wooooshhhhhhhh....
I came back from PD late afternoon.
went to Gian+ Nilai* for ikan sayur belacan.
mak oi...ramainya manusia.
pack gila.
but managed to get 7 kilo gula. hehehhe..banyak pulak gula kat sini, and they dont bother how many kilos u take.
so haruslah aku beli...utk mommy.
BP tadek gula katanya...heran mak nih...
get belacan, udang, ikan, ayam, daging, sayur mayur, beras, minyak bagai.
stock ikan sayur for 1 week plus.
I hate shopping today. manusia terlalu ramai. asyik melanggar..terlanggar..dilanggar oleh troli org dan troli senirik. berejam beratur nak bayar. luar biasa ramainya org. since aku jrg le pi shopping time cam ni..aku rasa lemas. lemas.lemas.
uhhh...
Monday, August 31, 2009
I hate shopping : part 2
Posted by CATZ at 10:13 PM 17 comments
Sunday, August 30, 2009
aksi bahaya
juadah berbuka hari ini..
buah kurma
buah tembikai, rock melon
ubi rebus + kelapa buh gula
murtabak ayam + kuah bawang merah
roti john
bubur lambuk (sedapnyaaa)
kuih talam hijau
kuih beronok
kuih lapis
kuih seri muka
mee goreng
kuetiow goreng
ayam bakar + BBQ sauce
lamb BBQ + black pepper sauce
nasi arab + kambing panggang
samosa
popia
pecel
kebab
serunding
nasi putih
sayur pucuk manis (sedap!!)
ikan masak kicap
ayam masak merah
telur kurma
kerabu sotong
kerabu daging
saladssss
puding roti
kek
puding mangga
bubur jagung
ABC
air buah campur
air asam boiii
teh tarik
air kosong
hoo..bestnyaaaa..finally dpt makan segala 'bazar ramadhan food' (murtabak roti john etc)
kannn..bahaya kalau tengah tensi. Akan ada aksi mentekedarahmakan secara berbahaya.
hasilnya....terbungkang cam garfield.
Posted by CATZ at 11:20 PM 10 comments
Labels: bla...bla..
gigilll....
tensi...
cik kiah menjenguk kete yg masuk woksyop..
nak tgk kete dan quotation.
timing belt putus...mati tgh jalan 3 hari yg lalu..kena piston...kena valve 16 bijik (betui ke aku eja ni??..apa ke binatang tu??) ..bla..bla....tak nak dengar....tokey woksyop..ko tolong diammmm bule takkk...uwaaaaaa....
(kenapa nak putus sekarang?..belum tiba masa utk replace ok...)
tgk bil tadi..gigilll...aku gigill...bilnyaaa...aaaaaa
bleh beli 7 peti sejuk 2 pintu..
bleh buat down payment kete baru
bleh beli gelang emas besorrrr sempena raya..
bleh beli sebijik DSLR yang canggih manggih..
bleh beli buah rambutan 4000 kilo
buleh membiayai trip spain..
buleh pi trip bandung 3 kali
buleh pi trip langkawi 4 kali + soping pinggan mangkuk kuali...
buleh beli henbeg mahal seploh..
harghhhh....
erghh..
gigillll..
gigilll....
sejukkk..
Posted by CATZ at 5:34 PM 21 comments
Labels: bla...bla..
Saturday, August 29, 2009
Bandung - Travel Guide
Entry ni adalah ringkasan trip Bandung.
Ada beberapa org yang tanya tentang hal penginapan, transportation , shopping place etc sebab nak arrange trip ke Bandung.
Ada beberapa reader yang hantar komen nak tahu lebih lanjut tentang beberapa perkara.
Saya cuba ringkaskan beberapa perkara yang mungkin dpt membantu.
Aku bukanlah pandai sgt..cuma sedikit sebanyak yg aku tau je lah yg aku tulis.
Kalau dari Kl, nak direct ke bandung, naik Air Asia dari LCCT. kalau naik MAS kena ke Jakarta sebab MAS takde direct flight ke Bandung.Kalau dari JB, pun buat masa ni takde direct flight ke bandung. Kena amik JB- Jakarta. Kalau banyak masa, bagus juga kalau singgah Jakarta..so trip 2 dlm 1. Saya baca mana-mana forum, kalau pi Jakarta bandung, bagus if weekend spend di Jakarta. Weekdays spend di Bandung. Sebabnya, Bandung sgt sesak pada weekend dan cuti umum. Orang Jakarta turun ke bandung on weekends.
Oh ya..mengenai flight tix, kalau nak murah, time ada promo cepat-cepatlah beli tix. if dpt tambang kosong ke...untung lah...tapi kenalah rajin google 24 jam...hehhee..siapa biasa buat ni tau le kan apa yg kumaksudkan itew..bersengkang mata ..hiksss..
Dari Jakarta nak ke bandung, terdapat pelbagai pilihan. Boleh naik bas, naik kereta atau paling mudah, naik je keretapi ARGO GEDE. Naik di STASIUN GAMBIR, turun di stasiun BANDUNG.
Perjalanan 3 jam yang menyeronokkan bagi saya kerana train yang selesa dan pemandangan indah sepanjang perjalanan.
TAKSI di kota Bandung
Bagi catz, travel di Indonesia sebagai pelancong adalah amat mudah. Tak payah pun pegi dengan travel agent. sebab ada yang tanya samada catz pi travel dgn travel agent. Last catz pi Indonesia dgn travel agent was 2004 kot.. masa tu pi Medan-lake Toba- Brastagi. (Time tu aku belum kenal perkataan BLOG pun..ha-ha. Blog??..Binatang apakah itu??)
Actually terpulang kepada masing-masing lah. Ada pro dan kontra nya. ada yg kata, nak senang pegi dgn agent. Pegi dgn agent ni, pun mcm2 pesennya.. Ada yang arrange utk small group dan big group. Boleh beli flight tix sendiri dan amik je pakej ground di sana. Senang juga sbb dah ada org jemput di Bandara (airport), hotel agent dah arrange, nak ke mana2 ada org jemput, makan dah di arrange. Ikutlah nak arrange camana, nak includekan apa kan...bisa saja diatur. sediakan saja uwangnya dong. Tapi bagi pendapat saya, sebenarnya ia lebih mahal dr travel sendiri.
Or maybe ada benda yg kita tak nak include kan...cth makan. Ada kawan catz pi Bandung, makan derang tak masukkan. sebabnya?..SHOPPING TRIP. makan di mana saja sempat. Haa..koo..perempuan kalau dah shopping dia akan lupa makan. Kenyang berterusan katanya. keh-keh-keh.Lagipun..nanti aku explain why makan ni takdelah penting sgt kat sana bagi kaki shopping....hhhahhahaha.
Travel dgn agent ni nasib jugaklah. If pi ramai, Kena ikut masa orang, kena tunggu orang. Bila dah ramai mcm2 ragam dan karenah. Aku banyak experience benda ni. baik small group, baik big group.he-he.so dah paham sgt karenah travel dgn group tour. kuncinya...SABARRRRRR.
Dulu-dulu aku suka gak pi dgn travel agent. Travel sorang, join group yg diarrange oleh travel agent. Dapat kawan baru sambil travel fun jugak. Pernah dpt geng yg gila-gila satu kepala. best!
Aku ada kenangan yg best lah travel mcm tu..tu citer lain lah.hehheeeeeee..
Berbalik trip bandung (jauhnya mak melalut niii..)
aku nak citer kalau nak travel sendiri i mean, pi sendiri dgn kawan atau family, arrange sendiri.
Kosnya?? Ni catz cerita kereta / van yg dilengkapi dgn supir.
ok..catz dah survey di hotel. Kalau dari hotel, 12 jam kosnya lebih kurang IDR700,000. Kalau di Bandara, catz tak sure.
Kalau cari sendiri, kos around 500,000 12 jam (termasuk petrol, supir merangkap tour guide, parking,).If kurang dari 12 jam, half day ke..lagi murah lah. so kalau travel 4 org, kongsi lah 500,000 tu.jimat bukan?
depends lah..boleh negotiate lah dgn supir.
Nak ke mana?..boleh le bincang dgn ahli travel dan jugak supir. Ada org yg pandai nego dan dpt supir yg tak berkira, ko angkutlah ke mana pun sampai memalam buta pun dia tak kisah. ko bagilah dia tips ke..food utk family dia ke..
Oh...kat mana aku jumpa supir aku?
haahah..kebetulan. Aku jumpa dia kat depan stasiun bandung. kami jln kaki dari hotel ke Stasiun keretapi utk beli tiket ke Jakarta. Then nak pi makan, ada sorang menyapa kami dan tanya nak kemana. dah naik kereta dia, dia offer utk bawak jalan2 esok. so nego2 harga.
One thing lah kan...org Indonesia ni kalau bekerja tekun dan jujur. so if dah setuju harga, mmg dia akan berkhidmat sebaik mungkin. If janji suruh amik pukul 7 pagi., pukul 6.30 dia dah datang. masa kat jogja dulu..janji pukul 8pg, pukul 7pg dia dah terpacak kat lobby hotel. dan mereka sgt hormat tetamu mereka. Mungkin membawa pelancong adalah sumber rezeki yg lumayan bagi mereka. Supir aku ni, dia ckp dah biasa bawa tetamu dari Malaysia. So dia dah tau lah mana tempat makan yg Malaysian suka, tempat soping, tmpt menarik yg org malaysia suka. Mudah.
Tapi, bagi catz, kalau setakat nak shopping, duduk hotel dekat2 area yg dekat dgn Pasar Baru or fames factory outlets , naik cab je..tak perlu hire supir. naik cab bermeter ya ibuk-ibuk. Atau boleh je naik Angkutan KOTA (van). nak selesa naik cab je lah.
Sebelum pegi tu, baik research dulu , sbb if kita banyak pengetahuan banyak benda yg kita boleh jimat dan tidak mudah tertipu.
Nak pi sesetengah tempat ada bayaran masuk. Yang tu kena bayarlah..if pi dgn agent, maybe derang dah include kan..so baik tanya secara detail siap2 if nak travel dgn agent. Make sure worth lah dgn doits yg dibayar.
Hotel sgt banyak..dari budget hotel hinggalah hotel 5 star. Pilihlah ikut budget masing-masing. If pi dgn agent, tanya siap hotel jenis apa yg derang arrange. Make sure worth dgn doits yg dibayar. sebab tu kena rajin google. hehhee...
Now ni kat internet berlambak company yg menyediakan tempahan hotel secara online. Haaa...tempah tru sini mmg jauh lebih murah. Kalau ada offer kdg sampai half price tau. Hotel yg 200 USD pun kdg bleh dpt around 105USD. ni cth je lah...
Cth company yg sediakan tempahan online ialah tripadvisor. Ada banyak..search je.
Nak tinggal kat B&B or budget hotel pun banyak dan murah (menurut kawan saya yg travel secara backpack ke sana).
MAKAN
Bandung makan tak susah.Ramai org Islam, so nak cari kedai halal mudah je. Yang catz recommend, Dapur sangkuriang dan Restoran di kampung Daun. ada juga restoran Padang.
Makanan yang fames di bandung ialah siomay, baso tahu, baso malang, satey kelinci (arnab), Brownies Amanda, jagung bakar 4 rasa, dll.
Masakan Indonesia lain yang harus dicuba ialah ayam penyet, soto, dll. nnati aku tambah lagi.
Ok..
bab yang paling best di bandung.. SHOPPING.
kawan aku tanya..ko bawak berapa juta ke Bandung.
aku kata..sikit je..aku bukan nak shopping.
dia ckp.." NYAhhhhhhh..ko hilang akal keww?? sewell?? skru ko tanggal ke?? Bandung tu tempat soping ok...ko kena bawak doits juta-juta lemon ok...sana syurga shopping"..
aku garu kepala kejap. cek kot2 ada wayar tercabut. err..aku ok la..
Ok...bandung terkenal dgn factory outlet.. so bawak le duhet banyak-banyak kalau plan nak shopping. and get the best deals.
Antara factory outlet yang famous ialah RUMAH MODE (sebut MO-DEY), jgn salah sebut, kang cabbie tuh tak tau, kang sampai kalimantan pulak ko cik senah. Ia terletak di Jln setiabudi, dekat2 situ ada jugak donatello, Natural dan byk lagi.
selain tuh, pi factory outlet di Jalan Riau dan Jalan Dago. Ada sgttttt banyak factory outlet di jalan-jalan tersebut.
If nak carik jeans, pi Cihampelas..sana terdapat banyakkkkkkkkkkkkkkk kedai jual benda2 jeans ni.
Oh..kalau aku nak senaraikan..sampai esok pun tak habis (aku nak masak sahur ni kejap lagi..huhuhuhu..esok aku nak jln jauh sket...).
so antara kedai yg bagus..TOKO TIGA - if nak carik branded jeans (ORIGINAL) dgn harga murah..ops..reasonable...
Nka cari kasut.,.pi kat Cibaduyut..katanya hundreds of shoes store kat sini..(awww...harus nak balik kena sewa kontena kalau pi semua tempat..ke ke ke).
Nak beli barang immitation pun ada tempatnya. dan ada mcm2 gred. Antaranya di Rumah Tas.
satu hal yang aku suka, factory outlet kat sini cantik-cantik kedainya..hhehe..cthnya rumah mode..mak oi lawanya landskap dia...so bapak-bapak yang tak koser nak join ibuk-ibuk soping, bleh lepak kat luar..tempat makan pun banyak...sebab tu catz kata mkn kat sini tak susah...mana2 factory outlet ada tempat mkn depan2 dia...so pandai2 le....
ada kedai yg proper, ada stall etc. ada satu peristiwa kelakar. aku dah kehausan dan kepenatan.
aku beli air FANTA botol kat satu stall tepi jalan. 3 ribu regenya (tu diaaa....kat tempat kita bleh beli 3 peti sejuk..sana air sebotol jek..ke ke ke). dah bubuh straw..aku pun jalan le pelan-pelan sambil srotttt..uh...nyaman tekak niii....te-ti-ba..
"IBUKKK..!!!!!jangan di bawak lari botolnyaaaaaaa.!!!!!!!..."..ke ke ke. laaa...kena minum kasi habis kat situ jugak kewwww..kihkihkih..
sure ada yang tanya..kat mana shopping telekung bagai tu kan...??
ha..jom kita ke Pasar Baru. Tempat shoping 11 tingkat. Kat sini lah nak shopping telekung, busana Muslimah.dsbgnya. Ada beg, kasut dll...
kawan catz pegi last year, dia spend masa dari pukul 11 pagi hingga 5 ptg kat sini je..dasat kannnn....
Banyak gila kedai jual telekung..mcm2 warna, corak dan jenis kain...harga kat sini boleh tawar..
Ha..kat sini kan..tak yahy risau pasal makan minum kalau tak cerewet... ko rasa haus?..haa..begitu ramai penjual air....tak yah susah2..derang dtg kat kita...
Rasa lapar???Ramai je yg jual donut dan kuih-kuih...mcm2 ada....baru terfikir lapar, tetiba ada budak dtg kat aku.."buk..donut bukk".... haaaa..ko..mana ko nak carik tmpt shopping cam ni..everything provided gitu. Tangan penuh dgn plastik soping bagai, tetiba je karang muncul penjual shopping beg besar ..dah siap2 bukak suruh ko masukkan.beg shopping tu dia jual, so pandai2 nak tawar bagai..gampang bukan soping di sini..hahaha..mmg tak sedar masa berlalau cepat. Orang ramaiiiiii ..azabsssss.....puhhhhh......sendat tempat ni...aku sempat pi beberapa kedai je..beli cepat2 dan keluar..tapi yg siotnya..apasal masa nak turun aku tgk eskelator semuaaanya naik...rupanya turun kat the other side.aku cuma pi 3 tingkat ke jot. tak larat. pi tak sampai 10 kedai pun rasanya..
ok..serba sedikit mengenai beberapa perkara di Kota Bandung.
if ada yg penting aku tambah karang..
ok..nak masak sahur......
Posted by CATZ at 8:42 PM 13 comments
Labels: Bandung
kuih cara berlauk udang
buka puasa beberapa hari yg lalu,masak simple je..
masak nasi, sayur, masak lauk sikit.
ada masa lagi, aku gatai buat kuih.
versi hentam-sukatik-janji-sedap-rupa-kuih.
ada tepung gandum, udang..so otak duk fikir buat kuih yg senang, simple walauuuupun lepas tuh dapur aku dah kelam kelibut rupanya. disasternyaaa bila sesekali buat kuih.
konsepnya guna bahan sedia ada.
Bahan-bahan:
tepung gandum, telur, serbuk kunyit (warna), air, santan, garam.
Gaul semua bahan, kepekatan agak2 le.
inti:
bawang besar (potong dadu), serbuk kari, cili besar hijau (hiris halus), udang, bawang goreng, garam sket.
Tumis bawang dan cili, masukkan serbuk kari, kacau rata.
Masukan udang, kacau hingga masak, masukkan bawang goreng.
sedia utk diguna.
sapukan acuan kuih cara dgn minyak. panaskan atas dapur. dah panas, masukkan bancuhan tepung (api jgn besar, karang hangus kat bawah je..api kecil je ok..).
Nampak dah nak masak masukkan inti..tenggekkan udang sekali. tutup acuan.
biar hingga nampak tepung dan masak.
angkat.
Posted by CATZ at 5:15 PM 13 comments
Labels: Kuih
karrr-rrassss???
semalam kan..
aku pi kelas masakan.
puh..dasat tau..
yang mengajar ialah artis.
artis tersohor pun ado.
caya tak?..siti nurhaliza ajar kita masak.
selain tu..Fahrin Ahmad pun mengajar masak jugak.
kelas koooo...
siti nurhaliza ajar aku masak gulai tempoyak ikan patin KUMAHU (motip letak nama lagu kat resepi dia??)
Fahrin pulak masak mee kung fu dan kacang pool Johor.
oh ya...ahkak sheila rusli pun adaaaa..
dia hari-hari ada.
semalam ajar masak nasi bunga kantan.
artis lain pun ada gak...
hohoho.....
.
.
.
.
.
.
.
.
ala..belajar free..sambil meniarap depan TV kannsss...
bulan Ramadhan ni rancangan memasak dr pagi sampai tengahri bersambung-sambung.
Not on AFC .
Tapi RTM1, RTM2 and TV3.
rancangan bersambung-sambung bertindih-tindih.
ketuk-ketuk ramadhan, uli-uli, ucip-icip, istimewa ramadhan, selera selebriti dan banyak lagi.
aku lupa dah.
Kalau nak tengok gelagat artis tuh masak...pandai masak ke tak,..biasa masuk ke tak..hehhe.boleh agak le sapa biasa masak dan sapa tak pernah masak. hheehe...
kalau nama bahan pun tak kenal, heee...paham-paham je lah..
tapi tak kisah la..yg penting content rancangan tu berfaedah dan kdg kelako..
bunga lawang pun disebut bunga cengkih gitu.hiiheeeee
siti nurhaliza nampak teror masak la...
sure selalu masuk dapur kann...
semalam dia tunjuk masak ikan patin tempyak...woo..pebret aku...
woo..lawanya baju dan tudung dia..tapi yg penting dia tak kekok memasak. so aku enjoy le tgk..
then tetamu undangan dia, Rubiah Suparman masak tempoyak pucuk ubi.
mak oi.....sedapnya aku tgk. Dah le tengahari...di pulan puasa yg hening ni..
dan sambil masak-masak derang sembang-sembang pasal masakan, asal usul masakan.
and Siti ni nampak banyak tauuu pasal masakan, bahan-bahan bagai. Nampak yg dia buat homework lah utk menghoskan rancangan ni.,..
Untungggggg dato K....
Tapi...
lepas rancangan tu ada satu lagi rancaangan masak. hos adalah seorg artis suam-suam kuku.
artis tak masak. yang masak 3 tetamu jemputan.
ada 3 segmen.
segmen ke - 3 adalah segmen di mana dia pergi ke kampung utk tunjukkan kpd penonton cara buat kuih tradisional.
artis: sekarang, saya akan bawa penonton melihat resepi istimewa ke -3 kita.
artis: kak senahhh- kak senahhh....kita nak masak apa ni??
kak senah : kuih karas
artis: karrrr??
kak senah: karas
artis: karrr-rasssssss. (dgn slang Carrrrrr..rasssss)
oh..tak pernah dengar ni..tak taulah kalau dah siap ni tgk rupanya saya kenal ke tak kuih
ni..he-he-he (ketawa keh-kehkeh..)
hahhaha--siot je..
jadik hos bukan ke kena study dulu apa yg nak di masak oleh tetamu jemputan???
veryyyy derrr....
Posted by CATZ at 10:56 AM 14 comments
Labels: bla...bla..
Thursday, August 27, 2009
nice stay - Arion swiss
Pengalaman istimewa menginap di sini..
ada komputer dan free internet dlm bilik. Bagus banget. Terus dari sini ibuk ini ngapdet blognya.
ni plus point utk stay lagi di sini lain kali.
nice food...
lokasi hotel adalah bagus.terletak tak jauh dari stasiun keretapi Bandung. dekat dgn stesen taksi.
Nak ke FOS ,mall dan pasar baru pun tak begitu jauh. Baca review di internet,hotel ni bagus. Plus point, ada komputer dan internet di bilik. Service bagus, cepat. Staff pun bagus, helpful, very accomodate.
errr...staff nya... mcm pelakon sinetron u ols... hehhehheeeeee
Posted by CATZ at 8:38 PM 16 comments
Labels: Bandung
Roti jala berinti
Akhirnya aku masak jugak semalam..
macam rasa tak best kalau takde kuih..walaupunnnn aku dah fikir malas le nak masak.
Tapi semalam stress. Memandu 1 jam 30 minit adalah membuat aku stress.
kalau stress, makanya kena masak.
konsep memasak minggu ni, masak hanya menggunakan benda-benda yg ada di dapur. jangan ngada nak singgah kedai beli benda lain. sebab aku ni kdg sgt keji bilamana dlm fridge dah ada mcm2, aku terpikir pulak nak buat benda lain yg xde kena mengena isi perut fridge Ku..
so akan berlaku peristiwa pegi kedai/hypermarket lagi..haaaaa...
now aku nak berdisiplin sket. (ok la...aku ngaku smlm aku singgah kedai beli bawang..tapi itu dikecualikan dr peraturan ini sbb bawang bahan wajib..dan boleh diguna utk semua masakan..).
so smlm buat le roti jala berinti. kiraiiiii...terbalikan, angkat..buh inti..gulung..
sama je mcm buat roti jala biasa..cuma nak kenalah buat inti siap-siap.
aku guna sardin + kentang..nak guna benda lain pun boleh..sukatik.
tumis bawang besar yg didadu, masukkan kentang yg didadu (rebus dulu), masukan sardin,
buh garam sket. masak hingga kentang dan sardin sebati...hancurkan sardin tu...masak hingga kering dan sebati. ready utk diguna.
bancuh tepung tu sennag je bahannya, tepung+telur+air+ garam sket+ serbuk kunyit (utk warna). zasssssssssssss...zasssssssssssss..kalau malas kacau buh je dlm blender..zrenggggg..zrengggg..prengggggg...prongggggg,,,done.kepekatan tu agak2 le..ready utk dikirai atas kuali leper.
buh inti, gulung....
eh..buruknya karangan roti jala aku ni. fail.
Posted by CATZ at 10:56 AM 16 comments
Labels: Kuih
Taman Rekreasi Sari Ater
Right after Tangkuban Perahu, we headed to Sari Ater Recreational Park. wow..such a huge park where we could enjoy the natural hot spring.
Di dalam taman rekreasi ni banyak kolam, air terjun..ada tempat boleh rendam kaki je.. ada tempat kita boleh mandi rendam-rendam badan. So jalan sana sini, boleh le nampak org mandi sebab banyakkk gila tmpt mandi-manda. Ala-ala peknik gituh... Nak rendam kaki ke..nak soak the whole body pun boleh. Bisa di atur. Aku nak mandi..idok le..malas le nak berbasah-basah.Just rendam-rendam kaki kejap.
Taman rekriasi yang besar ni mempunyai hotel di dalamnya. Ada hotel mewah yg harga bilik satu malam 2-4 juta regenya. yg juta2 ni hotel 4-5 bintang..aaa..mahalnyaa..so anda boleh menginap di sini, menikmati pemandangan hijau dan berendam dlm air panas. Ada juga budget hotel yg terletak di luar kawasan taman..
aku kan malas nak berjalan sgt. Since kelihatan andong di sana sini, so naik andong utk ronda-ronda. Kalau ikut jalan dekat, 15 ribu, if lalu jalan jauh 30 ribu.
So lalu jalan jauh, so lagi banyak benda boleh tgk..
haaa..tobat makkk.....rasaa nak tercampak keluar ok if tak pegang kuat-kuat... banyak jln yg tak rata, mendaki, turun bukit bagai...aaaaa.....azabsss...hahahhaa....but nice experience lah bagi aku yg konon-konon memula jakun nak naik andong ni.
kalau tak nak naik andong, haa naik le kuda. aku takut le....eh tak kuda tu takut dgn aku le..kekekeke
kalau lapar, ada tempat makan food court, restoran..nak mkn jajanan ke..ada. Oh ya..ramai gila org jual aiskrim di merata-rata. derang bwk kotak yg sangut kat bahu mcm beg tu....mcm2 cara carik rezeki kan...
keseluruhannnya..enjoy gak le jalan dlm ni..cuma taman ni besar sgt...kdg naik turun bukit jln kaki amatlah hazabsss bagi aku. Bagi org lain maybe le enjoy..hehhehe
Posted by CATZ at 5:51 AM 12 comments
Labels: Bandung