Tuesday, September 8, 2009

cerita hot dan sedih.

1. cerita masakan hari ni.

ni apa ek?..cekodok??..macam bukan..eh..memang bukannnn... (ini adalah meatball yang tak berapa jadik rupanya..kihkihkih). sangat keji rupa parasnya. aku ni yg edit gambo ni pun kompius kepada diri senirik.
eh..tapi kan..apa kisah pada rupa kan? yang penting rasa. korang kan selau tgk nigella*** masak. haaa..rupa masakan dia bukan ke kdg tuh tah hapa-hapa. Tapi sedapppp je aku tgk dia makan ..masak..makan..dan mmg over pun kdg bahannya. kalau letak coklat selambak. kalau buat sandwich tu siap lenyek pisang,sapu peanut butter tebal-tebal...buh pisang lenyek tu banyak-banyak..pastu buh cheese pulak seketul..then baru kapit. kembung gila kan. pastu utk lebih menyumbat jantung lagi, dia goreng pulak dlm minyak.. dah sandwich tu nampak berminyak gila. rupa sandwich tu mak oiii...tebal dgn isi terjojol-jojol bila dia potong. Mana ada rupa kemas-kemas cantik mcm kita buat sandwich sardin kan?? pastuh sedap je dia sumbat ke mulot dgn rupa yang seolah2 ckp.." woiii...sedap nak mampos tauu korang kalau tgk je tak buat, rugii,,,rugi...ko cuba tau..cuba..kalau tak cuba, huh..siap ko".
kan?

mee sup yang ber-ball-ball. (macam ada cekodok hangus sesat dlm sup kann??)


ho..aku dah pandai la nak membunjut wantan ni. (sesi naik lift senirik tekan nak naik tingkat berapa..)

merasmikan steamer baru..Hot...Hot...

macam tak semenggah jugak rupanya....salah teknik lah..
aku kena carik steamer hok bamboo tuh...yg biasa org guna utk steam dim sum tu.
sapa tau kat mana nak beli?


2. cerita malam ini.

aku keluar tadi lepas maghrib ada urusan penting beli teh ais kat kedai mamak. so lalu dekat deretan rumah kedai kat bandar kecil tempat tinggal aku ni. lalu depan deretan rumah kedai kan sempit sebab dah le kiri kanannya parking lot tuan punya unit2 rumah kedai tu kan. so aku drive perlahan melalui deretan kedai tuh..tiba-tiba stuck. ada kete berenti depan aku. berenti tengah jalan. so aku pikir..tah2 dia tunggu org. takpe..sabo..sabo. aku tak berapa suka nak hon2 ni. kereta belakang aku dah start hon. dan aku rupanya block kereta kat parking lot utk kuar. tuan punya kete itu buat isyarat suruh aku hon kete depan aku. aku pun hon la. tiiinnnnnn!!!!
tak bergerak. aku tinnnnnnnnn!! sekali. tak gerak jugak. eh..eh..kejam nya.kot ko nak tunggu org park la elok2..bukan takde parking lot pun.

dah berlawan-lawan hon kete belakang dan kete yg aku ter-block tu. pakcik tuh buat isyarat suruh aku hon panjang bertalu-talu.
eii..aku pun hon la...Tiinnnnnnnn!!!!!! eh...ponnnn!!..ponnnn!!! ponnnnn!!!! ponnnnnn!!
org depan aku tetap tak gerak ko. azab dol. aku takut gak nak hon panjang2 bertalu. Mana tau mamat kete depan tu kuar dan hempuk cermin kete aku ke...kan ke ngeri tu.
aku terbayang pulak ..tah2 mamat depan tu tgh menunggu kawan seperompakan dia. mungkin dia dan geng dia tgh rompak kedai dekat situ. Tapi....kedai dekat situ kedai baja. takkan rompak baja kot. takde plak kedai emas kat situ. eh..tak pasal-pasal aku kena jadi saksi tempat kejadian masuk dlm rancangan 999. Glemer cik kiah 2 minit.

aku dah mcm hot...rasa kuar bebola api kat atas kepala aku..HOT!! .aku blink-blik lampu pulak. Pun tak gerakkkk jugak. adoi. then ada sorang budak lelaki pi kat kereta depan aku bagi tau yg belakang kete dah berderet, so boleh tak ko gerakkk supaya org boleh lalu. org tu tetap buat derk... (apesal budak tu tak campak je tebuan ke apa kat dia??)
waduh tega sungguh dia ni ek. mmg telinga kuali agaknya.

So pertandingan hon sapa kuat pun berlarutan. aku pun dah tak kira..aku hon bersungguh-sungguh. Akhirnyaaa..dia takde pilihan bila kereta dari depan nak lalu. If kami tak jalan kete depan oso stuck. dan kete depan aku pun move, ke tepi dan park. eh.....ada perasaan rupanya.
Aku toleh..laa..seorang lelaki, aku agak berumur 60-an. entah-entah kurang pendengaran kot. sabo..sabo..buang karen je hon beriya tadi. saboo je. Ni bulan Ramadhan kiah. Dugaan nak pegi tarawih.

3. Cerita Sinetron di TV.

Aku ter-follow satu cerita ni. sadisnya cerita. kisah seorang isteri yang kehilangan anak. Duk tgh cari anak dia dgn hasben dia, hasben dia kena langgar.koma 6 tahun. mak mertua dia tak ngaku dia menantu lagi.kena halau.
Lebih sadis lagi dia telah terjumpa bapak kandung dia yg dah lama menghiloangkan diri. Kayaaaa banget bapak dia ni. TAPI, yg sadis tu bapak dia mati-mati tak ngaku dia anak. Sebab bapak dia takut dgn bini dia sekarang yang lawaaaa banget + cun melecun. Bapak dia oso tak ngaku bini lama dia yg dia tinggalkan itu. Dah le tu...bini lama tu sakit mata yang hampir-hampir jadi buta. So watak perempuan dlm citer ni asyik malanggg aja.
Dah le suaminya (sebelum eksiden) tlh dingorat oleh bos tempat mereka bekerja. Bos perempuan perusahaan tersebut suka banget dgn suaminya. Muncul jugak watak ex-gf suaminya yg juga mahu merebut balik suaminya...waduh..gawat deh. kesiannya perempuan ni. Dah le dia sgt miskin. Anak nya hilang gara-gara diculik oleh org suruhan ex-gf nya. isk..isk.... pendek kata kan senah, kalau tgk citer ni ko kena bawak mangkuk tadah air mata..sebab watak utama ni malangggg aja.
setelah dihalau mertuanya, dia sewa bilik dgn mak dia yang sgt putih dan lemah gemalai (yg hampir buta tu). (cerita org miskin daif tapi baju derang lawa-lawa, handbag siap matching dgn baju, siap pakai skaf kat leher..lipstick warna cantiknyaa..veryyy de moden). (aku selalu kompius bila tgk drama..adegan bangun tidur tapi muka siap pakai mekap cantik2 berlipstick bersolek cam nak pi KLCC). ok sambung citer tadi. Dah le anak dia hilang, kena halau, takde keje, pi carik keje..duit habis utk bayar ubat hasben yg koma kat ICU. sampai rumah sendiri takde karen sbb tak bayar bill. takde duit. lepas tu kena halau dgn tuan rumah pulak sebab 3 bulan tak bayar sewa. so derang tidur tepi jalan tiba2 ada operasi..derang kena tangkap....lepas tu...ehhh bersambung pulak esok..

aduh..menitik2 air mata aku tgk drama ni.hihihihi. sedih dan syahdunya...malang bertimpa-timpa. kalau kumpul air mata aku sampai last episode agaknya ada la 3 baldi.
kihkihkih.

42 comments:

Rarai said...

emmm kak, pasni nk try wat dim sum la..wantan kukus tu nmpk beshhh!ehh sinetron apekah itu..share2 pls..i nk tgk kat utube..kot2 ado..xsbr nk nangis satu sungai ni..

Mas said...

sedihnya sinetron tu.. mmg tak real.. LOL..

Mas said...

catz.. buh fuction search my blog senang i nak cari resepi

en_me said...

me hingatkan ko yg bernasib malang, ghupernyer cik kiah dalam sinetron tv tewww.. uhuhu

The Modern Woman said...

dear catz,

can you take over the asian food channel? Msian 'Nigella' :P I can't wait to try your wantan recipe! More pls :D

ateh... said...

catz kamu ni memang best la dalam memakan makanan ni...semua makanan nak kamu wat.bgus2 rajin

CAHAYA said...

okay je aku tgk masakan ko tu. kalau perfect sangat nampak artificial.

nizz said...

hai sis,
wantan tu,versi untuk kukus,kulitnya tkboleh gunan yg tu,yg cik kiah wat tu sesuwai utk goreng ngan rebus jerk,kalau nk kukus beli kulit yg vietnamies popia...hahah crita sal pemandu malaysia nie akak rasa la kan kalau tiap2 tahun masa nk renew lesen jpj wajib kan kita amil test lagik,huhhh jwpanya 3/4 semua tak past kot...hahah (wah gelak keji gitewww)

kucingorengemok said...

1)kedai baja pun simpan duit, cik kiah, curik duit la buat apa curik baja..

2)dugaan nak pegi tarawih ko bukan nak gi beli teh ais ke? haha...

linahilmin said...

1. sedap je nampak meatball tu!
2. wantan pun nampak sedap; kat mn catz jumpa kulit tu? (kes nak tiru lah ni!)
3. citer apa catz tengok ni, mcm tak pernah tertengok pun!

CATZ said...

aianna,
akak nak cari pengukus yg buluh tuh..nampak best..mana nak carik ek??
cerita tu?..cerita SEKAR kat chanel PRIMA. pukul 3 ptg dan ulangan 10.30 malam..hiks..

CATZ said...

Mas,
sedih gila ceritanya.sinetron indon. asyik malanggggg aja...baru nak happy kejap dah malangggg lagi...
isk...mak bawak mangkuk tadah air mata..kihkihkih.
tapi yg heran tu, baju yg dia pakai vouge2 je semua..pi FOS kat Bandung kot..hahaha..

CATZ said...

Mas,
camana nak buh function search tu..tak reti..ajar meh..

CATZ said...

en me,
aku pun dua tiga menjak ni asyik malang je..cuma tak diwar-warkan kat blog...sedih lor..tensi.

CATZ said...

premmy..
hahahhaa...play-play only lah..kehkehkeh..masak tah hapa2..
tapi best gak tu kan ...isk..tadek sapa nak panggil i jadik host ke..kihkihkih.
weh..u should try the wantan. but in order to maintain our waistline, better steam instead of goreng.

happy cooking.

CATZ said...

ateh,
memasak utk releasekan tension sebenornya. masak je hilang stress.

CATZ said...

ateh,
memasak utk releasekan tension sebenornya. masak je hilang stress.

CATZ said...

cahaya,
a'ah kan...kalau perfect sgt mcm buat pakai mesin pulak..hihihi.

CATZ said...

nizz, thanks for the tips..
:).
ooo..ketawa golek2 ko ye...very de keji..
blog u apa ye?..share lah..
:)

@xiM said...

TERUS AKU RASA NAK PI BELI STEAMER SAT LAGI..HOHOHO

CATZ said...

kog,

1. eh..org rompak kedai emas,dia rompak brg kemas..mana dia rompak duit kan?..so i tot sama kaedah perampokan kedai baja..kehkehkeh..

2. time tu aku dah beli dah teh aisnya...nak balik pi terawikh pulak la...eh ko jgn la jeles disebabkan SW sampai sekarang belum bukak lagi..hihihih

CATZ said...

linahilmin,

1. nampak je sedap..hehheheh...
2.kulit wantan cari kat hypermarket. saya beli kat tesco..boasanya supermarket besar ada jual.
3. cerita SEKAR. channel PRIMA. citer kul 2 ptg- 3ptg..ulangan mlm kul 10.30.
sediakan baldi sekali bila tgk citer ni..hehehe..asraf sinchlair berlakon youu..

CATZ said...

axim,

beli jgn tak beli.nak beli yg harganya berpatutan..ko spend 100 kat giant, so that ko bleh beli steamer cam aku punya tuh dgn rege 29.90. harga asal 69.90. besar dan 2 in 1. bleh jadik periuk besar atau pun steamer.besar..boleh steam kek sekali.berbaloi-baloi..

kucingorengemok said...

eh catz, yang ko beriya tengok ni sekar eps tu ke (aku sllu ingat tajuk dia mmg sekar eps sbb kat info tulis gitu, rupanya sekar episod sekian²... haha)? aku tak larat tengok cite tu, sebab pelakon ppuan dia banyak yang ada misai, tak seswei! hehe, keji tak tahap kepekaan aku?

aku nak pindah aaa, majok ngan sw!

DrSam said...

Peminat setia Nigella lah ni ye. Memang nampak sedap aje depa tu. makan mesti memuji-muji sedap sebab depa aja yang rasa. Tak sedap pun depan TV mesti berlakon sedap punye.

Eh...CATZ, bulan puasa ni tak dehidrated ke sebab asyik berbaldi-baldi nangis tengok drama ;)

CATZ said...

oi kog..
misai??
misai??..mmg keji noks tahap kepekaan ko..
kehkehkeh..
nyesal aku terfolow..asyik nak tgk je...sebab nak tgk malang apakah lagi yg akan menimpa..huhuhuh..
weh..asraf sichlair berlakon you..

ko nak pindah???..betui keww??

CATZ said...

DrSam
i wish i can be like Nigella..
masak.makan..masakk..makan...masakk..makan..
hiks...dan membuat duit dgn rancangan masakan dia tu..huhuhu.

takdelah dehydrated..sebab malam minum pun berbaldi-baldi gak..hahahha..

nizz said...

sis
gue malas nk wat blog arrr,baca blog owang lagik afdal kot,kalau wat blog pun tak der owng nk baca agaknya,sbb aku akan tulis bab tennis jaaa,aku nie gilak tennis tahap kritikal...

attyfir said...

rasanya kalo nak kukus gitu cuba cari kedai cina..takpun kat jalan pudu..

aku pun suka tgk citer Nigella..tuh..

CATZ said...

nizz..
ko teror tennis?
boleh ajar aku tak?..ko duduk mana?
aku dari dulu mmg bercita2 nak teror main tenis..tapi cikgu aku meninggai pulak..masatu dia baru je ajo camana nak pegang dan hayun reket..
kehkehkeh..
(sebenornya aku yg malasss).
kihkih.
raket tenis aku duk tergantungggg je..

CATZ said...

atty,
kalau ko rajin surveykan la..aku nak ke jalan pudu tu pun tak tau..hihihi..

aku mmg suka style nigela..masak campak2..tak yah sukat2 sgt..
hehhee..

nizz said...

sis
hahah tk sangka ko pun ala2 minat tenis,yg gue tahu pompouan minat netball jek(wahh lagi gelak ala keji lite2)...kalau akak ajar ko main renis ko rasa dinara ngan sarena william akan makan atie dak,mau nya depa2 tu bersara siap meroyan bagai...huhuhu,lokasi akak nie merata tempat siksa dik nk locate,paling banyak kat phuket lah tempatnya...hehehe

Saira said...

ala dalam add gadjet yang kat belah kanan tu ada.. just add jer.. can add blog list, label, dll..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz memang pandai masak!

linahilmin said...

oooo sekar ke? betullah si ashraf sinclair tu ye, nampak masa iklan.. ingat ke salah orang! x sker suara heroin dier!!! (suka2 aku takk sker kat suara org!)

mRsauRa said...

cam best jer catz...mi sup ada meatball kaaan...nigella bites mmg best...tapi dari catz citer jer dah buat kiter terliur...camner? ark ark ark

nota jari: skang tiap petang 6-7 layan wadi unung astro 105

ramadhan said...

ade satu kedai kat pasar borong selangor yg dok jual sgala2 bendalah. bamboo steamer tu mesti ade jual skali

CATZ said...

Mas,
akak dah add search button

CATZ said...

mama,
biasa-biasa je..
alamak..malu la pulak.

CATZ said...

linahilmin,
muka heroin tu di mana2 sinetron ada..
muka diaaa aja..
kihkih,.napa dgn sore dia?

CATZ said...

kikin,
akak pun follow wadi unung...
best!!!

CATZ said...

ramadhan,
thanks for the info..
ada masa karang aku terjah ke sana.