah...
1st time ni aku nak pakai...
excited gosok tudung...
tetiba...
zasssssssss..
aaaa.......awning mak terbakar....
salah suhu kot...
tah camno....
so..pasrah lah..dah tak boleh pakai gamaknya...
yg terbakar belah dalam.
kalau aku tunduk je takde lah nampak part terbakar tu..
tapi tak kan nak tunduk jewww....
uhuks..
so..dah tak leh pakai..
dahh..kempunan kangaroo nak tgk aku pakai tudung cenggituh....
Posted by CATZ at 2:48 AM 8 comments
Saturday, September 26, 2009
perjalanan diteruskan..
perjalanan diteruskan ke Western Australia...
4 jam penerbangan dari Melbourne ke Perth.
1st time naik Virgin Blue...not bad...
walau aku kadang rasa bosan...
nasib baik lah aku ni naik apa-apa pun cepat je tertidur.
Tak sedor time bila tah take off aku tgh membuta time tuh.
Nyenyak gila ...
tapi once tersedar payah nak lelap mata.
now baru aku paham pasal benua Australia ni.. (tu la..dulu suh belajo Geography aku malas..)
Catz at Tullamarine airport, Melbourne
Masa nak sampai, aku nak nangis. telinga aku sakit gilaaaa...pastuh aku tak dengar apa-apa..kalau dengar pun sayup-sayup je. Aku dgr sket2 je peramugari buat pengumuman masa nak landing..
aaaaaaa...makkkk..tinge kita...tinge kitaaa...maakkkk tinge kitaaaa..aku siap berpeluh-peluh..kepala pening dan nak muntah..rasa nak demam bagai...
Dah banyak kali gila naik flight ni lah aku experience ear pain ke apa benda nama dia ni...
sampai kat arival pun sama...aaaaaa..veryyy takot. Tapi akhirnya....ok semula selepas aku duk picit idong dan hembus...sakittt pulak tu...Alhamdulilah dah ok.
will update later lah. hotel ni dpt broadband free. tapi takde masa nak update dan edit gambar.
cerita pasal melbourne pun karang-karang la..
ok..nak kuar.
bersambung.
Posted by CATZ at 6:11 AM 18 comments
Labels: Australia
Friday, September 25, 2009
pandangan dari atas
selamat sudah. dah 5 hari. will update later.
nak masak.
menu dapur cik kiah di melben today:
sambal udang
scalop masak cili api (tetappp aku nak cili api kannn..)ikan masin goreng grilled salmon
sejuk.
sedap makan.
Alhamdulilah.
Posted by CATZ at 3:33 AM 13 comments
Labels: Australia
Monday, September 21, 2009
Andai kutahu
andai kutahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umuruku
andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
TUhan jangan Kau ambil nyawaku
reff:
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai kutahu
malaikatMukan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu
ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu
aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga
---------------------------------------
A.W.A.Y
akan update jika ada kesempatan.
Posted by CATZ at 9:08 AM 7 comments
Labels: Lagu ku
sedikit catatan raya
hows ur raya??
mine?..best.. great..cool..
eh not bad lah raya aku this year.
walau pun ala-ala low key , but i had fabulous raya.
sekadar sedikit catatan..
managed to 'masak munjung' seorang diri sebelum balik kampung. bersilat di dapur seorang diri. haa.. kalau u ols punya munjung adalah sesama jiran, aku punya munjung ni merentas benua gitu... antara benua Selangor dan Johor..kelazzz tak..?
mangkuk tingkat yang berisi, ketupat, ayam masak kurma, lodeh, rendang daging dan kuah kacang.
-Selamat jugak sampai Johor walauuuuuu tersadai kat KLIA 2 jam menunggu orang dan hampir disaman oleh abang polisi di KLIA yang garang itu.Ketarrrr aku bila polis tu mintak lesen dan IC sebab aku park dekat 2 jam depan area ketibaan. "kalau u tak nak bergerak...i saman."
Terpaksa aku berlakon telepon kuat2 konon org yg aku tunggu dah nak keluar dari balai ketibaan. He-he.
flight katanya sampai 9.30...sekaliiiii dekat pukul 11.00 baru nampak bayang orang yang ditunggu.
So kami meredah kepekatan malam dalam hujan lebat di lebuhraya. Daddy call suh beli lemang, Carik lemang tapi tak jumpa. yang dijumpai adalah signbod "LEMANG ADA DIJUAL DI SINI". ha-ha. hujan lebat..so abang-abang dan kakak penjual lemang dah balik rumah. Ehhh..tetiba sampai area Pekan Rawang nak sampai Muar, jumpa peniaga lemang. Excited aku melompat turun dari kereta konon2 nak borong lemang. Sekaliiiii...adik penjual lemang yang menolong abahnya (lingkungan umur 5 tahun dan cute) cakap.."akakkkk lemang dah habis...yang tengah masak ni lama lagiii..dalam 2 jam kot baru masak"... aaaaa....takdelah aku nak tolong membakar lemang di situ dlm hujan renyai-renyai bawah khemah tu. Terus je lah balik rumah. Kempunan lemang.
Ops..ahli-ahli rumah dan rombongan balik kampung tadi bergotong royong makan 'punjungan' aku tadi pada pukul 2 pagi. Makan secara senyap , samada terlalu lapar sebab lama dlm flight pastu 3 jam meredah highway dlm hujan lebat ke Johor ..atauuuu makan senyap sebab aku masak sedap. heh.Aku bajet reason yang 1st la.
Ha...mlm tadi kan...sempat lah berkabooommmm..kaboom....main bunga api..aku kompius sebenarnya antara mercun dgn bunga api. Bunga api pun bunyik kaboommm-kaboom jugak ke?? Yang aku ingat dulu masa kecik-kecik aku main bunga api cap kucing yang tadek bunyik tu je. Dah besor-besar aka tua bangka ni aku tak gemor dah bunga api bagai. so aku tgk je lah beberapa kanak-kanak ribena tua main bunga api / mercun sambil tangkap gambar. Mahalnya modal nak main bunga api ni. Idok le aku nak membakar duit aku. Tapi ada kawan aku ckp..dia dpt bunga api kabom-kabom dgn harga murah.
Aku tanya, mana dia dpt??..dia ckp.." konstabel polisi dkt rumah aku.Hasil rampasan"..erkkk??? apekahh????
Tapi...memang makan hati laaaa jiran-jiran aku tahun ni. sebabnya bunga api kitarang cam nak sambut new year punya bunga api tu..ala yg mcm korang tgk pertunjukan bunga api tuuuu ..terbang meletoppp..kuar cahaya bentuk bunga tuuuu..(kayanyaaaa org yg beli bunga api ni kannnn..)
Yang kelakar..bila kitarang kaboooommm je.....jiran pun bakar gak bunga api/ mercun jugak.
eh..tercabar tuu..
Tapiii..bunyik bunga api mereka yang ala-ala je lah kan..haaa...so kitarang ala-ala terkehkeh-kehkeh mendengarkan bunyik mercun/bunga api mereka yang ala-ala mcm bunyik tayar beskal nak pancit tu..kihkihkih..dan dengan kejinya adik aku bakarrrr lagi bunga api melotopppp kuat.
Haaaa...org raya makan ketupattt, ko makan hati lahhhhh senah dgr letupan bunga api rumah mak.....kihkihkih.
err..ni bukan kasut aku..ni kasut raya ketua pengutip duit raya.
" ehhhh..KETUPAT AKUUUU!!..ketupat aku atas dapurrr!!!! " dah lah tgh beratur panjangggggg..padan muka ko kiah..nak beli jintan yg ko gatal beli kasut buat apa....lepas bayar zoooommmmmm balik rumah..lega. Nasib baik rumah aku tak terbakar. kalau tak ada yang masak dlm khemah.
Ha..ini lah dia ketua pengutip duit raya tu, cik Anis cenonet gebusss.
Tgh bertelepon dgn kawan dia borak pasal collection masing-masing la gamaknya.
KPDR: berapa dah collection??
KD: 2 juta
KPDR: err..2 juta rupiah ke?..rumah mana yg ko ambush tuuu??
KD: mak aku bawak pi rumah wakil rakyat la..ko nak alamatnya??
KPDR: mesti la nakkk.....nak suruh abah kita bawak ke sana jugak...
KD: lusa katanya ada open house ahli parlimen,..kita jumpa di sana lah..
kihkihkih...
eh...raya tahun ni mcm lain la...kurang meriah..lepas tu kan..sebelum ni,time raya mana ada kedai makan bukak..ada yg bukak pun kedai mamak kan..mlm tadi dlm perjalanan aku balik ke negeri selangor..eh..jumpa banyaknya kedai makan bukak dan org adalah super ramai di kedai makan.Tak mcm raya pulak. Mereke menonton bola dan TV di kedai makan. ehmmm....
dan malam tadi menyaksikan perlumbaan di hiway. mentang-mentang la kereta tak banyak..puhhhhh..dah mcm litar F1 lebuh raya PLUS tu...dasat eh.Tau le Malaysia now dah ada team F1, kalau pun nak prektis utk merebut jawatan pelumba tu, agak-agaklah kannn..derang dah ada calon dah...tak yah le nak tunjuk teror banggg...tak baik bahayakan nyawa orang lain.
Posted by CATZ at 6:11 AM 8 comments
Labels: raya
Sunday, September 20, 2009
Pulang berhari raya
Selamat tiba pulang berhari raya....
walau terpaksa meredah hujan lebat di lebuh raya, di malam raya, sambil dengar lagu raya,
membawa kuih raya, kek raya, juadah raya.
"Biar kulit segelap Almond London,
asalkan hati sesuci kuih Bangkit,
Biar iman sekental Dodol, jangan senipis Rempeyek,
Biar jiwa selembut Bahulu, asalkan secantik biskut Dahlia,
senyumlah semanis Wajik,
agar lebaran disambut dgn bermakna."
SMS ni saya terima dari seorang rakan di Johor Bahru,
err...sapala yang reka kata-kata tu ye..?
motip..segala kuih terlibat...apekahh...
Posted by CATZ at 9:14 AM 0 comments
Saturday, September 19, 2009
projek kek cik kiah
projek malam tadi : kek coklat
ni sesambil update lepas sahur ni pun tgh duk kukus sebijik lagi.
kek coklat kukus yang sgt mudah dan ringkas saja bahan-bahannya.
(psssssttt...sebenornya kan...kek ni je pun yg aku reti buatttt...keh ke kehhh)
kek coklat (ahaaa...merekah sikit, tapi tak pe. Pagi raya karang buh topping bagai, tak nampak ngehheheheee)
tempoh mengukus adalah lebih kurang 45-50 minit.
haaa...dah siap!!
Posted by CATZ at 6:32 AM 6 comments
Friday, September 18, 2009
main masak-masak raya (part 1)
pegi pasar -----> ramainya orangggg..
now:
kupas bawang (sambil menangis-nangis)...
rebus cili
basuh daging
kupas kentang
basuh ayam
goreng kacang..
blend itu ini..
bersambung..
Posted by CATZ at 6:28 PM 4 comments
Operasi...
Sudah di penghujung..
so...upacara masak-masak buka puasa di bulan Ramadhan sudah hampir berakhir.
Rasa tak best... sebab aku rasa yang meriah ialah bulan puasa.
Bak kata kucing oren gemukkkkk, Ramadhan is fun, raya tu mcm over-rated ye katanya.. (ni kucing oren yg ckp...ehekkksss).
Sayu pula rasa nak meninggalkan Ramadhan kan....
Baca kat facebook org, rata-rata kebanyakaknnya dah balik kampung, on the way balik kampung...
kalau tak pun sempat buh status kat facebook " sedang berada di hiway"....
aku masih kat rumah la...
operasi besar-besaran hari ni.
baru hegeh-hegeh nak mengemas.
operasi hari ni mengemas. arghh..atas, bawah, kiri, kanan, depan belakang.
(rasa mcm nak pinjam bibik org sebelah rumah..uhuks).
Posted by CATZ at 8:12 AM 6 comments
Labels: bla...bla..
Wednesday, September 16, 2009
pantasnya Ramadhan berlalu..
cuaca..
sejuk. Bulan Ramadhan tahun ni sejukkk sgt. Bilik aku dah mcm peti ais aku rasa. Macam duk eskimo pun iye jugak. Aku dah buh suhu 27 darjah pun aku still gigil. Apatah lagi aircond ni duk ngadap katil. nak off tak boleh, bilik aku tadek kipas. karang aku menggelupur kepanasan pulak.
konsepnya mcm peti ais. kena On snetiasa, kalau tak makanan dlm tu basi.
aku dah pakai stokin, dah pakai baju panas turtle neck. still aku gigil sejuk.
Tarik comforter berkelubung pun tak jalan.lagipun susah nak menaip dlm selimut.
Last resort, aku bukak lemari, aku amik winter jacket . so now i'm settled in winter jacket.
Memang le mcm gila bunyiknya pakai winter jaket bulu-bulu kat leher kat dlm bilik kat Malaysia ni.
Kat obersea time winter pun org tak pakai winter jacket dlm bilik lah kiah,
Tapi aku pedulik apa kan. sana ada heater.
sini kes aku ni lain.
Gasak la..janji aku boleh meniarap , menaip sambil tgk TV dgn selesa.
Feeling-feeling duk dlm iglu. keh-keh-keh.
ehmm..
aku rasa down je lately.
entah ye..
bulan Ramadhan begitu cepat sgt masa berlalu.
Tahun ni mcm tak sempat kira hari. Tetiba nak raya dah..
Ok..memang lah aku tak terawih penuh pun. Camno nak penuh, puasa pun tak penuh.
tup tap tup tap....ehhhh..
Tetiba...nak raya?
aku?..raya?..ehm....
entah la..takde feeling nak raya pun.
persiapan raya?
entah..takde.
yang aku concern cuma persiapan family je.
Aku satu apa pun tak beli. Baju raya pun aku jumpa kebaya tahun lepas yg aku belum pakai lagi.
Kasut raya? tak de jugak. tak beli.Takde mood lah nak beli apa-apa.
aku berjaya borong kerepek semalam. Tapi satu pun bukan aku punya. Semua org punya. orang kirim.
takde napsu nak beli utk diri sendiri.
Tah le..mmg takde mood aku nak beraya..langsung takde.
ehm..
otak aku duk berjalan...ingat thesis . aaaa....aku tak boleh pikir pasal benda lain dah.
Then pikir kerja, thesis, and segala trip tah ke mana-mana.
Tension gak. tu yang aku masak hari2. utk releasekan tension dari otak aku duk pikir pasal thesis.
orang duk kulu kilir shopping utk raya, aku duk carik benda lain.
Beli baju panas dan carik mknn segera.
2 hari lepas aku pi jusco, cari rendang segera..mknn segera.
and now tgh pikir nak packing. Ehm...
Tah le..nasib le mak paham kondisi aku.
Nasib le kan...dpt jugak raya sekejap walau sehari.
Then i'll fly to somewhere.
bukan pi beraya.
kalau pi Mekah tu baru la kira pegi beraya.
uhuks.
Bukan le aku sedih.cuma aku takde mood.
flat la..
pantasnya ramadhan berlalu. kan best kalau bulan ramadhan ni 3 bulan ke...
kan..
Posted by CATZ at 10:19 PM 14 comments
Ucapan Selamat Hari Raya
Selamat Menyambut Aidil Fitri,walau di mana jua berada;
Maaf Zahir & Batin.
kepada yang memandu balik kampung, berhati-hati di jalan raya.
Catz.
sticky entry. entry terbaru ada di bawah entry ini.
Posted by CATZ at 12:14 AM 25 comments
Labels: ucapan
Jalan-jalan cari kerepek
Pusat penjualan kerepek di Bandar Banting.
Terletak di depan bangunan MARA Banting (dekat teksi stand).
semalam pi sini utk survey harga kerepek, sebab kawan2 kirim.
ehm..
banjirr...uhuks..
Nampak tak air tu tak?.kesian peniaga di sini. Malam sebelum tu hujan lebat, habis banjir kawasan gerai. aku nak pi satu gerai ke satu gerai pun kena singsing kaki seluar sket dan lompat..ahhaha..ptg ni aku nak pi lagi..harapnya air dah sepenuhnya surut.kesian peniaga-peniaga ni..org tak ramai masa aku dtg semalam. Gerai pula banyakkk sgt pilihan. pandai2 lah carik harga terbaik.konsepnya kalau beli banyak, boleh dpt potongan harga lagi.
selain kerepek, ada macam-mcm kuih raya. Harga di sini agak berpatutan berbanding dgn tempat lain..
Posted by CATZ at 12:10 AM 19 comments
Tuesday, September 15, 2009
Bahulu gulung: Kuih tradisional??.....nahh...ori punya.
dont play-play..
sgt tradisional. Bahulu Gulung Original dari Batu Pahat.
gambar ni aku amik masa mak ku duk buat bahulu..
aku?..tolong....tolong tgk..ke ke ke...
bahulu mak aku ni sgt azab membuatnya..
kenapa azab??
no mixer/mesin apa2 mesin kuih..no oven...
menggunakan kederat tgn kaki empat kerat dan guna sabut kelapa utk membakarnya.
yang PALING azab ialah tang memukul telur dan gula..
jgn harap le nak pakai mesinn...
guna tangan u ols..
ala..aku lupa pulak amik gambar alatannya...cihcihcih..
aku takut betul masa kecik-kecik dulu time mak aku nak start projek bahulu dia..telur bukan sikit2 tauuu..tah berapa puluh sekali buat...nak pukul pakai tangan..gilir-gilir kitarang adik beradik..dah le semua pompuan (if ada yg lelaki cam ni pun tataw lah boleh harap ke tak kaedahnya..kihkihkih.) Turn nya kan...sorang 10 minit..ganti..10 minit..ganti..tadek ngelat-ngelat. Tapi seingat aku, kak long yg paling gigih sekali. Aku selalu carik jalan nak mengelat..ha-ha-ha. penat tau. nak-nak time bulan puasa. azabsss. mahu tekak kering ngadap kuih bahulu. hausss.
Nak ngelat lagi, buat-buat le muka mintak kesian..muka ala-ala kelemahan akibat berpuasa.
Lepas tu buat le terbariing-terbaring..sure mak aku kesiannnnnn....kehkehkeh.
Ha...marilah mula membakar bahulu..persiapannya dlm 2 minggu gak le kan ...nak keringkan sabut bagai. ha..bubuh dlm loyang adunan bahulu tu.
ratakan...jgn tebal sgt..kalau guna senduk tu, kira satu senduklah bubuh dlm loyang..
ha..tutup..
ha...sebelum tu kan, sebelum proses membakar, kenalah sediakan api utk bakar sabut. bila sabut dah terbakar bubuh kat bawah tungku dan atas penutup loyang..
proses membakar mengambil masa dalam 7- 8 minit (agaknya la...hiks)
2 peralatan penting...playar dan penyepit. playar utk angkat penutup loyang.
penyepit tu untuk sepit sabut.penutup tu berat tauuu.
tunggu..
kenalah jaga apinya..dan buka penutup sesekali utk memantau..
ha..bukak..dah ok masaknya..angkat...
puasa kiah..ko puasa..
dan cepat-cepat gulung. kalau dah sejuk karang keras susah nak gulung.
dah gulung...
makan panas-panas sedap...!!
dulu-dulu mak buat utk makan sendiri dan utk beri kepada saudara mara. Tapi sejak 10 tahun yang lalu, emak amik tempahan sikit-sikit. Kawan-kawan kakak aku dan adik yang tempah.
Tahun ni mak tak amik tempahan sebab bekalan gula terhad. Ada gak yang mintak mak buat.kalau ada rezeki adalah..
ha...ori kan?
Posted by CATZ at 11:38 AM 17 comments
Labels: kuih raya