Tuesday, September 30, 2008

Musim bunga 2

Hilangkan segalanya

Moeraki Boulders

Hilangkan Segalanya


Sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah…………

Hilangkan rasa gundahku
Hilangkan rasa lukaku
Hilangkah lah Segalanya
ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan Kekosonganku
Hilangkan Keasinganku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkanlah segalanya

Ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah………..

Hilangkan rasa gundahku
Hilangkan rasa lukaku
Hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan Kekosonganku
Hilangkan Keasingan ku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkan lah segalanya


(Lagu oleh Farawahida)

musim bunga 1


skill mengambil gambar diri sendiri...huhuhu..


aku letih..

Akukan terus pergi

Aku Kan Terus Pergi -Liya

Sakitnya hati ini bila ditinggalkan saja,
Apakah yang ku beri tiada erti cinta,
Buat apa ku disini,mengharap yang takkan kembali,
Sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
Tanpa ragu,
Ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
Tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Mulanya diri ini mampu saja tuk bersabar,
Akhirnya semua punah, ku tak bisa tegar,
Bagai mengejar pelangi,
Makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri,
Cukup berakhir disini.

Aku kan terus pergi,
Tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
Tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

O...O...O...O...
Hey yea..
ooo..

Buat apa ku disini,mengharap yang takkan kembali,
Sia-sia pengorbananku,
Cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
Tanpa ragu,
Ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
Tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Aku kan terus pergi,
Tanpa ragu,
Ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
Tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Bagai mengejar pelangi,
Makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri,
Cukup berakhir di sini

Monday, September 29, 2008

Salam lebaran...


Assalammualaikum...

Haiiii... kepada semua reader dan seluruh umat Islam walau dimana pun berada,
Catz ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Berhati-hati memandu, as i said before, kampung / rumah emak abah dan nenek kita tak lari ke mana. Biar lambat asal selamat oke...semoga semua selamat sampai dan beraya dengan gembira dan penuh kesyukuran.

Take care,

Catz,
Christchurch.

Sunday, September 28, 2008

Rendang (sesi masak bersama cik kiah part 3)

rendang

ni menu ke tiga...rendang daging. Rendang ni simple je sebab saya tak larat nak buat yg complicated masak 3-4 jam..hiks. ada kawan saya kata..rendang nenek dia masak satu hari satu malam..fuhhh...hiks...
rendang catz ni sempoi je..bahan-bahan pun ringkas.
oke..tgk bahan dulu.

bahan-bahan:

daging (hiris dadu) -saya guna daging beku..so rebus dulu, hiris dadu dan air rebusan saya guna dlm peroses memasak rendang.
santan
kelapa parut (goreng tanpa minyak)
bawang besar - 2 labu
bawang putih - 4 ulas
halia-2 inci
serai-2 batang
ketumbar (biji) - 2 sudu besar
jintan manis - 1 sudu
cili kering - 12 biji / blended - 5 sudu
daun kunyit
daun limau purut
gula melaka
sedikit jus asam jawa
garam

Cara-cara:

seperti gambar di bawah ni..



1. Blend cili kering, bawang besar,bawang putih,halia,serai,jintan manis,ketumbar ..zretttttttt!
2.tumis bahan kisar dgn api sederhana sampai garing sedikit. Masukkan daging dan gaul rata, kacau sebati. Tambahkan air rebusan daging tadi.



3. Bila kuah dah makin pekat, tambahkan santan, biar mendidih, kacau-kacau, masukkan garam, asam jawa dan gula melaka.



4.masukkan daun limau purut s
erta daun kunyit yg dihiris kecil-kecil. Kacau sebati...

Align Center

5. bila kuah dah agak kering, masukkan kelapa parut (digoreng tanpa minyak terlebih dahulu).
6. Gaul sebati, kacau-kacau (kena rajin kacau pd peringkat ini, guna api kecil.
7.Bila dah agak kering,angkat dan hidang.

Saturday, September 27, 2008

lodeh (sesi memasak bersama cik kiah part 2)


masakan ke 2 ialah lodeh. yg ni catz buat kuh lodeh ni warna kuning (catz sukaaa sgt lodeh mak yg kuah putih..i miss u mak).

oke..
bahan-bahannya seperti gambar di bawah.

bawang putih-4 ulas
bawang merah/besar - 1 labu
udang kering (rendam)
ikan bilis (segenggam)
serbuk kunyit - satu sudu kecil
tempe - 1 (hiris kecil)
tahu - 3 keping (goreng dan hiris dadu)
kacang panjang -4 batang
lobak merah - 1 batang (hiris kecil)
kentang - 1 biji (belah 4 hiris nipis)
tahu kering -sekeping (rendam)
suhun (rendam)
cendawan hitam - 4 keping (rendam)
cili hijau - 1 biji (hiris nipis)
cili kering - 2 biji (cuci bersih dan hiris nipis)
santan
garam






Cara-cara:



Tumbuk bawang besar/bwng merah, bawang putih, udang kering dan ikan bilis (hikhikhik..lesung aku saiz S..so melimpah gitu..tumbuk kasar pun oke, tak payah lah halus sgt. kalau malas tumbuk, blend pun boleh, tapi pd pendapat saya, tumbuk rasanya lebih sedap).


bahan yg telah ditumbuk kasar tadi.


Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau, masukkan serbuk kunyit dan santan cair.


Masukan semua sayur dan bahan-bahan lain, kacau rata dan biar mendidih.



Masukkan cili hijau dan cili kering. kacau. Masukkan santan pekat. Biar mendidih sebentar, tambahkan garam secukup rasa.
sedia utk dihidang.

Kuah kacang (sesi memasak bersama cik Kiah part 1)

oh..tema beberapa entry ni ada kait mengait dgn acara memasak juadah raya.
seorang teman bertanya sekiranya saya boleh suggestkan kpd dia beberapa juadah utk pagi raya dan cara-caranya membuatnya.
Kebetulan hari ni catz masak 3 juadah iaitu (termasuk nasi impit 4 la kan??) utk berbuka puasa,

kuah kacang
lodeh
rendang daging.
nasi impit



kuah kacang


Bahan-bahan:

kacang tanah (lebih kurang 3 genggam)
bawang besar 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili kering - 7 biji
halia - 1 inci
serai- sebatang
gula melaka
gula pasir
minyak utk menumis
air

Cara-cara:

Goreng kacang tanah, angkat dan toskan, biar sejuk sikit, kemudian kisar kacang tanah kasar (jgn halus sgt, tak best).
kisar bawang besar, cili kering, bwg putih dan halia.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan serai yg sudah diketuk.
tumis dgn api kecil hingga agak garing.
bancuh kacnag yg dikisar tadi dgn air dna masukkan dlm tumisan.
Kacau sebati, tambah kan gula melaka, gula pasir, garam.
(optional : kalau suka bubuh kicap manis sikit utk warna dan rasa).
kacau dan biar mendidih hingga pecah minyak, dan sesuaikan rasa.
angkat dan hidang.
best dimakan dgn nasi impit.


tumis bahan kisar hingga garing

tadaaaa....!! sedia utk dihidang.

nasi impit bersama kuah kacang

diharap entry ni dpt membantu teman saya utk memasak juadah raya nanti.

sambal goreng jawa


semalam, catz teringinnnn sesangat nak makan sambal goreng jawa. Pergi kat bazar ramadhan dekat depan tesco tuh takde..iskk..actually ada la..tapi not johor style.. sambal goreng jawa selangor ni lain sikit..or maybe ada jugak org selangor yg buat sama dgn style Johot kot..tapi tak jumpa...tapi aku memang teringin gila ala-ala mengidam..takut pulak kalau tak buat, aku malam-malam mengigau.." sambal gorengggg...sambal gorengggg!! sambal goreng jawaaaa..i lap uuu"..isk...kan menakutkan tuu..
so sebelm buka..buat le cepat-cepat...ehmm...hilang kempunan aku...
so ni resep sambal goreng ku.

Bahan-bahan:

tempe (goreng)
suhun (rendam dlm air)
tahu (goreng danhiris dadu)
kacang panjang (hiris nipis)
kentang (hiris nipis dan goreng)
bawnag merah - 4 ulas
bawnag putih 3 ulas
ikan bilis - satu genggam
udang kering - segenggam
cili kering (blended) - 3 sudu
kicap manis
garam

Cara-cara:

tumbuk bawang merah, bwg putih, ikan bilis, dan udang kering.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan cili kering.
Tumis hingga agak garing.
Masukkan tempe, tahu, kacang panjang, kentang dan suhun.
kacau sebati..
masukan kicap ikut suka, buh garam sikit.
Kacau sebati, hingga kacang layu.
angkat.


makan dgn kerabu pucuk paku dan tauge. nyummmmmmmmmm.


Pengat pisang

Ni catz masak 2 hari lepas...actually bulan Ramadhan ni bukanlah tak masak langsung... kadang-kadang masak juga tapi tah lah...malas nak posting benda yg aku masak and kdg tak amik gambar pun...malass/ xde mood. Tapi hari tuh...saja nak guna semula SLR ku itu yg dah terperuk dlm beg..kesian dia..
actually pengat ni simple gila and pisang pun main amik je masa beli kat Tesco coz pisang ni ye yg ada..oh..pisang kapas ke nama dia..kulit dah kuning, meaning pisang ni dah masaklah kan..ni pisang yg biasa org buat gulai tuh ke? walau dah masak tapi isi dia keras lagi dan bila di masak jadi pengat ia agak kenyal2 chewy ...oh..aku suka...aku suka. Aku tak suka mkn pengat pisang yg pisangnya lembik..so now kalau nak buat pengat pisang lagi, aku dah tau nak guna pisang apa.. eh sesuai ke pisang ni?.tak kisahlah..bukan berbahaya pun utk di makan..hikhikhik.

Bahan-bahan:

pisang
gula melaka
santan
air
gula pasir
sagu putih (yg bulat-bulat kecik-kecik tu).


Cara-cara:

kupas pisang, hiris/belah (ikut suka suki hati).
rendam sagu
didihkan gula melaka dlm periuk dgn air.
Masukkan pisang, kacau-kacau sebentar.
masukkan santan dan gula pasir (ikutlah tahap kesukaan nak manis tahap mana)
biar mendidh, masukkan sagu..
kacau-kacau 5 minit...
angkat dan hidang.
(sedap di makan sejuk atau panas).


Friday, September 26, 2008

My checklist....

flight tix - checked!
hotel - checked! checked!
passport -checked!
bajus + seluars +baju keciks + setokins- checked!
ubat + vits - checked!
map - checked!
telekung+sejadah - checked!
solat + buka poser time - checked!
kompas- checked!
rendang pak brahims - checked!...checked!..checked!!!!!!
megi - checked!!
CAMERA -checked..checked..checked!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (extra memory card + charger) - make sure fully charged!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mood raya....baju raya..kuih raya..

oh..today gonna be my last day at lab...and work..
oh..i went to my office before proceed to campus...
after salam raya with office mate, bermaaf-maafan..off to KL...
oh..jem everywhere..traffic selow gila....
nasib baik sempat sampai to catch weekly meeting with supervisor...
andddd....
udah mood raya..so semua yg attend asyiklah storymory pasal raya saja.termasuklah lecturer..

topiknya (mengikut turutan ) :

1. u bila start cuti?
2. bila balik?..malam ni?
3. balik naik apa? kalau naik bas..bas pukul berapa (detailnyaaa)
4. baju raya dah beli?..berapa helai?
5. kuih dah beli?
6. Utk yg dah tawen soklannya (raya balik mana?..belah sini ke sinun?)
7. cuti berapa lama..?

tapiii..tak ada pulak yg tanya.." u masuk keje semula bila??"
lagipun kami2 ni ramai jugak yg buat full time study....so sukatiklah nak cuti sampai bila...nak raya sebulan pon no hal punya..huhuuhhu..
and now..kawan-kawan lab aku nih tgh duk berkumpul tgh bergosip...gelak-gelak....lawak-lawak bersukaria ketawa cam nak pecah lab ni..gembira nak balik raya..so mood utk bekerja takde dahhh....

oh...aku bawak kuih raya utk lecturer aku...hiks....

Lagu raya..

oh...oleh kerana aku now nih..travel jauh...dari rumah ke kampus dekat 2 jam...pegi balik dekat 4 jam.. so mmg telinga ni disajikan lagu raya oleh stesen-stesen radio lah kan...
banyak yg catz suka...

1.ku pohon restu ayah bonda (Al-Jawaher/ Mamat)
2.suatu hari di hari raya (M.Nasir)
3.Dari Jauh kupohon maaf (Sudirman)
4. kepulangan ke apatah tajuknya... (aisyah)
apa ek...uth lagu lama-lama..

lagu zaman-zaman ni..lagu Nazam Lebaran (Siti nurhaliza) je yg aku suka...


Dari Jauh Kupohon Maaf (Sudirman)

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Thursday, September 25, 2008

oh..aku terpegun...

ehm...
tgh duk mengular atas katil sambil buat kerja sekolah blogging aku tertengok TV jugak...tertengok iklan petronas..iklan raya la..
sapa dah tgk...
kisah emak dan anak..
anak balik kg...
pastuh umah takde coverege henpon(ni kat kg yg pedalaman kot..) dan takde jugak internet.
so dia gelisah laaaa...
mak dia dah masak..dia ckp..dia banyak keje..
anddd..ckp nak tidur kat hotel kat pekan...sebab nak buat keje, perlukan internet connection..
mak dia masak dah ikan apa tah..suh bawak..anak ni ckp..tak payah lah...takde masa..
pastuh..
dia pi lah kat pekan..
then...
ehmm..
malas lah nak taip...
tgklah sendiri...hikhikhik..
tapi aku terpegun dgn message yg disampaikan...

tapi kan...iklan tuh mcm aku terasa pulak...adalahhhh sikit...
aku kalau balik umah mak..sure sibuk2 nak setup2 internet..walau pakai prepaid dial up tm net tuh pun jadiklaaa...hikhikhik..akan kedengaran lah bunyi kreeeeeeeeeeeeeettttttt!!!!!!!!!!!..treeeetttttttttttttttttt!!!...tretttttttttttttttttttt!

and keje aku kdg out-station..kalau kat bandar besar okelah...byk pilihan hotel yg kompem ada internet, tapi kalau kena pi tempat yg agak jauh dr bandar besar..ehmm..aku duk pikir2 dlm kepala...hotel yg aku nak duduk tuh ada internet tak ek...dan biasanya aku siap2 bawak prepaid tm net...so kalau hotel takde wifi or takder internet connection..bleh lah guna line tepon dia ngn prepaid tm net tuh...bayar sikitlah kan...pasrahhhh...
now ni...memang la..takleh idup kalau takde internet...
cubalah..satu hari takde internet..sure meroyan....hikhikhik..
now internet ni dah satu keperluan....
camna ek..dulu kita idup takde internet...lupa lah..
ehm...oke je kan....urusan harian mcm biasa..takde rasa kurang apa2 (kecuali duitlaa..ni mmg sentiasa kurangggg jeee)..
aku kdg pikir2 balik...dulu takde henpon..takde internet..boleh hidup cam biasa..
kalau sekarang n??..sure cam duk dalam gua...kegelapan gituuu..kan..

jejak kasih di ptg ramadhan..


iskk...
tertinggal pulak kamera aku hari ni..pelikla..moskel nih...rasa mcm dah masuk dlm beg tadi...
tertinggal??.entah-entah dia yg kuar sendiri dr beg sling aku ni ke?? tak suka dah ikut aku pi mana-mana?...


aku nak cerita hal semalam....

rabu 24 Ramadhan:

walaupun aku nyampah nak pi mid valley tuh..aku tetap pegi juga...mungkin ramai je org yg mcm aku..sebab tuh lama gila nak dpt parking space... mcm hari isnin...sama lah..ZOn A, Zon C penuh.
so kenalah buat beberapa round tawaf bangunan midvalley tuh nak dpt parking...akhirnya terjebak le ke Zon H, Zon G parking bertingkat. Aku rasa budus jugaklah..expexted dah kan..yg gatal nak pegi jugak tu kenapa? Dah takde tempat lain nak soping agaknya..entah..aku rasa situ jugak yg best lagipun dekat je dgn kampus...
Nak dpt parkig sgt azab berbanding dgn hari isnin tu..lagiiiiii azabb. Zon H penuh..so proceed pulak ke Zon G...entahlah apa2 zon aku pun tak taw.ikut je anak panah..naik dari satu tingkat ke satu tingkat..ke satu tingat.ke satu tingkat....huwahhhhhh..panik aku.semua penuhh..dan kereta pulak berderet2 di depan dan belakang aku...
aku mcm nak give up dah...tapi aku tetapppppp jugak nak masuk mid valley. Masa ni aku dah pikir, kalau lah aku ditukar menjadi doaremon, aku nak..cute apa??? so kalau aku ni doraemon, takdelah aku ada problem parking ni...
Bersambung semula.. sampai ke satu tahap aku betul2 rasa tensi sebab akhirnya masuk jln yg dead end..takleh masuk depan lagi sebab yg tu ruang utk org yg ada season pass ke apa tah kemenda. AKu terpaksa pusing dgn ruang yg sempit, dah lah kereta aku panjang...so aku terkial-kial duk pulas2 setereng. Mamat kereta merah belakang aku pulak duk lah bling2 lampu cam tak sabar. Aku dah rasa cam nak belasah org pun iye jugak...cari setereng lock aku tak jumpa..kalau jumpa..aku bukan nak kuar kete hempuk dia dgn setereng lock tuh.aku cuma nak baling dia je...hahahhaha...geram. Paham lah sikit...
Pak guard2 pulak tak effisyen..dah tau area tuh penuh...guidelah kami2 ni jgn masuk zon tuh..dah lah dah amik tiket parking tu...
dannnnnn..

tetiba kan...
pak guard yg rupa parasnya bukan lah org Malaysia..Bangladeshi lah kot...suh aku ke satu petak tuh, ada org kuar.dia arah kan keta lain berenti.bagi ruang kat aku...anddddd..mamat kete merah tuh leh reverse laju-laju and cilok parking space yg pak guard suh aku masuk tu.......huwaaaaaaaaaa!!!! Aku kan masa tuh rasa nak kuar kereta dan hempuk dia dgn kereta dia sekali...pastuh muka dia derkkk je....tak rasa bersalah langsung!..pak guard pulak takut nak tegur kot..or tak reti nak communicate ke apa..and masa mamat tuh lintas dekat2 dgn kete aku dgn gaya selamba cam jln tepi pantai ala-ala life guard bay watch....aku rasa nak langgarrrrr dia sampai penyek!!!!! Tapi memikirkan aku tak nak beraya dlm jail which is tak best langsung..terpaksa aku batalkan niat aku..kang dgn puasa2 aku sekali batal..huhuhu...kang aku duk dlm jail karang camana nak updet blog..lagipun nanti ramai pulak yg nanges karang.. (ade keee??..eh adaaaa..mak aku kompemlah nangis). Tapi aku rasa memang kuruslah pahala puasa aku semalam sebab berbakul2 sumpah seranah terhambur (tp dlm hati jek la)...
pasti hati jahat aku berbisik.."pi calarkan kereta mamat tuuuuu"...
tapi iman aku kuat lagi kot...or aku rasa kalau lah dia perasan sure dia suspect aku...

so aku pusing balik..turun bawah balik..dannnn..jeng-jeng-jeng..aku nampak ada satu kosong..ada kereta baru keluar...tapiiiiiii (ceh ada tapi pulak..) bertentangan arah pulak..so kira aku kena melawan arus lah..toleh kiri kana cam clear..aku belok kiri...dan zupssss....dpt park dgn bergayanya...(masa tuh aku nampak pak guard bangla tuh jegil2 mata kat aku...aku konon2 buat2 tak perasan je..konon2 busy2 bertelefon..hahaha..)...sebab kalau aku ikut peraturan sgt..entah2 sampai malam aku duk kulu kilir kat situ...
aku pun dgn bergaya..amik gambar tiang yg ada no zon dan floor tuh..then aku masuk..oh...aku masuk dkt pet world ke apa tuh...so...aku siap snap tau gambar pet world tuh...pintu masuk tu..
kalau tak sure aku tak jumpa jln balik karang....(kot la kedai pet world tuh tiba-tiba teralih..boleh berjalan..kompem aku balik jln kaki tak jumpa kete)...

so aku pun pi soping2 sket..pi the garden jln2 then pi beli BIG APPLe donut...haaa..baru dpt beli..
hari ni buka puasa aku mcm ada kemajuan sikit.selalu karipap je...hari nih donut big Apple ye...
takmo dah aku beli karipap..
baru aku perasan.wahhhh hujan lebatnyaaaa...sure jem karang....
so aku pun cepat2 le nak pi parking semula..ingatan aku ni lemah..so nak ke kedai pet world pun terpusing2...then...jumpalah kedai tu...
aku cuba ingat2..kena belok mana nak ke parking tuh..dah lah lorong nak ke parking tuh sunyi...takut jugak...anddd..jumpalah zon G tu....andd..aku pun cepat2 lah cari laling aku tuh..eh????? tak ada??..kete aku tak ada???? kan ke aku park sini tadik??? oh..salah floor kot...so aku kuarkan kamera dan nak tgk no floor dna zon...and...sungguhlah no manners punya kamera..yg ada gambar tiang je??? sebab mcm silau kot masa aku snap tadik..tak nampak apa2 nombor....ada berapa byk tiang kan dekat parking nih...mampos lah aku nak pi ronda segala floor ..oh.....aku jalan sana..jalan sini....rasa nak nangis pun iye jugak...euwwww...
ada sorg abang guard bangla nampak aku mundar mandir..dia tanya " cari kereta?..parking mana?".. aku nak jwb apa kan...dah aku tak ingat dan tak tau..takkan aku nak ckp "saya tak tau dan tak ingat saya park kat mana, dan kereta saya bernombor pendaftaran "WNX XX"..cuba u carikan...kalau jumpa i upah u donut ni.."... huhuuhu..
so aku ckp aku lupa...
dan kalau aku nangis kat situ pun bukan dia boleh tolong aku pun...silap2 org pikir pak guard tuh cuba memper apa2kan aku pulak.. koserrrr..
so aku gigih pi naik turun floor parking tuh dgn menjinjing barang2 aku dan jugak sekotak donut.
aku dah bayangkan dah...kalaulah sampai time buka tak jumpa..aku bayangkan aku duk bersila kat parking area tuh nangis sambil makan donut....aaa...sadislah kan...
so aku jln laju sikit...ala2 exercise kardio kat gym lah..aku teruskan berjejak kasih...
Alhamdulilah..jumpa....aku mcm nak lompat-lompat kat situ jugak. hahahha..jumpa...jumpa!.hiks..
so terus masuk kereta utk meredah hujan lebat Kuala Lumpur pula...
sekian cereta saya semalam.

Wednesday, September 24, 2008

Cantik...i like!

Isnin...
21/9/08

catz pergi ke Mid Valley Mega Mall... (betui ke eja ni?)..
ada urusan....
oh...tensi oke...nak park kereta sgt lah susah..zon A tutup..Zon C tutup...so tawaf-tawaf lah ikut signboard...aku mana reti nak pi park tempat lain...
oh ya..memang diketahui, kalau wekeend nak parking memang azab...ni hari isnin pun sama?..sebab nak raya ke apa??
so aku ala-ala nak nanges...nak jugak masuk Mid Valley...so ikut jelah signboard..masuk Zon H..
tah kat mana la..aku rasa ni kat area menara IGB dah...
kalau lah tidak kerana money changer kat sini yg dikatakan begitu tersohor dgn rate yg sgt berpatutan dgn kadar semasa..aku tak ingin nak pi sini...
nak park pun 30 minit...(cuba pikir..berapa petrol aku spend utk park kereta??)... huh..
Akhirnya dptlah park..legaaa..

masuk dlm mall, wahhh...cantik...sejuk kejap hati aku yg panas suam-suam tadik..
Bila nak raya, shopping kompleks akan berlumba-lumba hias mall mereka..
konsep kat MV sini, konsep kampung...tradisional...cantik..siapa ada demo kraftangan bagai.. i like!
terus sejuk hati ku ini...


cantik..

gerai-gerai

demo kraftangan

tekun....

ada lemang, ketupat dan rendang. selalu dgr rendang tok..yg kat sini rendang Atuk... hiks..atuk sapa tataww..

sejuk mata memandang..

berbuka puasa di rumah emak (pre-raya)

ops..before proceed tgk semua entry ni..jgn kata aku meroyan sgt nak raya ye...hikhikhik..
Bagi aku, Ramadhan kali ini sangattttt sederhana..
aku...mostly makan food dr bazar Ramadan.
menu ak balik-balik samaaa je...

1. nasi ambang (muka aku pun dah bulat cam bulan mengambang gara2 nasi ambang)
2.karipap
3.murtabak daging (plus cicah bawang merah yg cam duk dlm sirap tuu)
4.kuih vade
5.bihun sup

tuuuuu je....kesian tak? sahur pulak...

1. sardin
2.telur dadar (buh cili+bawang) (kdg sesambil pejam mata goreng telur..kul 4.45 pg...ZZZzzzz)
3.ikan bilis
4.kicap

oh..aku dah boring...dan agak meroyan jugaklah sebab tgk blog org..wah....bestnya...dgn hotels food...buffet2 segala...ehmm ..:(
so aku rasa poser aku tahun ni mmg sederhana lah....
tapi yg best last weekend..
balik kg kan....so....apa yg aku mkn aku rasa food yg paling sedap dlm donia...
on the way balik tuh..memang dah feeling2 mcm raya..oh ya..
best gilla dgr lagu raya dlm kereta...besttt sgt...mcm balik raya u ols.....feeling2 raya..
sampaikan.aku rasa.." oh..aku nak pakai baju kurung la..baru mcm balik raya.." sebab aku pakai jeans..so aku kan, mcm nak berenti kat mana-mana..beli baju kurung siap dan pakai...hahahaha.
meroyan.

sampai umah mak..aku tolonglah masak apa yg patut..aku masak ayam kurma..dan kuah lodeh.

menunya:

ni air katira yg beli kat bazar ramadan..air kelapa tuh fresh dr pokok keliling rumah..dan ada air SIREN (sirap+oren)...siren ni kakak aku buat..

putu piring dan karipap sardin ..hahaha.. menu aku mesti ada unsur-unsur karipap jugak ( ni karipap yg RM1=4)


ops...gambar berikutnya mcm ala-ala macam dah raya ye....hiks..ni pre-raya. hehhehe

ketupat!!! yey!! best! ada feeling-feeling raya tak?

kuah lodeh

tahu sambal kacang
ayam kurma

pengat pisang

air katira (gambar blur sebab tukang pegang dah gigil2 nak minum)

bubur lambuk (ni amik kat mesjid dkt rumah kakak aku..) sedap!

Best buka puasa ramai-ramai dgn family..

Ada juga ayam masak kicap, ayam kari, sambal goreng, ayam sambal, sambal tumis, sambal telur puyuh, dll...banyak gila makanan sebab ada acara munjung...dpt dari 5 buah rumah..oh ni tradisi masyarakat jawa..munjung tuh ialah menghantar ketupat dna lauk2nya ke rumah jiran dan sedara mara..so berbalas2 la..dulu kan..org semua buat sehari before raya..tapi pengsan lah nak makan..kalau 20 rumah hantar...erkk..dgn yg kita msk lagi kan...so now org buat kdg awal puasa dah hantar, tengah puasa...sebab tak nak serentak dgn rumah org lain.. so hari tuh dpt dari 5 rumah..so kami pun pening..dan mak dah sediakan bekas plastik, tuperware segala utk kami angkut segala food tuh..aku pun...angkutlah...and ada org bagi buah duku 16 kilo.... so aku angkut 5 kilo (bertuah punya anak..ahahhaa)...

pastuh angkut kerepek dan kuih mak lagi..masa masukkan brg dlm kereta, aku dah rasa cam aku ni nak pi berniaga kat bazar ramadan or pasar malam..hahha.

so malam tuh balik sini..aku ala2 ketiduran sebab sangat kenyang. thanks mak!