Monday, June 22, 2009

Kelas bahasa utk hari ini :

PANDEMIK

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pandemik berlaku apabila memenuhi tiga syarat:

  • Kemunculan penyakit baru dalam populasi
  • Ia menjangkiti manusia, menyebabkan sakit yang serius
  • Ia merebak dengan mudah di kalangan manusia.

Sesuatu penyakit bukan pandemik hanya kerana ia menular atau membunuh ramai manusia. Pandemik mestilah sesuatu yang berjangkit. Contohnya, kanser bertanggungjawab kepada banyak kematian tetapi tidak dianggap pandemik kerana ia bukan penyakit berjangkit.


sumber: wikipedia.


Dalam bahasa mudahnya,
pandemik ialah wabak yg merebak dlm populasi manusia sehingga merentasi wilayah/kawasan yg besar seperti benua dan boleh merebak ke seluruh dunia. Penyakit serious yang boleh menyebabkan kematian dan berlaku di seluruh dunia tetapi tidak berjangkit, seperti kanser tidak boleh dikategorikan sbg pandemik - sebab ia tidak berjangkit.
Cth lain pandemik ialah batuk kering, HIV aids.

NOW, influenza A H1N1 dah diistihar sebagai pandemik.
Di Malaysia now dilaporkan 50 kes, dan sudah berlaku local/domestik transmission.
Kena lebih berhati-hati nampaknya.


sekian. Kelas bahasa hari ini.

3 comments:

CAHAYA said...

thanks for the info. tadi dgr radio pun dalam 50 kes. huhu. seram.

makdaracute said...

terima kasih cikgu catz!!!!

nuruli33ah said...

disebabkan pandemik ni la kak catz, mak saye dh sound takyah pi bangkok, dia kate kat airport tu aje dh ade mcm2 virus agknye..so tak jd la saye..kalo nk jalan kite pi dlm negare je ek..oqe.